"kitaorang habis kelas lambat, Eomma Appa takpe kan duduk rumah? habis kelas Jaerin terus balik" kata Jaerin sambil makan.
"jangan risau pasal kamilah" balas Pn Kim sambil senyum.
"kamu berdua ni dah planning ke masa depan?"soal En Kim pula.
"lepas habis study ni Jimin ganti Appa lah kat company. Jaerin, Jimin tak kisah dia nak kerja dengan Jimin atau dengan Appa" balas Jimin pula.
"kami maksudkan keluarga" terang En Kim.
"belum fikir lagi" Jaerin menjawab dengan cepat. Sebenarnya dia tak sampai hati nak ceritakan perkara sebenar dekat Eomma dan Appanya. Dia kahwin dengan Jimin sebab nak tolong Jimin dapatkan jawatan CEO Park Construction, bukan sebab cinta pun.
"Tak fikir lagi? Kamu berdua dah berkeluarga, perlulah fikir pasal masa depan. Lagi-lagi pasal anak" balas Pn Kim.
"Kitaorang bukan taknak anak Eomma, cuma kami masih baru kahwin, saya pun tak mula kerja lagi. Nanti bila dah habis belajar baru kitaorang fikir" sampuk Jimin yang perasan dengan air muka Jaerin yang berubah.
*******
"Jimin...Jimin bangunlah"Jaerin menggoncang Jimin yang sedang tidur.
"ha..ye..ye nak apa?" soal Jimin dengan mata terpejam.
"jom pergi kat Sg. Han sekarang! Ada karnival kasut kat situ. Jomlah!" tarik Jaerin.
"penatlah, malam ni lah" Jimin memusingkan badanya.
"Takde..takde. Sekarang jugak kita pergi" Jaerin menarik lengan Jimin untuk bangun.
"ngantuk lah" kata Jimin dengan mata masih lagi terpejam. Jaerin terus menarik Jimin.
'Bukk!'
Jimin memegang dahinya yang terhantuk pada pintu bilik.
"ish jalan tu bukak mata. Mana sakit?" soal Jaerin. Jimin menunjuk ke arah dahinya.
"sikit jelah, boleh tak jadi lelaki? Manja betul!" Jaerin menggosok dahi Jimin.
"Ooo nak saya jadi lelaki eh? Boleh je" Jimin menutup pintu menggunakan kakinya.
"eh..eh jangan nak cari pasal. Saya sepak kang baru tau" Jaerin mengundur.
"berani ke nak sepak. Hmm?" Jimin pamer senyum nakal dan menuju ke arah Jaerin. Jaerin memejamkan matanya rapat-rapat. Tak pernah dia berada serapat ni dengan Jimin.
"tau pun takut, cepatlah. Tadi nak pergi sangat" Jimin ketawa kecil dan membuka kembali pintu. Jaerin mengurut dadanya, bahaya nih! Kadang-kadang perangai gatal Jimin boleh tahan jugak
*****
"sukalah tu" jeling Jimin. Patut la Jaerin beria ajak dia pergi sana, rupanya nak suruh dia belanja. Dahla kasut-kasut yang Jaerin pilih semuanya branded. B.UM, Vans, NIKE , Converse dan macam-macam lah.
"Thank you. Jimin" ucap Jaerin ikhlas
"Welcome" Jimin senyum.
(Di rumah)
Jimin pelik melihat Jaerin yang agak gelisah. Dari tadi Jaerin asyik terguling-guling di atas katil sehinggakan habis kertasnya assignmentnya renyuk.
"Lapar ke Jaerin oii" tegur Jimin. Selalunya itulah habit gadis itu apabila lapar. Takkan duduk diam. Namun gadis itu mengeleng.
"Sakit perut?" tanya Jimin selepas melihat Jaerin memegang perutnya. Namun Jaerin sekali lagi menggeleng. Jimin menanggalkan cermin matanya.
"Period pain?" Jimin mencuba sekali lagi. Jaerin mengangguk malu-malu.
"Laa kenapa tak cakap. Sini saya sapu ubat" Jimin mengambil minyak panas yang memang tersedia di dalam laci.
"Saya buat sendiri" Jaerin bangun sedikit untuk ambil ubat dari tangan Jimin.
"Sini saya buat, awak baring, angkat sikit baju" Jimin duduk bersila di tepi Jaerin. Namun Jaerin menggeleng.
"Tak payah malu, bukanya saya tak pernah tengok perut awak" Jimin tahan tawa.
"Okey kalau awak malu saya tengok perut awak, saya bukak baju saya. Biar kita sama-sama malu. Okey?" Jimin ingin membuka bajunya.
"Tak payahla bukak!" Jaerin menahan Jimin dari membuka bajunya. Jimin ketawa. Jaerin mengangkat bajunya sedikit untuk Jimin menyapu minyak pada perutnya.
"Pusing, saya sapu kat pinggang pulak" arah Jimin. Jaerin hanya menurut.
"Sakit lagi tak?" soal Jimin sambil tanganya mengurut pinggang Jaerin.
"Kurang sikit" balas Jaerin. Urutan Jimin buat dirinya rasa selesa (korang jangan fikir lain eh)
"Lain kali takyah malu. Sebelum ni okey je bila period pain awak bagitau saya. Kenapa sekarang nak malu?" tanya Jimin. Namun Jaerin tak menjawab, dia tunduk sedikit melihat Jaerin.
"Ya Tuhanku dia tido, aku cakap sorang rupanya" bebel Jimin. Setelah menyelimutkan Jaerin, dia kembali menyambung kerjanya
*****
Jaerin menutup pintu keretanya, baru sahaja ingin membuka pintu rumah, sebuah kereta berhenti di luar rumahnya. Seorang lelaki keluar
"eh Oppa! Ada apa ni?" soal Hyuna ceria. Dah lama dia tak berjumpa dengan Jin.
"Oppa nak bagi document ni kat Jimin, dia ada?" soal Jin.
"Jimin takde, lagi 2 jam baru kelas dia habis. Duduklah dulu" Jaerin mengambil tempat di hadapan Jin.
"Amboi, sejak kahwin ni, berseri-seri betul muka" puji Jin
"mana ada, sama je. Perasaan Oppa je kot" kata Jaerin sambil ketawa.
"betullah, Oppa tak tipu" kata Jin sambil memandang tepat ke dalam mata Jaerin. Jaerin pula yang sedikit terkedu.
"Berapa lama lagi nak main tenung mata ni?" Jin dan Jaerin sama-sama tersentak, Jimin sedang berdiri di sebelah dengan muka sinis.
"bukan kelas habis pukul 1 ke?" soal Jaerin pelik.
"class cancelled and Jin, what are you doing here?" tanya Jimin sedikit dingin.
"aku nak bagi ni, Appa kau suruh study pasal projek ni" Jin menghulurkan fail.
"Ok, nanti aku check" balas Jimin.
"I got to go, bye guys" Jin meminta diri. Jaerin mengangguk manakala Jimin buat dek.
"dah lama ke dia datang?"soal Jimin.
"adalah dalam 10 minit, kenapa?" soal Jaerin.
"lain kali kalau dia datang, takpayah buka pintu and takpayah layan dia" jawab Jimin.
"takkanlah nak buat macam tu bila dia datang, tak sopanlah" tegas Jaerin
"I said, takpayah layan or bercakap dengan dia lagi. Kalau awak nak saya buat benda yang tak sepatutnya, layan lah dia" balas Jimin sambil berdiri di depan Jaerin.
"Apa kena dengan awak ni? Takkan nak buat macam tu kat tetamu? Apa yang awak benci sangat kat dia? Dia sepupu awak tau" jawab Jaerin bengang
"Sebab saya tak suka awak dekat dengan dia! Faham tak?!" Tengking Jimin. Jaerin tersentak dengan tengkingan Jimin. Tak pernah Jimin tinggi suara macam ni denganya. Matanya mula berair.
"Oo, sekarang awak dah start nak control hidup saya? Nothing change konon, huh!" Jaerin melanggar bahu Jimin dan masuk ke dalam rumah.
Situasi makin memburuk guys 🙃 jangan lupa untuk vote & comment
YOU ARE READING
[C] FRIENDZONE [ PARK JIMIN : 박 지민 ]
FanficBagi Jimin, perkahwinan ni hanyalah semata-mata untuk mendapatkan tempat di Syarikat keluarganya. Bagi Jaerin pula, perkahwinan ni hanyalah semata-mata untuk menolong kawan baiknya sendiri. Park Jimin. Pernah kena Friendzone dengan kawan sendiri?