“this is not fair, Appa!. Mana boleh macam ni!” Jimin memandang Appanya dengan muka simpati."Apa yang tak fair? Syarat ni memang dah termaktub dalam polisi syarikat. Ditubuhkan oleh moyang kamu dulu" jelas En Park.
"Tak adil la Appa! Jimin tak habis lagi study, Appa pun kenapa cepat sangat nak pencen? Okey Appa bagi Jimin masa 1 tahun lagi. Boleh?" Jimin meminta simpati.
“kalau kamu rasa nak dapatkan seat CEO ni, tu je syaratnya. Take it or leave it” En Park bangun dari kerusinya meninggalkan Jimin yang masih menyandar di kerusi.
“apa pandang-pandang?” ujar Jimin apabila kelibat di depannya memandangnya dengan sinis.
“good luck my cousin” ujar Jin sambil menepuk bahu Jimin.
“Aduh! Sakitnya kepala aku” Jimin bangun sambil melonggarkan tali lehernya.
************
“woi! Kenapa termenung ni?” Jaerin menepuk bahu Jimin.
“hish! Terkejutlah!” Jimin mengurut dadanya. Jaerin ketawa terbahak-bahak.
“gaya kau fikir tu macam negara kita ada krisis ekonomi. Cuba share sikit” Jaerin menarik kerusi dan duduk di hadapan Jimin.
“Appa aku suruh aku kahwin lah. Kalau aku tak kahwin, aku takkan dapat jawatan CEO Park Construction tu. Jawatan tu akan dapat kat Jin” Jimin bersuara lemah.
“lah, Aku ingatkan apa tadi, kahwin jelah. Bukanya susah pun” balas Jaerin.
“tak susah kau cakap? Kahwin ni bukan macam beli baju. Lagipun aku baru 21 tahun kot, muda lagi. Lagipun aku tak bersedia nak jadi seorang suami. Calon isteri pun takde” Jimin memicit dahinya.
“bro, look around us. Kau pilih je mana perempuan yang kau nak, aku akan tolong kau dapatkan” Jaerin memaut bahu Jimin sambil menunjuk ke arah pelajar yang lalu lalang di Library.
“betul ni kau boleh tolong?” muka Jimin terus bercahaya.
“yes, kau kan bestfriend aku, sure aku tolong” Jaerin senyum.
*******
“Damn it! Dah lambat!” kata Jaerin sambil melihat jam tangannya. Dia dah janji nak jumpa Jimin di Library. Sebaik sahaja sampai, Jaerin terus mengambil tempat di sebelah Jimin.
“apsal kau lambat? Lama tau aku tunggu” marah Jimin.
“ada hal tadi. Look, kalau perempuan tu okey? Dia top student dekat fakulti engineering tau” Jaerin tunjuk gadis yang duduk di depannya. Jimin memandang, boleh tahan. cantik.“aku try eh?” Jimin bangun. Belum sempat dia melangkah, seorang lelaki terlebih dahulu duduk di hadapan perempuan tersebut dan mereka berpegangan tangan keluar dari kawasan Library.
“ah, kau terlambat” ujar Jaerin. Jimin terus duduk kembali dengan muka masam.
“fed up la aku macam ni” balas Jimin.
“relaxlah, ini baru first time. Kita cari tempat lain pulak, come” ajak Jaerin. Jimin hanya mengikut dengan langkah longlai
Okiee camne dengan part 1? Okey ke tak?
YOU ARE READING
[C] FRIENDZONE [ PARK JIMIN : 박 지민 ]
أدب الهواةBagi Jimin, perkahwinan ni hanyalah semata-mata untuk mendapatkan tempat di Syarikat keluarganya. Bagi Jaerin pula, perkahwinan ni hanyalah semata-mata untuk menolong kawan baiknya sendiri. Park Jimin. Pernah kena Friendzone dengan kawan sendiri?