Jimin sedang duduk di atas sofa sambil memegang sekeping kertas, Jaerin yang baru keluar dari dapur pelik melihat muka serius Jimin.
“kertas apa ni?” Jaerin mengambil kertas tersebut dari tangan Jimin dan membacanya. Tak lama kemudian dia ketawa terbahak-bahak.
“mana kau dapat ni?” Jaerin ketawa. Jimin merampas kertas tersebut dari tangan Jaerin.
“punyalah penat aku buat research, kau jangan nak gelak. Aku buat semua ni untuk kita tau, memandangkan kita dah kahwin ni, perlulah ada sedikit perubahan” balas Jimin.
“ni ada tips untuk pasangan yang baru berkahwin. First, let’s start with panggilan. Mulai harini, kau kena panggil aku Oppa dan aku akan panggil kau sayang. Ok?” soal Jimin. Muka Jaerin berkerut.
“err Jimin, kalau kita panggil nama je tak boleh ke? kalau nak ber’Oppa-Oppa dan bersayang-sayang ni, rasa kekoklah” balas Jaerin.
“tak kisah, Up to you. And one more, tak nak ber’aku kau’ lagi. nanti kalau family dan kawan kita dengar, pengsan diorang nanti. Kita guna saya-awak. Boleh?” tanya Jimin. Jaerin mengangguk, rasanya yang tu lagi okey daripada bersayang-sayang.
“kat dapur tu tiada makanan” ujar Jaerin.
“kalau macam tu kita makan kat luar, beli barang dapur sekali. jom” ajak Jimin.
"Aku nak makan western? Boleh?" tanya Jaerin
"Aku?" Jimin menaikkan keningnya
"Fineeeee. Saya nak makan western. Boleh?" balas Jaerin.
"Anything for you. Jom" ajak Jimin.
******
“apsal tak tidur lagi? tak selesa ke?” soal Jimin.
“bukan macam tu” jawab Jaerin.
"Dahtu kenapa muka macam nak cakap sesuatu. Cuba cakap. Kenapa?" Jimin duduk menghadap Jaerin.
"Erm.. pasal tu kan..ermm" Jaerin bermain jari-jemarinya
"Pasal apa?" tanya Jimin
"Pasal eem you know, hubungan suami isteri.." ucap Jaerin malu-malu.
"Ouh pasal tu" Jimin ketawa
"Saya stick pada perjanjian kita. Saya takkan langgar batas-batas saya" sambung Jimin yg masih lagi ketawa. Lawak tengok muka cuak Jaerin.
"Dah tidur cepat. Esok kita nak kemas rumah, nak susun barang lagi" Jimin menarik selimut.
"Jimim awak tak kisah kan kalau saya mengigau malam-malam, buat bising" ucap Jaerin. Jimin mengangguk. Jaerin memejamkan matanya.
“lawak betul isteri aku ni” bisik Jimin sambil menarik selimut menyelimutkan Jaerin.
*************
“bye” ucap Jaerin sambil membuka pintu kereta. Harini dia datang bersama Jimin memandangkan kelas mereka berakhir pada masa yang sama.
“eh, nanti dulu” panggil Jimin. Jaerin yang sedang berjalan terhenti. Jimin menuju ke arah Jaerin lalu memeluknya, sebuah ciuman hinggap di pipi Jaerin.
“apa ni? orang tengoklah” Jaerin menolak Jimin. Berpasang-pasang mata memandang ke arah mereka.
“I know we only acting but let's pretend it's love” ujar Jimin selamba.
“taulah, tapi ni tempat awam tau tak?" bisik Jaerin.
"Kat rumah boleh?" usik Jimin.
"Jangan nak buat perangai kat sini Park Jimin. Pukul 1 nanti kita jumpa kat sini, bye” kata Jaerin sambil melambai ke arah Jimin dan menuju ke kelasnya. Jimin membalas lambaian Jaerin sehinggalah Jaerin masuk ke dalam kelas. Sudah seminggu mereka berkahwin. Sejujurnya dia gembira. Makin banyak mereka luangkan masa bersama.
“amboi, romantik juga kau dengan Jimin eh? Betullah orang cakap, lelaki dan perempuan ni takboleh berkawan rapat, nanti muncul perasaan lain pulak” ujar Hyuri sambil duduk di sebelah Jaerin.
“ketara sangat ke?” soal Jaerin sambil ketawa.
“yelah, sampai dia peluk cium kau depan orang ramai” balas Hyuri pula.
“no komen” balas Jaerin sambil senyum.
(sementara itu Jimin di dalam kelasnya)
“amboi pengantin baru ni, cerianya” usik V.
“sebelum ni muka aku masam ke?” Jimin mengangkat keningnya.
“memanglah tak, tapi lepas kau kahwin muka kau lagi ceria” balas V dengan bersungguh-sungguh.
“takdelah, perasaan kau je tu” kata Jimin sambil ketawa.
"Amacam first night?" tanya V
"Eii otak kuning. Banyak sangat layan porn kau ni. takkan aku nak cerita kat kau" jeling Jimin.
"Eleh kau pun sama, aku download kau jugak yg tengok" jeling V.
Jimin hanya buat tak dengar
******
“cuti semester kamu berdua bila?” soal En Park. Jaerin dan Jimin yang sedang makan berpandangan.
“minggu depan. Kenapa Appa?” soal Jaerin.
“bolehlah kamu berdua bercuti ke apa, jangan risau, Appa sponsor” balas En Park.
“cuti mid semester seminggu je. rasanya tak sempatlah Appa” jawab Jimin. Nama je cuti tapi assignment berlambak jugak.
“pergi tempat yang dekat je” sampuk En Park pula.
“erm, awak nak ke mana? Saya ikut je” Jimin memandang ke arah Jaerin. Jaerin berfikir sekejap.
“apa kata kita ke Pulau Kucing kat Jepun tu. Nak?” soal Jaerin Jimin angguk.
“good choice, macam ni baru menantu Appa” balas En Park sambil senyum.
********
“penatnya” ujar Jimin sambil berbaring dan memejamkan matanya. Akhirnya dia dan Jaerin sampai juga kat Pulau Kucing kat Jepun ni.
“bangunlah, takkan nak duduk dalam bilik je. ni bukan bercuti namanya” Jaerin menggoncang Jimin.
“give me 10 minutes, nak rehat jap” kata Jimin. Jaerin mencebik, macamlah datang Jepun jalan kaki. Dalam flight tadi bukan main lagi tidur, yang tak boleh blah, Jimin tidur atas bahu dia pulak tu.
“tidurlah, takpayah bangun!” Jaerin bangun namun dihalang Jimin.
“eii sentap pulak. Jomlah” Jimin bangun dan menuju ke arah pintu.
Harini double update 🤓 jangan lupa untuk vote & comment
YOU ARE READING
[C] FRIENDZONE [ PARK JIMIN : 박 지민 ]
FanfictionBagi Jimin, perkahwinan ni hanyalah semata-mata untuk mendapatkan tempat di Syarikat keluarganya. Bagi Jaerin pula, perkahwinan ni hanyalah semata-mata untuk menolong kawan baiknya sendiri. Park Jimin. Pernah kena Friendzone dengan kawan sendiri?