PART 10

505 56 0
                                    


"kau taknak balik lagi ke? kesian Jimin kat rumah sorang-sorang" tanya Hyuri. Sejak semalam Jaerin bermalam di rumahnya. Mujurla parentnya tak bertanya. Faham mungkin.


"biarlah dia tu, malas aku nak layan" jawab Jaerin malas.


"sejak bila kau jadi emo ni?" Hyuri ketawa.


"gaya kau cakap macamlah aku tak pernah gaduh dengan dia" jeling Jaerin

"memanglah, tapi dulu masa kau gaduh dengan dia, muka kau takdelah toya macam ni. Apa masalah korang sebenarnya ni?" balas Hyuri.

"Dia tu, marah aku bila aku bercakap dengan sepupu dia. Sepupu dia, sepupu aku jugak." balas Jaerin. Hyuri ketawa.

"Ouh sebab tula kau merajuk ni? Alahai apsal la kawan aku ni lembab. Mana-mana suami pun tak suka bila isteri dia bercakap dengan lelaki lain" Hyuri menepuk dahinya.

"Aku just bertegur sapa. Bukanya flirting" balas Jaerin.

"Ya Tuhan tak faham lagi kau ni. Jimin jealous la tu. Dia tak suka kesayangan dia ni bercakap dengan lelaki lain. Memang la pada kau, hanya bertegur sapa, tapi Jimin tu pandangan dia lain" jelas Hyuri. Jaerin diam.

"Dah lepasni kau balik. Settlekan masalah korang. Jimin dari semalam tanya aku pasal kau" balas Hyuri. Jaerin hanya diam sambil mengacau minumanya.

****
Jaerin mencari kelibat Jimin apabila tiba di hadapan rumah, selalunya waktu petang macam ni Jimin  jogging. tiba-tiba dia tersadung kakinya dan jatuh ke dalam kolam.

"Ttolong!..Jimin..Ji..min!" panggil Jaerin. dia langsung tak pandai berenang. Tubuhnya tenggelam timbul di dalam kolam. Jaerin yang sedang terkapai-kapai di dalam kolam semakin lemah, paru-parunya makin banyak dimasuki air. Tiba-tiba ada satu tangan menariknya.

"Jaerin! Bangun! Buka mata cepat!" Jimin menepuk pipi Jaerin namun tiada tindak balas. Melihat muka pucat Jaerin membuatkan Jimin makin takut.

"Sorry Jaerin, I have to do this" Jimin menarik nafas dan mula meng 'CPR' . Ada sedikit tindak balas, Jimin mencuba sekali lagi and kebetulan  Jaerin membuka mata. Dengan spontan Jaerin menolak dada Jimin.

"uhuk!uhuk!" Jaerin batuk dan air keluar dari mulutnya.

"ok tak ni?" soal Jimin sambil menggosok belakang Jaerin. Jaerin mengangguk laju.

"lain kali jalan tu tengok, pergi tukar baju. Nanti demam"  kata Jimin selepas mereka diam hampir 5 minit tanpa suara. Jaerin terus bangun masuk ke dalam rumah, Jimin hanya memandang sambil meraup mukanya yang basah. Teringat bagaimana perkenalanya dengan Jaerin 3 tahun lepas.

****(FLASHBACK)****

"apsal kau lambat? Dah lama aku tunggu!" marah Jimin. Orang di depanya ketawa.

"traffic jam la, jangan nak marah-marah. Ni buku yang kau nak" V menghulurkan buku.

"Tolong!Tolong!" Jimin dan V berpaling ke arah tasik di depan mereka. Seorang gadis tengah terkapai-kapai di tengah tasik. Tanpa berfikir panjang Jimin terus terjun ke dalam tasik dan menarik gadis tersebut ke daratan.


"cik!..cik! Bangun. Jangan mati kat sini!" Jimin menepuk pipi gadis yang terbaring di depanya.

"Cik!..cik!" Jimin menepuk sedikit kuat.

"aduh! sakitlah! Berapa kali kau nak lempang aku ni?"gadis tersebut menggosok pipinya.

"sorry, ingatkan tak sedar lagi. Yang kau pergi terjun dalam tasik tu kenapa? Nak bunuh diri ea?" kata Jimin.

"eh cakap tu elok sikit, ingat aku takde otak ke nak bunuh diri? Aku tengah syok practice berlakon untuk short film, tak sedar depan tu tasik" balas gadis tersebut.

"short film? Untuk subjek English for Communication eh? Aku tak tahu kau belajar kat Korea University jugak. Apsal tak pernah nampak kau pun? Btw aku Jimin" balas Jimin.


"Jimin, bukan kita 2 je yang belajar kat situ, memang wajarlah kalau aku tak nampak kau and nama aku Jaerin. Thanks sebab selamatkan aku" Jaerin senyum.

"err guys, aku masih kat sni" V melambaikan tanganya. Dari tadi Jimin dan Jaerin berbual-bual and buat dirinya macam tak wujud.

"aku ingatkan kau dah balik tadi" Jimin ketawa.

"kau sure taknak pergi Hospital?" soal V. Jaerin menggeleng.

"aku okey. jumpa lagi" Jaerin terus bangun dan meninggalkan Jimin dan V. Sejak tu mereka jadi bestfriend.

***(END FLASHBACK)****

Jimin masuk ke dalam bilik, kelihatan Jaerin yang sedang baring sambil berselimut. Jimin duduk di sebelah Jaerin tanganya dilletakkan di atas dahi Jaerin. Panas.

"kita pergi klinik"ajak Jimin.

"taknak" balas Jaerin dan memejamkan matanya. Jimin membuka pintu dan keluar, 30 minit kemudian dia muncul dengan semangkuk bubur dan segelas air.

"buka mulut" arah Jimin.

"letak je, saya makan sendiri" balas Jaerin. Dahla dia masih segan pasal kejadian tadi. Tak sangka first kiss dia dapat kat Jimin, dalam keadaan yang tak sepatutnya pula tu.

"malu? Cepatlah Pn Jaerin oi, lenguh ni" balas Jimin sambil menahan ketawa. Lawak tengok muka Jaerin yang merah.

"mana ada malu" Jaeri  mengangakan mulutnya.

"makan ubat ni" Jimin menghulurkan ubat.

"dah sihat" Jaerin menjawab.

"pergi klinik taknak, makan ubat pun taknak. Kalau macam ni bila nak sihat?" kata Jimin. Bukanya dia tak tau, Jaerin memang bencikan 2 benda, ubat dan Hospital.

"betullah, dah sihat dah" Jaerin baring dan menyelimutkan badanya.

"Sihat apanya kalau panas macam ni?" Jimin menyentuh dahi Jaerin.

"Manusia kan berdarah panas. Tak tau ke?" jawab Jaerin. Jimin menjulingkan matanya, buat lawak pulak budak ni


"makanlah, nanti demam tu makin teruk. lusa kan kita ada trip memancing dengan V dan Hyuri. Taknak pergi ke?"Jimin masih memujuk.

"nak makan sendiri atau nak saya suap? Tapi saya suap pakai mulut, Nak?" kali ni Jimin mengugut Jaerin.

"mana boleh main paksa macam ni" Jaerin bulatkan matanya. Jimin tanpa banyak soal mengeluarkan ubat dari bungkusan. Baru sahaja ingin meletakkan ubat tersebut di bibirnya,

"saya makan sendiri!" Jaerin mengambil ubat dari tangan Jimin dan menelanya.

"Nah" Jimin mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Jaerin ketawa apabila melihat lolipop di tangan Jimin. Sejak dulu sampai sekarang, kalau dia tak sihat, confirm Jimin akan bagi dia lolipop. Jimin cakap, lolipop ni penawar mujarab nak lupakan rasa sakit.

"Nak yang besar" balas Jaerin.

"demand betul" cebik Jimin

"Saya minta maaf. Pasal semalam. Saya tak patut tengking awak. Saya minta maaf" ucap Jimin.

"Saya pun nak minta maaf, saya tak patut makin panaskan keadaan" balas Jaerin pula.

"masa untuk tidur" Jimin menarik selimut.

"Goodnight" ucap Jaerin

"Goodnight" Jimin menggosok kepala Jaerin sebelum memejamkan matanya.

 [C] FRIENDZONE [ PARK JIMIN : 박 지민 ]Where stories live. Discover now