"dia dah lain, aku rasa kami dah macam orang asing. Selalunya setiap hujung minggu kitaorang akan keluar atau main PS4 sama-sama, tapi dia dah macam lupakan semua tu. Jangankan makanan kegemaran dia, makanan kegemaran aku pun dia tak ingat"keluh Jimin
"tapi aku tengok dia okey je dengan kau? Korang datang sekali kan pg ni?" soal V pula.
"memanglah, tapi dia bukan Jaerin yang dulu. Sikap ceria, manja dan nakal dia dah hilang. Aku rasa macam dia menjauhkan diri dari aku pn ada jugak. Entahlah, payah aku nak explain" Jimin meletakkan kepalanya di atas meja.
"dia kan still tak ingat apa-apa, wajarlah kalau tak berapa nak mesra. Kau kena banyak ingatkan dia. Aku pun dia tak ingat" V ketawa kecil.
"eh dah pukul 5 lah! Aku kena pergi jemput dia ni. Kang tak pasal-pasal dia sesat dalam ni" Jimin bangun dan mengambil begnya.
*********
"tadi sembang dengan siapa kat luar kelas?" tanya Jimin. Dia tak sempat nak tengok muka orang yang berbual dengan Jaerin."entah, dia cakap nama dia Jungkook. Awak kenal tak?" soal Jaerin. Jimin tersentak,
"tak. Tak kenal pun" bohong Jimin.
"tapi dia cakap dia kenal awak. Muka dia macam familiar lah, macam.."
"perasaan awak je tu" cepat-cepat Jimin memotong. Kemunculan Jungkook waktu macam ni membuatnya risau. Walaupun dia dah buang semua gambar-gambar Jaerin dan Jungkook tapi dia tetap, risau jika Jaerin ingat balik kenangan bersama Jungkook. Tak mustahil Jaerin boleh kembali pada Jungkook semula.
*********
"nak apa?!" tengking Jimin."jangan marah-marah, macamana dengan kita? Awak kena bertanggungjawab" balas Seojin.
"eh apsal pula aku nak bertanggungjawab? Aku tak sentuh kau pun. And kau ingat aku taktau ke yang kau letak ubat tu dalam minuman aku. Aku boleh dakwa kau tau!" balas Jimin geram. Seojin hanya senyum.
"ada bukti ke?" soal Seojin sinis.
"nak bukti? Ni buktinya!" Jimin melempar gambar-gambar ke muka Seojin. Tercengang Seojin melihat gambarnya sedang memasukkan sesuatu dalam minuman. Ada juga gambar yang menujukkan dia sedang memapah Jimin masuk ke dalam rumah. Tak sangka rumah Jimin ada cctv.
"kalau aku nampak muka kau depan aku lagi, aku hantar gambar ni kat polis dan pihak Universiti and guess what? Kau akan dibuang" Jimin meninggalkan Seojin di situ.
**********
"makan ni" Jimin menghulurkan ubat. Jaerin menyambut dan menelanya. Jimin mengesot sedikit ke arah Jaerin namun Jaerin lebih pantas menjauhkan diri.
"kenapa ni?" soal Jimin.
"awak kenal Jungkook kan? Kenapa tak terus terang dengan saya? Entah-entah semua benda yang awak cerita dengan saya semuanya tipu" kata Jaerin. Jimin menarik nafasnya, kali ni entah apa Jungkook dah racun fikiran Jaerin
"jangan percaya satu pun apa yang Jungkook cakap. Dia dari dulu lagi nak hancurkan perkahwinan kita. Tak ingat ke dulu apa yang dia dah buat kat awak? Dia tinggalkan awak macam tu je tau" ujar Jimin. Jaerin yang mendengarnya diam. Cuba mengingati apa yang dimaksudkan Jimin.
"argh sakit!" Jaerin memegang kepalanya. Jimin terus meluru ke arah Jaerin yang dah nampak macam nak pitam.
"Jaerin! Jaerin!" Jimin menepuk pipi Jaerin namun tiada tindak balas.
"ish, dia pengsan lagi" Jimin mendukung Jaerin dan meletakkan di atas katil. Setiap kali lepas pengsan, Jaerin akan ingat sedikit demi sedikit dan sekarang Jaerin dah mula ingat orang-orang terdekat. Paling dia takut, Jaerin akan ingat peristiwa 'hitam' tu. Tak mustahil Jaerin boleh benci dia seumur hidup.
**********
Jimin meluru ke arah orang yang lalu di sebelahnya dan menarik kolar bajunya."eh..eh yang kau tarik aku ni apsal?!" kata Jungkook sambil menepis.
"hei, apa yang kau dah racun fikiran Jaerin ha?!" marah Jimin.
"excuse me, aku tak racun fikiran dia, aku cuma cerita balik kenangan kami dulu. and aku cerita benda yang sepatutnya dia tau, especially sikap sebenar suami dia ni" balas Jungkook sinis.
"kau burukkan aku kan?!"teka Jimin.
"Jaerin sekarang tak ingat apa-apa, baik aku atau kau. So, kita bersaing secara sihat. Siapa dapat tackle hati dia, orang tu dikira pemenang, deal?" soal Jungkook.
"eh kau ingat Jaerin tu piala ke? Dia tu isteri akulah!" Jimin menumbuk Jungkook sehingga terjatuh.
"yes isteri, buat masa sekarang" balas Jungkook sinis.
"kau memang nak kena!" Jimin mencengkam kolar baju Jungkook.
"stop it Jimin! Awak dah gila ke apa?!" Jaerin menolak Jimin dari terus memukul Jungkook dan membantu Jungkook bangun.
"for your information, dia ni dah racun fikiran awak tau tak!?" ujar Jimin sambil menunjuk ke arah Jungkook. Jaerin memandang ke arah Jungkook.
"Kau tu yang dah tipu dia! kau cakap kau cintakan dia tapi kau kahwin dengan dia sebab nak dapatkan jawatan CEO kan?! Dah lama bercinta konon, Apsal tak cerita perkara sebenar?" Jungkook menolak bahu Jimin.
"Bestfriend? CEO? Kejap, awak merepek apa ni Jungkook?" tanya Jaerin
"Dia kahwin dengan awk sebab nak dapatkan jawatan CEO kat company Appa dia. Bukanya dia cintakan awak and jangan percaya apa yang dia cerita sebelum ni sebab semua yang dia cerita tu tipu" terang Jungkook.
"yes! memang pada mulanya aku kahwin dengan dia sebab jawatan CEO tu, tapi sekarang aku betul-betul cintakan dia. Kau tu yang tak boleh terima hakikat yang Jaerin dah tak sukakan kau kan? Sebab tu kau hasut Jaerin kan?" Jimin mencengkam kolar baju Jungkook.
"sudahlah! Apa kena dengan korang ni?! Kalau rasa nak gaduh sangat, ambil benda ni. Gaduhlah!" Jaerin menghulurkan kayu besbol yang kebetulan berada di sebelahnya ke arah Jimin dan Jungkook. Jimin dan Jungkook berbalas jelingan.
"and Jungkook, awak kenal Jimin? Rasanya Jimin cakap dia tak kenal awak" tanya Jaerin
"kitaorang dah kenal lama" jawab Jungkook. Jaerin memandang ke arah Jimin. Maksudnya Jimin dah tipu dia. Haritu bukan main lg Jimin ckap tak kenal.
"sampai hati awak tipu saya kan? Dalam keadaan saya yang macam ni, sanggup awak tipu saya" balas Jaerin. Jungkook tersenyum jahat.
"Jaerin saya..."belum sempat Jimin habis bercakap Jaerin terlebih dahulu berlalu meninggalkanya.
Nak habis dahhh. So keep voting! ☺️
YOU ARE READING
[C] FRIENDZONE [ PARK JIMIN : 박 지민 ]
FanficBagi Jimin, perkahwinan ni hanyalah semata-mata untuk mendapatkan tempat di Syarikat keluarganya. Bagi Jaerin pula, perkahwinan ni hanyalah semata-mata untuk menolong kawan baiknya sendiri. Park Jimin. Pernah kena Friendzone dengan kawan sendiri?