Jaerin mengeliat beberapa kali sebelum membuka matanya. Di memandang ke sisi, Jimin masih lena tidur. Jam yang tergantung di dinding sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi.
"Awal lagilah. Tidur dulu" ucap Jimin dengan mata terpejam.
"Dah 7.30 pagi. Saya nak buat sarapan" Jaerin merungkaikan pegangan Jimin pada pinggangnya.
"Awak makan saya jelah" sengih Jimin. Jaerin menjulingkan matanya. Dah start dah perangai pervert dia
"So harini kita nak buat apa?" soal Jaerin. Jimin menggaru dagunya. Dah 2 minggu diorang tamat belajar.
"Kita kemaskan laman kat belakang. Kan awak nak bercucuk tanam kat situ" balas Jimin.
"Okieee. Sekarang jom kita sarapan dulu" Jaerin bangun. Jimin turut sama bangun
*****
"Jimin perlu ke saya ikut? Awak sorang jela pergi" ucap Jaerin
"Laa awak kena ikut. Appa suruh bawak awak sekali. Dia nak kenalkan kat semua kawan-kawan & pekerja dia" ucap Jimin sambil membutangkan kemejanya.
"Hmmm yelah" Jaerin masuk ke bilik air untuk menukar pakaianya.
"Eh tukar dalam bilik air? Tukar jelah depan aku, tu pun nak malu" Jimin tersenyum sendiri. Dia tak pernah meminta 'hak' nya. Mungkin Jaerin perlukan masa.
"Haish cantik isteri saya. Rasa macam taknak pergi. Nak duduk dalam bilik je" usik Jimin.
"Jangan nak macam-macam. kang Appa tunggu. Awak dahla orang penting malam ni. Tunjuk contoh yang baik" ujar Jaerin. Malam ni merupakan majlis ulangtahun penubuhan syarikat keluarga Jimin. Di samping memperkenalkan Jimin sebagai pewaris yang baru.
"Jom. Ingat eh kat sana jangan pandang-pandang lelaki lain. I'm watching you" Jimin mengenggam tangan Jaerin
"Yeeee Park Jimin. Jom dah lewat ni" Jaerin menarik Jimin.
*****
(Di Majlis Ulangtahun)
"Tahniah Jimin" Jin menghulurkan tanganya
"Ya. Terima kasih" Jimin menyambut huluran Jin. Boleh dikatakan hubungan mereka dah baik.
"Jaerin macamana? Dah dapat kerja?" soal Jin
"Belum. Tapi minggu depan result interview keluar. Harap lulus lah" balas Jaerin yang berada di sebelah Jimin
"Kenapa tak kerja dengan Jimin?" soal Jin
"Malaslah. Kat rumah tengok muka dia, sini tengok muka dia. Boooooriiing" balas Jaerin. Jin ketawa
"Nakal eh" Jimin mencubit pipi Jaerin
"Jimin! Jin! Sini!" kedengaran suara En Park memanggil.
"Sayang awak duduk dulu kat meja sana. Nanti saya datang" ucap Jimin. Jaerin mengangguk. Dia meninggalkan Jimin & Jin lalu menuju ke meja.
******
"Penatnya" Jimin baring sambil mendepangkan tanganya di atas katil.
"Tadi sembang apa dengan Appa? Macam serius je" tanya Jaerin.
"Hal orang lelaki" balas Jimin bersahaja
"Gosip eh?" ujar Jaerin. Jimin memusingkan badanya menghadap Jaerin
YOU ARE READING
[C] FRIENDZONE [ PARK JIMIN : 박 지민 ]
FanfictionBagi Jimin, perkahwinan ni hanyalah semata-mata untuk mendapatkan tempat di Syarikat keluarganya. Bagi Jaerin pula, perkahwinan ni hanyalah semata-mata untuk menolong kawan baiknya sendiri. Park Jimin. Pernah kena Friendzone dengan kawan sendiri?