PART 12

496 52 0
                                    

"Jaerin tak marah ke saya duduk dengan awak ni?" soal Seojin.

"tak marah pun. Lagipun kita tengah siapkan assignment ni, bukanya berfoya-foya" ujar Jimin sambil menghirup kopinya.


"mana tau dia jealous ke?" kata Seojin lagi. Jimin ketawa.

"takdelah, dia faham. Eh awak duduk dulu, saya nak pergi tandas" Jimin bangun dan menuju ke tandas. Seojin memandang kiri kanan, ni peluangnya. Dengan pantas dia mencurah serbuk putih ke dalam minuman Jimin.

"today, you'll be mine"  Seojin tersenyum jahat.

****

"kau balik sendiri ke dengan Jimin?" soal Hyuri.

"balik sendiri, harini kelas dia habis awal" balas Jaerin. Mereka berdua keluar dari kelas.

Di pertengahan jalan,



"Jaerin! Jaerin!" Jaerin dan Hyuri berpaling. V sedang berlari ke arah mereka.

"mana suami kau ni? Aku call tak dapat, dahla dia pinjam pendrive aku. Aku nak guna ni, ada info penting dalam tu" ujar V.

"laa dia takde dengan kau ke? Aku rasa dia kat rumah la, aku call tadi pun dia tak angkat" balas Jaerin


"habistu macamana pendrive aku ni?" soal V.


"aku balik dululah Hyuri. jom V ikut aku balik, ambil pendrive tu dengan dia" ajak Jaerin

"bye Hyuri" V melambai sambil mengenyitkan matanya ke arah Hyuri, dia dah lama sukakan Hyuri tapi malu nak cakap.


"Cepatlah V! yang tenung Hyuri tu kenapa? Tadi nak cepat sangat!"  panggil Jaerin dari jauh.


"saya pergi dulu eh, singa tu dah panggil" kata V. Hyuri mengangguk sambil tersenyum.

********

Ketika ingin membuka pintu rumah, Jaerin terpandang kasut seseorang di luar rumah. Rasanya tu bukan kasut Jimin atau kasutnya.


"Jimin! Jimin! V datang ni!" panggil Jaerin Namun tiada jawapan.


"kau tunggu kat sini, aku pergi tengok dia buat apa" ujar Jaerin. V mengangguk dan Jaerin mula mendaki tangga menuju ke biliknya. Buka sahaja pintu, dia tergamam. Buku-buku di tanganya terjatuh.

V yang melihat Jaerin yang statik di muka pintu menuju ke arah Jaerin. Sampai sahaja, dia turut tergamam. Jimin dan Seojin dalam keadaan yang tak berapa nak sopan. Dengan pantas V meluru ke arah Jimin.


"Jimin bangun! Apa kau dah buat ni? Kau dah gila ke apa?" V menggoncang Jimin.


"bisinglah, jangan kacau boleh tak?" ujar Jimin dengan mata terpejam.


"jangan kacau? Eh kau dalan masalah besar tau tak sekarang! Matilah kau kena belasah dengan Jaerin lepasni. Wei bangunlah!" V terus menggoncang Jimin.

"tepi, biar aku yang kejut dia" Jaerin menolak V ke tepi.


'Pangg!!'



"aduh sakitlah! Kenapa ni?" soal Jimin sambil memegang pipinya.

"apa semua ni?!" tengking Jaerin sambil menujuk ke arah Seojin . Jimin memandang ke sisinya, matanya bulat.

"Jae..Jaerin jangan salah faham. Sa..saya pun taktau macamana boleh ada kat sini. Sumpah!" Jimin memegang tangan Jaerin namun ditepis .


"mulai harini, you and me.... it's over!"  kata Jaerin dan keluar dari bilik tersebut. Jimin cepat-cepat memakai pakaianya.


"tolong aku V, sumpah aku taktau macamana aku boleh ada kat sini. Aku diperangkap, kau percaya aku kan?" kata Jimin.


"relax, biar aku siasat dulu. Baik kau pergi kejar Jaerin sekarang" kata V sambil menepuk bahu Jimin. Jimin mengangguk dan mencapai kunci keretanya. V menuju ke arah bilik air dan mengambil sebaldi air lalu menyimbahnya ke muka Seojin.


"apa ni?!' Seojin bangun dan mengelap mukanya.

"apa ni? Eh kau ingat aku tak tau ke ni semua plan kau?" V memandang Seojin dengan tajam. Harap muka je cantik tapi perangai hampeh!


"plan aku? Hello kawan kau tu yang bawak aku datang sini, aku teraniaya tau! Aku akan pastikan Jimin bertanggungjawab atas apa yang dia dah buat" balas Seojin.


"jangan mimpilah nak rampas Jimin dari Jaerin tu. Sekarang baik kau blah, kang tak pasal-pasal kau pulak yang aku 'makan'  balas V dan keluar dari bilik tersebut.

*******

"sampai hati kau buat aku macam ni" bisik Jaerin perlahan sambil menyapu air matanya. Betul-betul kecewa dengan perbuatan Jimin. Sanggup Jimin buat macam tu. Jaerin menekan pedal minyak dengan kuat, hatinya betul-betul sakit.

Sampai di satu simpang, sebuah kereta tiba-tiba muncul dan dia tak sempat mengelak.

'Dumm!!"

******

"mana kau pergi Jaerin? Please jangan buat aku macam ni" Jimin memandu sambil memandang kiri kanan. Dari tadi dia asyik menghubungi Jaerin namun langsung tak berjawab. Dah semua tempat dia cari namun still tak jumpa. Sedang sibuk memandu, telefonya berdering. Panggilan dari Jaerin, cepat-cepat Jimin menjawab panggilan tersebut.

"Hello Jaerin! Awak kat mana?! Apa yang awak nampak tadi tak betul, sumpah!. Saya betul-betul taktau macamana boleh ada kat situ. Please percayakan saya" terang Jimin.

"ni En. Park Jimin kan? Isteri Encik accident, masuk gaung. dia ada kat Hospital sekarang" jawab suara di hujung talian. Jimin terkejut.

"accident? okey, saya datang sekarang!" Jimin terus memecut keretanya.

 [C] FRIENDZONE [ PARK JIMIN : 박 지민 ]Where stories live. Discover now