“macamana? Dah jumpa ke calon isteri?” Jin menyoal sinis. Jimin yang sedang baring di atas sofa buat muka menyampah. Sibuk betul langau sekor ni.
“yang kau sibuk tu kenapa? Entah-entah kau yang hasut Appa aku suruh buat syarat macam ni kan?” Jimin memandang dengan tajam. Macamlah dia tak tau yang Jin memang nakkan jawatan CEO.
“eh jangan nak tuduhlah, ada bukti ke?” tanya Jin. Jimin senyum sinis.
“kau jangan harap lah kau akan dapat jawatan CEO tu. By hook or by crook, aku yang akan isi jawatan tu. Understand?” balas Jimin dan meninggalkan Jin di situ.
"Eh emo pulak. Appa kau buat semua ni bersebab. Jimin..Jimin" ucap Jin sambil mengeleng
**********
“macam mana ni Jaerin? Appa aku bagi tempoh 3 bulan je. sekarang dah 1 minggu berlalu, takde hasil pun” ujar Jimin ketika mereka tengah lunch bersama.
“erm, apa kata kau pilih Seojin? Dia kan dah lama syok kat kau” balas Jaerin.
“no! walaupun dia perempuan terakhir kat dunia ni, aku takkan pilih dia” ujar Jimin. Bukanya dia tak kenal dengan Seojin. Playgirl, dahla tak lawa.
“memilih” perli Jaerin.
“apa pendapat kau tentang perempuan tu?” Jimin tunjuk perempuan yang sedang makan di hadapan mereka. Jaerin memandang.
“tak payahlah, dia tu playgirl. Tak percaya cuba kau tengok. Haa tu ada lelaki datang, kau tengok” balas Jaerin. Jimin melihat aksi di depannya, amboi siap peluk bahu lagi.
“kau tunggu 5 minit lagi” sambung Jaerin. tak sampai 5 minit, muncul pula seorang lelaki. Kali ni berpegangan tangan pula. Memang sah. Playgirl.
“haih, susahnya nak cari perempuan baik. Semuanya tak boleh dipercayai” rungut Jimin.
“hey, tak semua macam tu okey!” Jaerin bulatkan matanya.
“dahla, aku ada kelas ni, bye” Jimin bangun dan mengambil begnya. Kalau macam ni memang kempunan la dia nak dapat jawatan CEO.
*******
"eh Jaerin kau nak pergi mana? Kau kena tolong aku sekarang" Jimin menarik Jaerin.
"kalau aku pakai safety shoes ni, maksudnya ak nak pergi site la. Harini ada kerja luar lah. Kau tak pergi site ke?" soal Jaerin.
"session aku petang nanti" kata Jimin.
""Sorry la harini aku takboleh tolong kau cari calon isteri" balas Jaerin.
"alahhhhhh" Jimin tunduk.
"cuba cakap, kau nak yang macamana?" Jaerin mengangkat keningnya.
"aku nak yang macam.....kau. Orang yang boleh faham aku" balas Jimin. Jaerin ketawa.
"kalau nak macam aku payahla. Limited edition tau. Macam nilah, dalam ni ada gambar kawan-kawan aku, siap ada nombor telefon lagi. Kau pilih and bagitau aku, nanti aku adjust. Aku kena pergi ni, Hyeri dah tunggu. Bye" Jaerin mengambil begnya. Meninggalkan Jimin terkulat-kulat di situ
********
"temanlah aku, takutlah" Jimin menyorok belakang Jaerin.
"takut? Eh jangan nak buat lawak lah! Pergi cepat!" Jaerin menolak Jimin. Jimin jatuh tersembam di depan perempuan yang menjadi teman 'datenya'.
"eh awak ok tak ni?!" perempuan tersebut membantu Jimin bangun.
"saya ok..saya ok" Jimin menyapu debu pada pakaianya.
"eii comel la awak ni" perempuan tu memegang pipi Jimin. Dengan pantas Jimin menepis.
"eh..eh jangan sentuh saya! Kita bukan mahram" Jimin bangun tapi lenganya dipegang erat oleh perempuan tersebut.
"Jaerin! Jaerin tolong aku! Ada orang gila nak rogol aku woi!" jerit Jimin. Jaerin yang sedang mengahadap telelefonya berpaling. Dengan pantas dia meluru ke arah Jimin dan menariknya jauh dari situ.
"janganlah gelak. Kau tau tak aku kena sexual harrasement tadi?" Jimin memuncungkan mulutnya.
"mana aku tau dia perangai macam tu. Nah, hilangkan trauma kau tu" Jaerin menghulurkan aiskrim.
"payah la macam ni, aku pun taktau apa si Jin tu dah hasut Appa aku" balas Jimin.
"takpayah nak berdrama la. Entah-entah Jin tak tau apa pun. Kau tuduh dia macam-macam" nasihat Jaerin. Dia pun tak faham kenapa Jimin begitu bencikan Jin. Rasanya Jin baik je pada pandangan matanya.
"Kau takyah backup dia la. Benci aku" jeling Jimin.
Fineeeee. Jangan risau, aku akan tolong kau cari calon isteri tu. Esok aku bawa kau 1 tempat. Sekarang jom kita balik, nanti Appa aku bising. Nanti dia tak bagi dah aku kawan dengan kau" ajak Jaerin. Jimin hanya mengikut dari belakang.
YOU ARE READING
[C] FRIENDZONE [ PARK JIMIN : 박 지민 ]
FanficBagi Jimin, perkahwinan ni hanyalah semata-mata untuk mendapatkan tempat di Syarikat keluarganya. Bagi Jaerin pula, perkahwinan ni hanyalah semata-mata untuk menolong kawan baiknya sendiri. Park Jimin. Pernah kena Friendzone dengan kawan sendiri?