"sudahla, ni bukan salah kamu. Jangan seksa diri lagi" En Kim menepuk bahu Jimin.
"semuanya salah saya Appa, Kalau saya sempat halang Jaerin haritu, Jaerin takkan.." Jimin menyapu air matanya.
"ni semua takdir. Sabarlah" giliran En Park pula memujuk.
"betul tu Jimin, sampai bila kau nak macam ni?" sampuk V pula.
"kita balik ye, rehat kat rumah" ajak Pn Kim.
"Semua pergi. Jangan ganggu" Jimin memeluk makam di depanya. Yang lain hanya memandang dengan keluhan dan beredar
"I'm sorry Jaerin" bisik Jimin perlahan. Dia mula menangis teresak-esak.
"Dahla Jimin"
Jimin mengangkat mukanya, Jaerin sedang mencangkung di depanya.
"Saya minta maaf! Salah saya, maafkan saya Jaerin" ucap Jimin
"Bukan salah awak, saya tau awak takkan buat semua tu" Jaerin tersenyum
"Saya suka awak! Saya takut nak cakap sebelum ni, saya takut hubungan kita jadi kekok. Saya bodoh sebab pengecut" Jimin masih menangis
"Saya tau. Dah awak balik dulu, mesti family kita tengah risau pasal awak. Kita akan jumpa lagi nanti" Jaerin bangun.
"Nanti dulu! Jaerin!!" panggil Jimin namun Jaerin tetap tak berpaling.
"Jimin! Jimin! kau okey ke!?" tanya V cemas.
"Huh?" Jimin menggosok matanya. Dia bangun sambil memerhati sekeliling.
"Kau pengsan tadi. Doctor cakap sebab tekanan darah kau naik" jelas V. Jimin meraup mukanya. Maksudnya semua tadi, mimpi?
"Aku nak tengok Jaerin!" Jimin bingkas bangun.
"Weh stop! Stop!, kau tak sihat lagi ni. Kau tak boleh melawat Jaerin, Doc tengah operate dia" jelas V.
"Operate?" Jimin tercengang.
"Dia cedera parah. Doctor tengah buang darah beku dalam kepala dia" jelas V
"Aku nak tengok dia!" Jimin terus melompat turun dari katil
******
Bunyi ketukan di pintu menyebabkan Jimin yang sedang tidur mengangkat kepalanya. V muncul membawa plastik berisi makanan.
"makan dulu" V meletakkan makanan di depan Jimin.
"kau rasa Jaerin percayakan aku tak?" soal Jimin.
"jangan risaulah, dia akan percayakan kau. Ada progress tak harini?" tanya V sambil memandang Jaerin yang terbaring di atas katil. Dah sebulan Jaerin koma
"takde" jawab Jimin sepatah. Dia langsung tak berenggang dengan Jaerin, dia nak jadi orang pertama yang Jaerin nampak apabila Jaerin membuka mata.
V mengeluh, Jimin masih menyalahkan dirinya.
"ok lah, aku tak paksa. aku nak balik. Ni nota kelas harini" V menghulurkan kertas. Dah sebulan Jimin tak datang kelas.
"thanks" ucap Jimin sambil membelek nota di depanya. V angguk dan keluar dari wad.
"Awak taknak bangun ke Jaerin?" Jimin mengenggam tangan Jaerin dengan erat. Tiba-tiba dia terasa tanganya digenggam. Kelopak mata Jaerin bergerak-gerak.
"awak dah sedar!" Jimin menarik nafas lega.
"eh awak ni siapa? Apsal pegang tangan saya ni?" Jaerin menarik tanganya.
"ni sayalah, Jimin. Suami awak" balas Jimin.
"suami? Bila masa pulak saya kahwin? Encik ni mabuk ke apa?" soal Jaerin dengan muka berkerut.
"Doktor!" panggil Jimin.
****
Jimin mengeluh sambil mengusutkan rambutnya. Teringat kata-kata Doktor tadi."isteri Encik mengalami amnesia, mungkin kesan hentakan kuat pada kepalanya masa accident dulu"terang Dr Han. Jimin tersentak,
"amnesia? Berapa lama dia boleh sembuh?"soal Jimin.
"bergantung. mungkin berbulan-bulan dan mungkin juga bertahun-tahun" terang Dr Han.
"apa yang patut saya buat?" tanya Jimin.
"Encik cuba tunjukkan gambar-gambar atau bawa ke tempat yang selalu Encik dan isteri en pergi. Cara tu boleh membantu" ujar Dr Han. Jimin mengeluh, Jaerin langung tak ingat apa-apa. Nama sendiri pun Jaerin tak ingat.
*******
"apsal encik asyik ikut saya ni? Berapa kali saya nak cakap, saya ni bukan isteri encik. Encik ni gila ke apa?" kata Jaerin apabila Jimin asyik mengekorinya hingga ke taman Hospital. Sampaikan dia pun rimas."takkan awak langsung tak ingat kat saya? Tengok ni" Jimin menunjukan gambar kahwin mereka.
"and cincin ni. Sama kan?"Jimin menunjuk ke arah cincin yg diikat bersama gelang tangan Jaerin dan yang ada di jarinya. Muka Jaerin berkerut, cuba untuk ingat. Betul ke dia ni isteri Jimin? Apsal dia langsung tak ingat?
"sa..saya tak tau" muka Jaerin nampak keliru.
"eh awak ok tak ni?" tanya Jimin apabila melihat Jaerin memicit kepalanya.
"Kepala saya...sakit" kata Jaerin dengan lemah.
"saya bawa awak balik ke wad" Jimin mengendong Jaerin dan menghantarnya ke wad. Semasa ingin keluar dia ditegur V.
"macamana? Dia tak ingat kat kau lagi eh?" soal V. Jimin mengeleng,
"aku dah try everything tapi dia tetap tak ingat. dia percaya aku ni suami dia pun lepas aku tunjuk gambar kahwin and cincin. Tapi dia tetap tak ingat, aku takut kalau dia tak ingat kat aku sampai bila-bila"ujar Jimin.
"Sokay, doktor pun cakap benda ni sementara" V memujuk Jimin.
****
"ni lah rumah kita"kata Jimin apabila membuka pintu rumah. Jaerin hanya memandang dengan muka blur. Sempat dia melihat gambar-gambar yang tergantung dan yang ada di atas meja. Semuanya gambar dia dan Jimin. Kebanyakanya gambar-gambar outdoor. Dia cuba nak ingat tapi hampa
"awak rehatlah dulu, bilik kita yang tengah tu" tunjuk Jimin. Jaerin mengangguk.
****
"tempat tu kita selalu pergi memancing sama-sama" tegur Jimin apabila melihat Jaerin memegang frame gambar. Muka Jaerin berkerut, cuba untuk ingat.
"Jangan paksa diri, nanti kepala awak sakit lagi" Jimin mengambil frame gambar di tangan Jaerin dan meletakkanya kembali.
"macamana kita kahwin? Kita ada bercinta ke sebelum ni?" soal Jaerin. Jimin terdiam mendengar soalan Jaerin. Rasanya baik dia tak payah cerita perkara sebenar.
"yes, memang kita bercinta sebelum ni. Kita bercinta sejak 3 tahun yang lepas" Jimin mengenggam tangan Jaerin dengan erat namun cepat-cepat Jaerin menariknya kembali.
"err..Sorry, sa..saya perlukan masa" balas Jaerin.
"Sokay, awak rehat dulu, saya siapkan makanan kita" Jimin senyum lalu bangun menuju ke dapur
"Apsal aku tak ingat langsung" bisik Jaerin perlahan
Jangan lupa untuk vote & comment 🥰 and nak habis dah. Stay tuned for next part!
YOU ARE READING
[C] FRIENDZONE [ PARK JIMIN : 박 지민 ]
FanfictionBagi Jimin, perkahwinan ni hanyalah semata-mata untuk mendapatkan tempat di Syarikat keluarganya. Bagi Jaerin pula, perkahwinan ni hanyalah semata-mata untuk menolong kawan baiknya sendiri. Park Jimin. Pernah kena Friendzone dengan kawan sendiri?