"boleh saya join?"tegur satu suara. Jaerin mengangkat mukanya."sure, have seat" balas Jaerin. Jungkook menarik kerusi dan duduk di depan Jaerin. Mereka mula berbual-bual sambil bergelak ketawa.
*********
"mana Jaerin? Taknak makan sekali ke?" tanya V sambil memandang kiri kanan.
"entah. Pagi-pagi dh keluar, aku call pun dia tak angkat. Aku rasa dia marah kat aku kot" balas Jimin.
"apsal dia nak marah kau pulak? Ni mesti kau usik laptop dia kan?" tanya V. Jaerin memang pantang kalau orang sentuh laptop dia.
"aku desak dia pasal Jungkook semalam, kau tau kan si mangkuk tu sambung belajar kat sini. Aku rasa Jaerin masih cintakan Jungkook, kalau tak dia takkan simpan gambar-gambar diorang dulu" keluh Jimin. Dia sempat stalk laptop Jaerin masa Jaerin tengah tidur.
"Jungkook kan first love dia, of course dia takkan lupa. kau ni pun satu, desak dia buat apa? Tapi kan, Kalau dia still ingatkan Jungkook, buat apa dia kahwin dengan kau?" soal V.
"entahlah. Aku....haih lupakan jelah hal ni. Jom makan" Jimin menyuap nasi di depanya.
********
"nak pergi mana ni?" soal Jimin.
"awak ni nyanyuk ke apa? Harini kan sabtu, tak nak pergi memancing ke?" kata Jaerin sambil memasukkan kotak umpan ke dalam beg. Memang setiap hari sabtu diorang akan memancing sama-sama.
"A'aa la. Lupa! Kejap saya pergi ambil joran" Jimin bangun dan mengambil joran mereka.
"hish, muda lagi dah pelupa" bebel Jaerin. Jimin tersengih.
'sorry pasal haritu. Saya tak patut desak awak" kata Jimin.
"It's okay. Benda dah lama" jawab Jaerin.
"yelah tu ok. Orang call bukanya nak angkat pun. Merajuk konon" perli Jimin.
"jangan nak cari pasal. Deal kita macam biasa kan?" kata Jaerin.
"macam biasa. Masak, tapi kali ni orang tu kena belanja makan" ujar Jimin.
"belanja makan pun kena ke? Dah masak kan, membazir je makan luar" balas Jaerin.
"takut la tu" Jimin sengaja memprovok
"ok fine! jangan ada yang nangis sudah" jeling Hyuna.
********
"Wuekk! Uhuk! Uhuk! wuek! What the hell is that?!" tunjuk Jaerin sambil mengelap mulutnya."I spend 3 hours on it, can you just eat silently?" jeling Jimin. Dia punyalah masak dengan susah payah mengikut selera Jaerin, Tak sangka Jaerin boleh dapat ikan lagi besar darinya.
"3 hours? No wonder. Patutla hangit ikan" Jaerin menepuk dahinya perlahan.
"Puji la sikit, jangan tau nak kritik" bebel Jimin.
"ok fine, let's say, makanan ni sedap sangat" Jaerin berpeluk tubuh. Jimin buat muka.
"cepatlah siap, kita nak keluar makan ni" bangun.
"Tangan saya sakitla, terluka tadi masa siang ikan" Jimin sengaja mengelak.
"no..no. Janji tetap janji. Jom, biar saya drive" Jaerin menarik Jimin.
********
"apsal jalan terhuyung hayang ni? Sakit kaki? Ke jatuh kat site?" tanya Jimin. Dari tadi Jaerin jalan macam orang mabuk.
"penatla, banyak asignment" keluh Jaerin. Jimin yang berada di sebelah tersenyum.
"jom kita pergi makan aiskrim. Release tension, nak?" ajak Jimin.
"Nak!" Jaerin menarik lengan Jimin.
"Jimin! Jimin! Tunggu kejap!" panggil Seojin dengan termengah-mengah.
"boleh tak teman saya jumpa Dekan? Nak uruskan proposal ni" Seojin menunjukkan kertas di tanganya.
"awak temanlah dia, lagipun ni projek kelas kan" Jaerin memandang Jimin. Jimin rasa bersalah, lagipun dia dah janji dengan Jaerin. Tak lama kemudian V muncul.
"ah V, kau tolong teman Jaerin makan aiskrim. aku ada hal lah" suruh Jimin.
"no problem, aku baru nak ajak korang tadi" Jom Jaerin" ajak V.
"kau tak jealous ke tengok Seojin dengan Jimin?" soal V bila mereka berdua berada di kafe.
"nak jealous kenapa?" soal Jaerin
"hisy kau ni, buatnya Seojin tu rampas Jimin macamana? Melopong kau nanti" balas V.
"takdelah, Jimin bukanya syok kat Seojin pun" jawab Jaerin. Nampaknya memang semua orang menyangka yang dia dan Jimin betul-betul bercinta.
**********
"eh, Appa datang ke?" bisik Jimin apabila melihat kereta Appa dan Eomma Jaerin berada di luar rumah. Sekarang dah pukul.10 pm. Lama juga dia keluar dengan Seojin. Jimin membuka pintu rumah dan masuk, Jaerin tengah tidur di atas sofa.
"ish budak ni kan, aku dah bagi bilik punyalah besar, kat sini jugak dia nak tidur" bebel Jimin sambil mengemas kertas-kertas atas meja. sedang dia menyusun kertas, sekeping gambar terjatuh. Gambar Jaerin dan Jungkook.
"aku takkan benarkan kau dekat dengan Jungkook. Aku taknak kau kecewa lagi" Jimin mengambil dan menyimpan di dalam poket seluarnya.
"Jaerin, bangun" Jimin menggoncang Jaerin. namun Jaerin sikit pun tak bergerak.
"tak payahlah kamu kejut dia, Jaerin tu jenis tidur mati. Kamu angkat jelah dia" tegur Appa Jaerin.
"err angkat?" Jimin menggaru kepalanya. Walaupun mereka dah suami isteri, dia tak pernah nak pegang-pegang Jaerin sesuka hati. Pegang tangan pun jarang-jarang.
"takkan malu kot? Kamu kan suami dia, tak salah pun" En Kim ketawa kecil. Jimin pamer senyuman plastik, dengan berhati-hati Jimin mengangkat Jaerin masuk ke dalam bilik dan membaringkanya di atas katil dan duduk di sebelah Jaerin.
"comel jugak Jaerin ni" Jimin mengusap lembut pipi Jaerin yang masih lagi lena tidur. Matanya terpandang bibir Jaerin. Dia tunduk, jarak mereka terlalu rapat sehingga dia boleh rasa nafas Jaerin terkena mukanya.
"ish takboleh..takboleh. Aku tak boleh hancurkan kepercayaan dia" Jimin bangun dan cepat-cepat keluar dari bilik tersebut. Risau jika tak boleh kawal diri.
YOU ARE READING
[C] FRIENDZONE [ PARK JIMIN : 박 지민 ]
FanficBagi Jimin, perkahwinan ni hanyalah semata-mata untuk mendapatkan tempat di Syarikat keluarganya. Bagi Jaerin pula, perkahwinan ni hanyalah semata-mata untuk menolong kawan baiknya sendiri. Park Jimin. Pernah kena Friendzone dengan kawan sendiri?