Bab 1 : Rumah Kayu Maryam

2.4K 114 8
                                    

    Ibrahim, Khai, Umai, Mimi dan Ghazwan merupakan pelajar di Universiti Teknologi Mara dan mengambil kos Arkeologi. Di dalam kelas, Puan Maimun memberikan sebuah tugasan baru kepada semua pelajarnya. Semua pelajar dikehendaki membuat satu kajian mengenai sejarah-sejarah yang tidak tercatat dalam sejarah Malaysia. Pelajar dikehendaki untuk menjelajah di seluruh pelusuk untuk mencari sejarah-sejarah baru.

Setiap satu kumpulan dibahagikan kepada 5 ahli. Ibrahim, Khai, Umai, Mimi dan Ghazwan telah pun terpilih menjadi sebuah kumpulan untuk tugasan ini. Mereka berlima bercadang untuk membuat perbincangan di perpustakaan.

Di perpustakaan, mereka berlima pun memulakan perbincangan mereka. Umai meletakkan kertas-kertas di atas meja. Kertas-kertas tersebut mengandungi maklumat tentang beberapa lokasi untuk mereka kunjungi dan mengkaji sejarah tempat tersebut. Umai menyuruh mereka melihat setiap maklumat yang terkandung di dalam kertas-kertas itu. Mereka pun melihat setiap maklumat itu.

" So, antara banyak-banyak tempat, aku rasa Rumah Kayu Maryam ini macam menarik." – ulas Khai setelah melihat maklumat yang tertulis pada kertas yang dipegangnya.

" Kenapa kau rasa menarik?" – tanya Ibrahim.

" Ye lah, selalunya sejarah asyik ceritakan dekat tempat-tempat yang terlampau umum. Cuba bayangkan kita dapat rungkaikan sesuatu sejarah hanya dalam sebuah rumah. Kita boleh buktikan bahawa rumah kayu usang pun ada sejarah dia." – jelas Khai kepada mereka semua.

" Tapi tak rasa macam berisiko ke? Mana tahu, sampai-sampai sana. Kita duduk kaji-kaji, last-last satu sejarah pun kita tak dapat." – kata Mimi yang berasa was-was.

" Jangan risau, wei. Rumah kayu memang ada sejarah dia. Maklumat yang aku dapat tu, semua betul." – terang Umai kepada Mimi.

" Kalau macam tu, baguslah." – jawab Mimi yang kelegaan.

" Alaaa, lagi berisiko, lagi bagus. Selalunya benda-benda berisiko ni selalunya bawak untung." – kata Khai.

" So, macam mana ni? Kita semua dah buat persetujuan ke untuk buat kajian dekat rumah kayu Maryam ni?" – tanya Ibrahim untuk memastikannya lagi.

Setelah berbincang dalam masa 53 minit, akhirnya mereka memukakan keputusan. Mereka berlima akhirnya bersetuju untuk membuat kajian mereka di rumah kayu Maryam. Umai memberitahu mereka bahawa dia akan menelefon pemilik rumah kayu tersebut, yang mereka akan membuat kajian di sana. Tidak mahulah mereka datang ke sana tanpa diundang.

*********************

Setelah tiga hari berlalu, mereka pun membawa barang masing-masing dan berkumpul di rumah Ghazwan. Ghazwan menyewa sebuah van bagi melancarkan perjalanan mereka ke lokasi kajian.

Mereka pun memasukkan semua barang ke dalam kereta. Ghazwan pun memanaskan enjin dalam beberapa minit dan kemudiannya mereka pun memulakan perjalanan mereka.

Khai mengeluarkan sepiring CD yang berjudul "Himpunan Indie Terbaik" dan kemudian menyerahkan CD itu kepada Ghazwan. Khai meminta Ghazwan untuk memainkan CD tersebut. Ghazwan pun hanya menurut dan memainkannya. Maka kereta itu dipenuhi dengan lagu-lagu indie.

Mimi membuka tingkap dan menghirup udara luar sekaligus merasai angina dari luar. Perjalanan mereka bermula dengan baik. Cuaca pun seperti mengizinkan mereka. Jalan juga tidak terlalu sesak.

Setelah satu jam perjalanan, Ghazwan pun singgah ke stesen minyak untuk mengisi minyak. Mimi mengambil kesempatan itu untuk pergi ke tandas. Umai datang menemani Mimi. Mimi masuk ke dalam tandas manakala Umai tunggu di luar. Dengan secara tidak sengaja Umai terdengar perbualan orang di sebelahnya. Disebelah Umai terdapat dua wanita sedang berbual akan sesuatu perkara.

" Kau tahu tak pasal projek hotel dekat kampung kita tu dibatalkan?" – kata wanita bertudung biru itu.

" Aku tak tahu pula, kenapa ya?" – jawab pula wanita bertudung merah itu.

" Orang kata pemilik tanah tu tak nak jual tanah dia." – jelas wanita bertudung biru itu.

Berdasarkan perbualan mereka berdua, Umai sudah dapat mengagak bahawa mereka sedang berbual mengenai lokasi kajian mereka iaitu rumah kayu Maryam.

Kemudian, Mimi pun menyapa Umai dari belakang. Umai agak terkejut juga kerana dia sedang fokus dengan perbualan orang di sebelahnya. Mimi dan Umai pun kembali ke van mereka semula. Ghazwan juga sudah selesai mengisi minyak. Mereka pun menyambung perjalanan mereka semula.

*********************

Semakin lama perjalanan mereka, semakin berkurangan kenderaan di jalan raya. Perjalanan mereka mula sunyi dan lagu indie semua telah habis dimainkan. Umai dan Mimi sudah pun tertidur. Khai pula sibuk dengan permainan video di dalam telefonnya. Ibrahim pula sedang membaca al-Quran di dalam telefon pintarnya. Tersenyum Ghazwan melihat kawan-kawannya melalui cermin keselamatan hadapan.

*********************

Setelah tiga jam perjalanan mereka, akhirnya mereka tiba di Kampung Saka Berhenti. Di GPS, hanya memberitahu lokasi kampung sahaja tetapi tidak memberitahu lokasi rumah kayu tersebut. Disebabkan itu, Ghazwan terpaksa berhenti di sebuah gerai makan untuk bertanyakan tentang lokasi rumah kayu Maryam. Ghazwan pun bertanya pada seorang pak cik yang sedang menikmati kopinya. Pak cik itu pun memberitahu lokasi tersebut kepada Ghazwan.

" Terima kasih, pak cik." – kata Ghazwan kepada pak cik tersebut.

" Nak, ada hal apa dekat rumah kayu Maryam tu?" – tanya pak cik itu yang sedang kehairanan.

" Ouh, saya dengan kawan-kawan saya ada assignment berkaitan dengan rumah tu." – jelas Ghazwan.

" Ouh, kiranya macam kerja sekolah lah ni." – kata pak cik itu lagi.

" Lebih kurang macam tu lah, pak cik." – jawab Ghazwan lagi.

" Nak, hati-hati pergi tempat orang. Bila pergi tempat orang, jangan lah tunjuk perangai bukan-bukan." – nasihat pak cik itu.

" Baiklah, pak cik. Saya gerak dulu. Terima kasih, pak cik." – jawab Ghazwan.

" Sama-sama, nak" – jawab pak cik itu.

Ghazwan pun memasuki kereta, dan menyambung semula perjalananan mereka seperti apa yang telah diterangkan oleh pak cik di gerai makan tadi. Rupa-rupanya, rumah kayu Maryam tidak terlalu jauh dari lokasi mereka sekarang. Ia hanya mengambil sekitar 18 minit sahaja untuk tiba ke sana.

Kelihatan padang rumput yang meluas. Di tengah-tengah padang rumput tersebut terletak lah sebuah rumah kayu dan itulah rumah kayu Maryam, lokasi kajian mereka. Maka jelaslah tempat ini sesuai untuk dibina kerana padangnya yang meluas.

Mereka berlima pun keluar dari van setelah Ghazwan meletakkan van betul-betul di samping rumah kayu tersebut. Mereka pun memberi salam, malangnya salam mereka tidak dijawab. Setelah salam ketiga, baru salam mereka dijawab tetapi salam mereka dijawab dari belakang. Berdiri seorang wanita berkebaya merah dibelakang mereka. Wanita itu adalah pemilik rumah kayu Maryam dan namanya ialah Mashitah. Mashitah pun memperkenalkan dirinya kepada mereka berlima, dan kemudiannya mereka berlima pun mengenalkan diri. Setelah memperkenalkan diri, Mashitah meminta mereka untuk meletakkan barang-barang mereka di dalam.

*********************

Pada waktu malam, Mashitah pun menyuruh mereka berlima berkumpul di ruang tamu. Mashitah menyuruh mereka berkumpul kerana ada sesuatu yang ingin diberitahunya.

" Dekat sini ada beberapa pantang larang yang kamu semua perlu ikut. Saya harap kamu semua dapat ikut kesemua pantang larang yang saya bagitahu. Yang pertama, kamu semua perlu tidur sebelum pukul tiga pagi. Yang kedua, kamu semua dilarang membuat bising apabila dah malam. Yang ketiga, jangan ada sesiapa yang berani buka atau dekati bilik pintu merah tu. Yang keempat, jangan sentuh sesuatu bukan milik kamu. Semua faham?" – kata Mashitah dalam nada tegas.

Mereka pun menganggukkan kepala menandakan merema memahami apa yang diterangkan oleh Mashitah. Setelah keterangan itu, mereka semua pun balik ke bilik masing-masing dan bersiap-siap untuk tidur kerana esok bermulalah kerja mereka untuk menyiapkan kajian tentang rumah kayu Maryam.

Bersambung. . .

Karun MaryamWhere stories live. Discover now