Bab 2

8.3K 813 36
                                    

Rambut panjang separas pinggang aku sanggul rapi sebelum keluar daripada bilik untuk sarapan pagi. Aku dapat rasakan keadaan pagi ini lebih tegang daripada biasa. Pekerja resort tunduk menikus termasuk yang menjemput aku tadi.

"You had one simple job, Alam! Jaga budak tu bukan ambil kesempatan! Berapa banyak kau upah orang untuk gambar-gambar bodoh ni?" Suara Bonda memetir.

Aku terus masuk ke ruang makan itu. Gambar aku berduaan dengan Alam malam tadi bersepah di lantai.

"Embun yang upah orang tu. It supposed to be sent to me." Aku kutip kembali satu per satu gambar itu.

Aku tak tahu kenapa aku nak selamatkan kepala Alam Uzayr daripada dipancung. Balas jasa kerana dia selamatkan aku daripada diri aku sendiri semalam, mungkin? Manalah aku tahu siapa sebenarnya yang tangkap gambar ni ataupun apa tujuannya.

"Why would you do something stupid like this? Nak hancurkan Kumpulan Nadir dengan gosip murahan?" Bonda betul-betul marah nampaknya.

Bonda marah aku tapi aku rasa senang. Ada juga reaksi emosi dia beri pada aku. Bukan sekadar arahan yang dingin.

"I wanna marry him. Sebelum ke Glasgow. Guna cara ni cepat sikit Bonda dan Ayah nak dengar." Aku menarik kerusi di sebelah Alam Uzayr.

"Cik..." Dia terkejut mendengar tutur bicara aku yang langsung tidak berperasaan.

"Later." Aku tak mahu dia masuk campur.

Bonda melihat jam tangannya kemudian setiausaha bonda berbisik sesuatu. Mungkin tentang jadualnya selepas ini.

"Do whatever you want jangan sampai terpalit arang pada Kumpulan Nadir. Consult with Encik Hadif tentang tarikh. Hal-hal lain Alam uruskan. Dah, jom pergi." Bonda terus pergi tanpa salam ataupun memandang aku.

Encik Hadif ialah setiausaha peribadi Ayah. Aku sendiri sudah lama tidak melihat Ayah aku. Sebaik sahaja Bonda pergi, aku bangun daripada kerusi itu dan duduk bertentangan dengan Alam di kerusi yang Bonda duduk tadi.

"Keluar kecuali Alam." Aku perlukan ruang privasi.

Semua pelayan di dalam bilik itu keluar.

Sebelum dia mula bercakap, baik aku yang cakap dulu.

"That is for yesterday. I might cause bigger fuss kalau mati. If you had a girlfriend, bagitahu dia our marriage nanti tak ada makna. Kau boleh ceraikan aku bila-bila kau nak. Kau tak payah nak bagi nafkah dekat aku. Kau tak perlu cari siapa yang tangkap gambar ni kita akan tahu juga nanti. Dah, keluar." Aku tidak benarkan sepatahpun dia menjawab.

"Cik tak cintakan saya pun. Macam mana cik boleh buat keputusan ni? You are still young. Cik baru 19 tahun." Dia masih tidak berganjak.

"Is love even real? Kalau aku tak kahwin dengan kau, aku akan kahwin dengan anak CEO mana-mana. Tak ada beza. Kau pergi uruskan nanti bagitahu aku tarikh. Kalau kau perlu duit, cakap. Aku nak majlis ringkas je." Aku sudah malas nak bercakap lebih lanjut dengannya.

Biarkan aku sendiri. Biarkan aku menikmati pancake madu dengan secawan teh blackberry.

Aku membuka telefon. Resume terkini Alam Uzayr yang dihantar pada email aku oleh setiausaha Bonda, kubuka.

Alam Uzayr Bin Alam Adinata.
22 tahun.

Lulusan A level tempat yang sama aku belajar sebagai persediaan setahun sebelum terbang. Rupanya setahun dia menjadi pengawal peribadi aku dilakukan sambil belajar. Aku ingat dia duduk di kerusi belakang sekali tu untuk pantau aku sahaja. Keputusan peperiksaannya sangat baik tapi aku punya lebih baik.

Ibu bapanya sudah meninggal. Punca kematian ibunya ialah barah dan ayahnya serangan jantung. Informasi lanjut tentang keluarganya tiada di situ.

No power, no connection, no money. Bebasnya hidup dia.

Gambar-gambar aku berdua dengan Alam aku tatap satu per satu.

Kita betul-betul hidup dalam dunia yang berbeza.

Gambar-gambar itu aku bawa bersama ke bilik. Rasanya ini kali pertama aku lihat diri aku terabadi dalam kepingan gambar selepas beberapa tahun. Aku tak suka bergambar.

Beg pakaian aku kemaskan. Cadar dan selimut aku tarik daripada katil. Kalau mereka jujur dalam membuat servis bilik, aku dah permudahkan kerja mereka. Ada juga servis bilik menipu. Cadar dan selimut diguna semula tanpa dibasuh sebab pelanggan sudah merapikan katil.

Alam Uzayr sudah menanti aku di lobi.

"Cik Embun, kita ada masa sikit lagi ni. Cik ikut saya sekejap boleh?" Dia mengajak aku.

"No." Aku terus duduk di sofa untuk menyambung bacaan novel Inggeris yang sudah separuh jalan.

Aku ada perpustakaan kecil aku sendiri di rumah. Tempat kegemaran aku sejak kecil. Buku-buku ini menjadi tempat untuk aku lari daripada realiti. Ia membawa aku mengembara jauh daripada asal aku.

Tidak semena-mena buku itu ditarik daripada tanganku.

"Come on, Cik Embun. Semalam cik sampai dah maghrib terus masuk resort lepastu cik keluar dah malam. I just want you to see the beauty of Pantai Kelambu. Bukan senang nak sampai Kudat ni. Sempat lagi kalau kita nak jalan-jalan." Buku itu ditutup tanpa ditanda.

"Biadab!" Aku rampas kembali buku aku kemudian mencari muka surat yang aku sedang baca. Sudahlah buku itu tebal.

"Maafkan kebiadaban patik tuan puteri, but for once, Cik Embun tengoklah dunia sebenar bukan sekadar imaginasi berpandukan aksara." Buku aku diambil kembali kemudian lengan baju aku dipegang supaya aku berdiri.

Dia terus menarik aku ke luar daripada resort dan menapak ke Pantai Kelambu.

Cantik. Pasirnya memutih. Biru kehijauan air lautnya seluas mata memandang. Lebih cantik daripada waktu malam. Ada hikmahnya juga aku tak mati semalam. Tempat ini terlalu indah untuk dicemarkan dengan bangkai aku.

"Pantai Kelambu ni istimewa cik. Ada dua pantai dan satu pulau. Kita boleh jalan ke pulau tu. Sebelah kanan sana Pantai Bawang Jamal. Sebelah kiri pula Pantai Loro Kecil."

"So?" Aku mahu patah balik. Aku nak sambung baca buku aku yang tertangguh tadi.

"So... Em..." Alam Uzayr kematian kata-kata.

"Stop Alam, jangan friendly sangat dengan aku. Palsu je semua ni." Aku bergerak menjauhi pantai.

Aku tak mahu lagi rasa sakit. Cukuplah aku ditikam tak mati. Aku tak akan biarkan orang masuk atau rapat lagi dengan aku sampai mampu untuk hancurkan aku. Biar aku bina tembok tinggi-tinggi sampai tiada yang mampu untuk dekat dengan aku. Aku tutup pintu hati aku rapat-rapat biar tiada yang mampu merobeknya lagi.

"Who hurts you sampai jadi macam ni?" Perlahan sahaja suara Alam Uzayr tetapi masih sempat aku tangkap.

"This world is hurting me." Aku berlaku pergi bersama pukulan bayu.

Dia pantas berlari ke hadapan aku. Sambil tersenyum lembut, dia berkata.

"Then, I need to protect you from this world la kan? It is in my job scope. To never let anyone hurts you Cik Embun."

"I can protect myself." Aku menjawab dengan dingin walaupun kata-katanya sedikit menyentuh hati aku.

Aku takut dan trauma untuk membiarkan sesiapa masuk ke dalam hidup aku.

"Cik nak tahu tak apa lagi ada dalam job scope saya? Tapi yang ni saya reka sendirilah tak masuk dalam kontrak. Kira macam free gift." Alam Uzayr cuba untuk mendapatkan tumpuan aku.

"Tak nak." Aku ingin berjalan melepasinya.

Pantas dia menapak ke belakang supaya masih boleh menghadap wajah aku.

"I want to make you smile. Saya tak pernah nampak cik senyum."

"Good luck with that."

Aku sendiri tak pernah nampak aku senyum selepas tamat zaman sekolah.

Embun AnggerikWhere stories live. Discover now