Aku terjaga apabila terasa dahiku disentuh.
"Sorry Embun tertidur. Alam nak apa-apa ke?" Aku terus duduk sambil menahan sakit perut yang masih mencucuk tetapi sudah sedikit reda berbanding tadi.
Alam tidak berkata apa-apa. Dia cuma memegang tangan aku. Secalit senyumpun tidak larat untuk dipersembahkan kepadaku.
Aku baring semula. Kali ini aku menarik Alam ke dalam dakapanku. Rambutnya aku elus lembut.
"It's okay Alam... Embun dekat sini." Aku usap belakang badannya.
Semakin kuat Alam menggenggam tanganku. Dahinya kukucup sayu. How can someone be so broken yet so beautiful? No, being broken is not beautiful.
"Sorry." Suaranya pecah bersama air mata selepas dua hari.
Bergetar bibir aku menahan air mata. Ya Allah Alhamdulillah terima kasih. Ini satu perkembangan yang baik.
Hatta melihat Alam memandangku sahaja sudah cukup baik.
"Tak apa. Take your time, Alam." Aku menghela nafas berat sambil menekan perut. Sakit sebenarnya duduk begini tetapi sakit lagi dua hari yang lalu.
Aku kemaskan dia di dalam pelukanku. Alam Uzayr terasa begitu kecil sekarang sedangkan selalunya dia yang melindungi aku. Dia yang selalu dengar dan selalu kuat untuk aku. Aku sendiri tak sangka yang aku akan melihat dia dalam keadaan ini.
Tak apa Alam. Kita ni macam kepingan-kepingan pecah yang sepadan. Embun akan lengkapi Alam sebagaimana Alam lengkapi Embun.
Air mata Alam aku kesat dengan jariku yang menggeletar dan sejuk.
Tanganku dipegang dan Alam membawa tanganku ke bibirnya. Lama tanganku dikucup.
Alam menolak dirinya untuk duduk. Penutup cawan dibuka oleh Alam. Dia cuba untuk minum tetapi keadaannya terlalu lemah.
Aku kuatkan diri untuk membantunya minum. Secawan air sahaja perlukan kudrat empat tangan. Perlahan-lahan air itu diteguk oleh Alam. Dua sudu bubur krim brokoli berjaya ditelan Alam.
Aku tak pandai masak tapi aku cuba. Resepi ni aku ambil daripada internet.
"Sorry. You deserve better." Aku rasa kembali bubur itu. Tawar.
Alam menggeleng. Bersusah payah dia cuba menguntum senyuman untuk aku. Alam merapatkan bibirnya ke telinga aku.
"Terima kasih, sayangku."
Kemudian dia menolak selimut yang menutupi kakinya. Perlahan-lahan dia ke bilik air. Aku tak terdaya hendak membantunya. Air kutuang untuk diri sendiri kemudian kuhirup perlahan.
Wahai cik rahim yang pelik, terima kasih sebab berhenti mencucuk. Rasanya ubat yang aku telan sudah mula memberi kesan.
Aku gagahkan diri juga mengambil pakaian dan tuala Alam di dalam beg.
Alam keluar daripada bilik air. Kelihatan anggota wuduknya basah.
"Mandilah dulu, selesa sikit. Embun dah siapkan baju. Sempat lagi nak Zohor ni." Aku hulurkan tuala.
Dia hulurkan tangannya. Aku faham. Aku cukup faham. Apa sahaja Alam, Embun akan buat apa sahaja yang boleh tenangkan Alam.
Aku solat Zohor semula. Kali ini berjemaah bersama Alam. Selesai berdoa, aku terus ke dapur untuk memasak sesuatu. Alam kubiarkan sendirian. Dia perlukan ruang bersama Sang Pencipta.
Aku masuk semula ke dalam bilik. Alam masih di atas tikar sejadah untuk mengqada' semula solat yang ditinggalnya.
Aku memeriksa jam. Sudah masuk waktu Asar jadi aku memberitahu Alam. Selesai solat Asar, Alam masih tidak berganjak. Katanya dia malu dengan aku. Dia mahu selesaikan hutangnya dengan Tuhan terlebih dahulu. Sehingga ke waktu Isyak barulah Alam mampu menghadap muka aku.
Tertunduk dia sambil mengacau sup ikan yang aku masak. Lima tahun lagi macam ni aku tak masuk hospital, aku buka restoren terus.
"Pandai dah Embun masak sekarang." Pujinya.
Automatik pipi aku menjadi merah kerana segan dipuji suami sendiri.
Aku makan bersamanya. Walaupun taklah sedap mana, tapi sekurang-kurangnya boleh dimakan.
"Sorry kalau Alam takutkan Embun." Perlahan sahaja suaranya.
"Kalau Alam nak cerita, I'm here to listen. Kalau Alam nak counsellor Alam, Embun boleh aturkan. I already spoke to him. I guess a listener need to be listened too." Aku meletakkan sudu kembali ke dalam mangkuk.
"Kematian orang yang Alam sayang. That is my trigger. Sebab tu Alam takut nak sayang sesiapa lagi. Alam takut nak bagi sesiapa masuk dalam hidup Alam sebab Alam tak akan dapat tahan sakitnya bila mereka pergi. But then, I found you. Embun tak minta disayangi tapi hati Alam nak sangat protect Embun. Alam ingatkan Alam dah okay. Tapi mungkin Alam masih belum sepenuhnya sembuh." Alam tersenyum sayu.
"Cross-linked fibrin fibers baru nak terbentuk dekat luka Alam tu tapi dah terkopek balik. Takpe, kita bentuk dia balik sama-sama. Let's heal each other and heal manusia-manusia lain dalam dunia ni pula." Aku rasa macam nak hentak kepala dekat dinding sekarang ni. Kenapalah aku ni nerd sangat? Tak bolehke keluar ayat pujuk yang comel ke yang normal pun okay dah.
Nasib je aku tak terang macam mana fibrin fibers tu terbentuk.
"Comel. That's my Dr. Embun. Cerdik dan solehah." Alam tersengih mendengar bebelan aku.
Aduhai Alam Uzayr kesayanganku. Selalu dia sebut perkataan solehah itu. Padahal aku ni baru sahaja belajar pakai stokin. Jauh lagi daripada solehah. Tapi tak apalah, doa suami. Aku aminkan sahaja.
"Alam bersyukur sangat Embun ada dekat sini dengan Alam. Tak dapat bayangkan kalau Alam sorang-sorang kena hadap kematian Granie. Sorry, Alam tak jaga Embun. Around this date kan Embun akan sakit?"
"You already save me. Ubat-ubat kecil yang Alam bebelkan tu ada dalam beg. Padahal Embun dah balik Glasgow pagi tadi patah balik sini ubat tinggal. Cerdik tak?" Aku ketawa sendiri.
"You even drove alone to Glasgow? My Cik Embun yang cuma tahu jalan ke library tahu jalan daripada Luss ke Glasgow. Janganlah besar cepat sangat. My baby." Alam kelihatan betul-betul terkejut.
"Mana ada orang baby! I'm 19 soon to be 20 tau." Aku menarik muncung.
"Masa awak tu dalam pampers reti nangis makan tidur buang air je, saya ni dah reti berlari. Baby la tu. Tak payah ada babypun saya dah ada baby comel saya ni. Sampai dah berubanpun awak tu tetap baby saya." Pipi aku dicubit oleh Alam.
Aku mengemas mangkuk Alam.
Paip kupulas untuk mula mencuci. Aku rasa aku kena beli baju seksi sikit. Baju tidur haiwan aku ni buat aku nampak kebudak-budakan sangat.
"What did I do to deserve angel like you?" Alam memeluk aku daripada belakang.
Allah... Aku tak buat apa-apa. Aku hanya menangis dan sakit sahaja sepanjang masa.
"Sorry tak banyak yang Embun buat. I can't even wake you up untuk solat." Aku berpusing dan bersandar pada dadanya.
"No, Embun kejut Alam. Alam dengar cuma tak mampu lawan rasa berat tu dengan cepat. Alam dengar kesungguhan Embun. Alam dengar zikir dan should I say bacaan Al-Quran Embun sangat baik. Subhanallah... Cerdik isteri Alam ni. Cepat dia belajar. Thank you sebab tak tinggalkan dan tak give up dekat Alam." Bisiknya sambil membalas pelukanku.
"I'm so glad that we found each other." Aku mendongak untuk mencari mata Alam.
Sudah nampak sinar di wajahnya. Ia tidak lagi kosong. Jujur, memang aku takut. Aku takut kehilangan dia. Tapi, hari-hari bersamanya terlalu berharga untuk aku lari. Kali ini, aku hadapi ketakutan aku dengan berani untuk hari-hari mendatang bersama Alam Uzayr.
"Promise me, we laugh together, we cry together. Kita jadi best friend sampai syurga." Aku mengangkat jari kelingking tangan kananku.
"Promise. Sealed with a kiss."
Tuhan, aku tahu kami tak akan hidup untuk seribu tahun jadi Kau izinkanlah aku untuk membesar dan menjadi tua bersamanya.
Untuk setiap detik yang akan datang, aku akan hargai setiapnya dengan sepenuh hati aku.
YOU ARE READING
Embun Anggerik
RomanceApa erti hidup kalau hanya sekadar bernafas? Kehidupan sempurna yang diimpikan oleh ramai manusia. Bijak, cantik dan kaya. Pakej lengkap itu dimiliki oleh seorang Embun Anggerik namun satu sahaja yang dia tidak punya. Keinginan untuk hidup pada hari...