Bab 49

10.8K 772 59
                                    

Alam Nadim yang sedang tidur di dalam dukungan aku kutatap sayu. Anak yang aku susukan daripada jam pertama dia di dunia sehingga sudah berkali-kali kenyang ini sangat berharga. Ibu kandung Nadim kumpul stok susunya untuk Nadim tetapi dia tak mahu memberinya secara terus kerana bimbang beralih hati.

Muda lagi ibu kandung Nadim. Tahun ini usianya 18 tahun. Mengandungkan Nadim selepas habis SPM. Kononnya menyambut kebebasan daripada zaman sekolah dengan kekasih hati yang kononnya akan setia sehidup semati.

Padahal, habis madu sepah dibuang.

Bila tahu dirinya mengandung, dia dibuang keluarga yang memang daripada asalnya sudah berantakan ketika usia kandungannya mencecah tiga bulan. Baki dua trimester dihabiskan di Pusat Perlindungan Raudatus Sakinah. Sekarang dia tinggal di sebuah studio kecil yang Alam carikan beserta dengan rawatan pantang dan wang untuk dia mulakan hidupnya yang baharu nanti.

Masih muda, masih mentah. Dia cuma dahagakan kasih sayang walaupun kehormatan diri menjadi harganya. Dia memilih jalan yang salah. Mungkin kerana tiada panduan, tiada penunjuk arah daripada seorang dewasa.

Dunia ini adil dengan cara menjadi tidak adil kepada semua orang. Alam Nadim ini keajaban untuk manusia yang tidak sempurna macam aku dan emak Nadim.

Kerana dia wujud, aku merasa nikmat menjadi seorang ibu. Kerana dia wujud, ibu kandungnya mendapat pembelaan. Hikmah-hikmah di sebalik kejadian ini, orang yang tak merasa memang tak akan faham.

Tak perlulah nak momokkan aku dengan segala kalau-kalau yang mungkin berlaku. Tolonglah, aku dah hidup dengan 'kalau' sepanjang hayat aku. Aku tahu lebih daripada orang lain betapa itu semua hanyalah modus operandi syaitan untuk aku meragui takdir Tuhan.

Anak ini akan aku asuh dengan baik. Kalau lima tahun kepayahan aku belajar di sekolah perubatan itu harga yang perlu aku bayar untuk seorang Alam Nadim, aku tak kisah. Bahkan ia terlalu murah.

Telefon aku berbunyi. Alam Nadim aku letak di atas buaian seperti kerusi biar dia lena di situ.

Ayah membuat panggilan video.

"Assalamualaikum Embun sihat?" Ayah menyapa terlebih dahulu.

"Waalaikumussalam, sihat Alhamdulillah. Ayah sihat?" Aku membalas balik.

"Macam ni la. Datanglah makan malam dekat sini. Arjuna sekeluargapun ada sekali. InshaAllah. Ayah nak buat majlis khatam Al-Quran sikit."

Alhamdulillah, Ayah sudah mula membaca Al-Quran dengan bantuan Ustaz Haris. Ayah sudah lancar solatnya. Kali pertama Ayah menjadi imam aku dan Bonda, kami nangis bersama-sama. Tak ada istilah terlalu lambat untuk berubah. Selagi masih ada masa, selagi masih ada nyawa dikandung badan, selagi itulah masih ada harapan untuk perubahan.

"Baik Ayah."

"Nadim mana? Jangan la tinggalkan dia sendiri." Eh, aku pula yang kena.

"Ada la depan ni Ayah, dia tengah tidur ni." Aku menunjukkan Nadim yang sedang tidur.

"Ala comelnya cucu Tok Ayah. Tak payah tunggu malamlah. Datang sini terus lepas Zohor." Alahai Ayah ni. Semakin lembut bersama kami.

"Ayah, I love you." Mudah sahaja aku melafazkan kata sayang. Kalau

"I love you too. Datang sini cepat ya. Rindu nak gomol budak tembam tu." Ayah ni teruja betul.

Penerimaan keluarga aku terhadap Alam Nadim sangat baik. Memanglah, Bonda sendiri yang mencadangkan aku mengambil anak angkat.

Abang Arjuna kata, Ayah kalau melayan cucu, memang lain dengan dia layan anak.

Aku sekadar menghantar pesanan ringkas kepada Alam menyatakan bahawa aku ke rumah Ayah dan Bonda. Pantas aku menyiapkan Alam Nadim. Sehelai sepinggang sahaja aku ke sana kerana semua baju, susu, botol dan segala kelengkapan memang ada di sana. Sudah jadi rumah kedua.

Sampai sahaja di rumah Ayah dan Bonda, Alam Nadim terus diculik ke biliknya. Ni rumah ini, semua cucu ada bilik sendiri tau. Nasib baik anak Abang Arjuna ada dua orang sahaja. Kalau ada lapan, silap hari bulan, Ayah upgrade rumah jadi hotel! Tak cerita play house yang hampir siap tu lagi. Bukan main betul. Padahal anak-anak Abang Arjuna dah masuk sekolah menengah dah.

"Neng Wati!" Aku menegurnya yang sedang membuat popia simpul.

"Cik Puan, terkejut neng." Tak nampak terkejut langsungpun masalahnya.

"Neng, tak ada jamu-jamu yang boleh bagi cepat sikit kurus ke neng?" Aku sengaja menyendeng di sebelahnya. Neng Wati ni dah jadi BFF aku.

"Cik Puan, jamu-jamu ngak ada. Makannya jangan kayak jembalang laut. Sore-sore eksersais bukan nonton sinetron." Selamba badak dia mengata aku. Dah la dia yang mengajar aku layan sinetron.

"Neng! Punyalah cun melecun macam ni kok jadi jembalang laut. Taknaklah kawan neng." Aku memukul lengannya manja.

"Bercanda aja kok. Nanti neng rebusin top sekeret jamu dari Jawa Tengah." Bisiknya.

Amboi, secret sangat ni. Apa kalau minum terus jadi ratu Jawa berkebaya?

"Naik dulu neng. Entah apa jadi dekat Nadim tu." Aku meminta diri dahulu.

Kaki aku terus melangkah naik ke tangga. Sudah kedengaran suara Ayah dan Bonda mengagah Nadim. Apalah sangat budak yang baru pandai angkat kepala boleh buat.

Alam sudah sampai. Aku apa lagi sebagai isteri mithali pergilah menghulur segelas air buat suami. Aha, tu pun sebab Bonda terjegil mata tengok aku bersembang lagi dengan Neng Wati. Iyalah selama ni aku layan Alam bak kata Bonda macam layan boyfriend bukan layan suami. Entahlah akupun tak faham. Ikut sahajalah kata petua orang-orang tua ni.

"Nadim mana?" Alam bertanya.

"Mana lagi, dengan Tok Ayah dia la. Taknak lepas langsung." Jawabku.

"Ha bagus." Ditarik terus tangan aku naik ke bilik kami. Hahaha nak sauk-menyauk dah tak boleh, aku dah gebu. Nanti ya cik abang sayang, saya kurus balik. Sabar jap.

Aku mengurus bayi besar ini dahulu sebelum mendapatkan Nadim pada Ayah. Dua lelakiku kini segak dalam persalinan baju Melayu emas lembut sedondon. Aku pula bersiap mengenakan busana kurung songket yang sepadan.

Selepas Maghrib, keluarga Abang Arjuna datang begitu juga Ustaz Haris dan Ustazah Adawiyah. Jujur, seumur hidup aku tak pernah sekalipun aku bayangkan rumah ini akan bergema dengan tadarus Al-Quran. Aku tak pernah terbayang kami duduk semeja makan bersama dengan rasa kasih sayang.

Benarlah, ada hikmah di sebalik ujian. Manusia tidak mungkin sempurna kerana itu hidup ini harus disandarkan kembali kepada Tuhan yang sempurna. Allah yang Maha Esa.

Hayat di dunia ini terlalu singkat untuk terus hidup dalam kesedihan. Aku rasa aku sudah jumpa jawapan kepada apa tujuan aku hidup atas muka bumi ini. Untuk beribadah kepada Allah dan untuk menanam benih yang akan kutuai hasilnya di akhirat nanti.

Janji manusia memang datang dengan harapan dan kemungkinan bersepai hati tetapi Tuhan tidak mungkin mungkir janji.

-Tamat-

Embun Anggerik versi wattpad 26/3/2020 - 6/5/2020

Embun AnggerikWhere stories live. Discover now