Bab 18

6K 708 32
                                    

Masuk rumah baru!

Apabila Alam membuka kunci apartment kami, aku terus memeriksa setiap inci apartment itu. Apartment ini mempunyai bilik tidur, bilik belajar, bilik air bertab mandi, ruang tamu dan dapur. Peralatan dapur semuanya lengkap siap dengan ketuhar gelombang mikro lagi.

Kawasan ini bukan kawasan tumpuan pelajar kerana harga sewanya yang agak tinggi jadi tidak perlulah kami menadah telinga mendengar anak muda berparti dan memekak sehingga dua tiga pagi.

"Thank you Alam." Aku tersengih lebar.

"Nope, not me. Alam tak mampu semua ni. It's Bonda. Nak Alam text Bonda ke Embun nak buat sendiri?" Alam membetulkan aku.

"Alamlah..." Aku masih rasa kekok. Mana pernah aku mesej Bonda untuk hal-hal macam ni. Aku tak pernah mesej Bonda dulupun. Selalunya aku hanya membalas.

"Okay, come." Alam mendepakan sebelah tangannya manakala sebelah lagi memegang telefon untuk berswafoto.

"Kena ke gambar?" Perlahan-lahan kaki kuseret untuk masuk ke depaan tangan Alam.

"Senyumlah." Alam senyum sambil memandang kamera.

Aku julingkan mata sambil menjelir lidah.

"Eee perangai send dekat Bonda yang ni baru tahu." Alam meluku kepala aku dengan lembut.

"Alaaa... Cepatlah." Kali ini aku menarik senyum.

Alam pula yang menjulingkan mata.

Bila nak dapat gambar elok macam ni? Rasanya dan berpuluh kali tekan. Semoga adalah gambar yang senonoh.

"Filter guna filter pula." Alam membuka Snapchat.

"You have social media account?" Aku bertanya kerana seperti aku, Alam jarang melekat dengan telefon.

"Embun je yang tak ada." Katanya sambil memilih filter.

"Tengok sikit. Mesti ada gambar girlfriend Alam." Aku menadah tangan. It's wife inspection time!

Alam menghulurkan telefonnya tanpa ragu-ragu. Fuyo berani. Akaun instagramnya kubuka. Aku tak pernah sentuh telefon Alam sebelum ni kecuali waktu dia bagi aku telefon dia untuk kes kecemasan dekat McD dulu.

Gambar wallpaper aku yang sememeh dengan aiskrim McFlurry cairpun dia tak ubah lagi. Malas nak gaduh. Nasib baik gambar comel.

Aku membuka profail Alam.

Penuh dengan gambar dia mengembara ke banyak negara. Alam benar-benar mengembara sedangkan aku hanya mengembara melalui imaginasi.

Ada satu gambar pada hari pernikahan kami. Gambar aku dan Alam berpakaian pengantin di Mcdonald. Aku duduk berhadapan dengannya itupun wajah aku ditutup. Gambar itu diletak kapsyen "Done nikah." Ramai juga yang komen di bawah gambar itu.

"Kenapa tutup muka Embun? Tak cukup cantik ke Embun ni?" Sengaja aku mencari modal gaduh.

"Sebab cantiklah kena tutup. Alam tak nak kongsi cantiknya Embun ni. Kesian kawan-kawan Alam ramai yang single lagi nanti. Nanti dia orang cemburu dah la Alam dapat isteri bijak, baik, cantik pula tu." Alam mencubit pipi aku.

Tolong campak aku dalam peti sejuk beku. Aku cair dah ni!

Alam menghantar gambar kepadaku sebelum menghantar gambar dengan ucapan terima kasih kepada Bonda.

Disebabkan hari ini dan esok memang kami sudah tetapkan sebagai hari mengemas rumah, aku dan Alam mula beroperasi.

Mula-mula, rumah itu kami vakum dan mop. Kemudian, pakaian pula kami susun. Alam satu almari dan aku juga satu almari.

Embun AnggerikWhere stories live. Discover now