Bab 25

5.6K 652 20
                                    

Aku kenal tempat ini. Aku tahu jalan ini. Tapi tetap aku rasa janggal berada di sini. Entahlah, aku tak rasa seperti aku pulang ke rumah. Pelik rasanya melihat tulisan rumi dalam Bahasa Melayu di papan-papan tanda. 

Apabila sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, kami disambut oleh delegasi Yayasan Kumpulan Nadir. Joshua sudah selamat dalam pelukan keluarganya. Aku tak menjangka sesiapa akan datang. Paling lebihpun, Bonda akan menghantar setiausahanya. 

Aku tunduk menekur lantai yang bersinar.

"Embun, tengok tu siapa datang." Alam mendongakkan kepala aku yang tertunduk.

Empat meter.

Empat meter di hadapanku, ada satu jasad yang selama lima tahun ini hanya berada di sebalik telefon. Anggun bersanggul tinggi dalam busana kebaya labuh walau usianya sudah mencecah pertengahan 60. Perbualan ringkas seminit dua, mesej mesra aku yang dibalas sebaris dua. Bertahun aku mengelak situasi ini. puncanya aku takut menghadap keluarga sendiri. Aku takut aku akan sakit lagi kerana harapan aku yang terlampau tinggi setiap kali Bonda membalas mesej atau menelefon aku. Aku takut sayang yang aku rasa itu, palsu.  Kita boleh tulis hahaha tanpa ketawa tak mustahil untuk Bonda balas mesej aku tanpa sebarang rasa. Aku cuba bersangka baik. Aku cuba buang jauh-jauh bisikan jahat dalam kepala aku tapi disebabkan tidak pernah sekalipun Bonda bertanyakan tentang kepulangan aku sepanjang lima tahun itu, aku jadi ragu.

Aku terpaku pada tempat aku berdiri.

"Embun, tak manis biar Bonda jalan sampai sini. Jom salam dia." Alam menarik tangan aku.

Perlahan-lahan aku mengambil langkah menuju Bonda.

Saat aku mengangkat kepala, Bonda lari ke arahku. Bonda benar-benar berlari kemudian dia memeluk aku. Tubuhku jadi keras kejung. Terkejut yang teramat. Bonda menangis. Bukan menangis sedikit, lebat tangisannya. Bonda aku seorang yang tidak pernah menunjukkan emosinya hari ini menangis.

Perlahan-lahan aku memeluknya kembali. Aku membiarkan tangisan Bonda reda dan bersedia untuk sebarang khabar buruk. Mana mungkin Bonda menangis sebab aku.

"Bonda rindu." Dua patah perkataan yang keluar daripada bibir Bonda merobek jiwa aku. 

Ya Allah... apa aku dah buat ni? Aku ragu dengan kasih ibu sendiri. Aku biarkan dia menangis keranaku. Bertahun-tahun aku belajar dalam belenggu dosa menyakiti Bonda aku sendiri untuk melindungi diri aku daripada ketakutan pada sesuatu yang tidak wujud.

Air mata aku turut mengalir. Bonda mengesat air mata aku dengan tangannya. 

"Embun... Embun.. min-minta a-ampun." Aku rasa seperti anak derhaka. Lima tahun aku langsung tidak berhubung secara fizikal dengan Bonda. Selama itu Bonda diam-diam menanggung rindu.

"Embun tak salah... Bonda yang selama ni ego. Jom kita rest dulu dekat hotel. Mesti Embun jetlag. Jom Alam." Bonda akhirnya melepaskan pelukan. 

Kata Bonda. jangan risau tentang bagasi. Orang Yayasan akan urskan untuk kami.

Bonda jalan seiring dengan aku.  Dari kecil lagi, apabila berjalan, Bonda selalu di hadapan. susuk tubuh Bonda yang kecil terasa begitu besar. Aku akan dipimpin oleh Ayah. Tapi Ayah dah tak macam dulu. Jujur, aku rindu.

Aku tertidur dalam perjalanan.

"Embun, wake up. Sampai dah nanti naik hotel kita tidur." Alam cuba mengejt aku persis sewaktu hari pertama di Glasgow dahulu.

Aku tak mahu membuka mata. berat yang amat!

"Embun okay tak tu? ke nak pergi klinik buat check up dulu?" Aku terdengar suara Bonda.

Embun AnggerikWhere stories live. Discover now