Bab 48

7.2K 651 97
                                    

Setahun kemudian...

Rumpai yang cepat sahaja meninggi di kubur itu dicabut. Tak boleh ditinggal langsung nanti mulalah naik lagi. Pokok yang ditanam memayungi nisan juga sudah besar.

Tujuh tahun lepas dia bersama Embun Anggerik tergagap-gagap membaca Yaasin di kuburan orang tuanya, hari ini Alam sendiri. Sayu dan sepi.

Rindu ini tak pernah hilang. Rindu ini tak pernah padam. Rindu yang membuatkan jiwa terobek pedih pada  sepertiga malam.

Alam tidak terus ke rumah. Dia singgah di perpustakaan terlebih dahulu. Mencari kesan-kesan tinggalan kekasih hati. Terbayang sekuntum Embun Anggerik duduk menghadap komputer riba dengan buku bersepah kiri kanan sambil mencatat nota. Dengan pensil yang diselit pada sanggul tinggi, dia langsung terputus daripada dunia.

Beberapa buah buku dibawa pulang bersama dengannya. Buku-buku fiksi Inggeris kegemaran Embun.

Barang dapur dibeli sekali. Malas hendak keluar banyak kali. Esok dia sudah bekerja semula. Sikit sahaja lagi untuk dia menghabiskan housemanship sebelum mendapat lesen kedoktoran penuh.

Alhamdulillah, semuanya sudah kembali terkawal walaupun masih ditekankan penjarakan sosial. Orang-orang bijak pandai sudah menemui penawar untuk virus NekoV-6. Takkanlah mereka tak boleh juga buat penawar kepada sakitnya menanggung rindu?

"Assalamualaikum." Alam memberi salam yang tidak bersahut.

Gambar kahwin dia dan Embun sudah diturunkan daripada dinding ruang tamu hampir enam bulan, rumahnya bertukar wajah.

Alam membasuh tangan terlebih dahulu. Sudah menjadi satu tabiat pula mencuci tangan setiap kali pulan.

"Abi dah balik ke tu?" Seorang wanita berisi keluar daripada bilik dengan bayi berusia dua minggu di tangannya.

"Sayang abi tidur ke? Eh tak tidurlah dia." Anak itu diambil daripada wanita itu.

"Abang pergi mana tadi?" Dia bertanya.

"Pergi zariah kubur lepastu ambil buku lepastu beli grocery." Jawab Alam mengikut kronologi.

"Ala, ingatkan nak pergi sekali."

"No way I'll let you out when the virus baru je nak hilang. Sabar sikit ya sayang. Tunggu Alam Nadim busyuk masyam ni besar sikit. Sayang masak apa hari ni?" Alam terus ke dapur.

"Simple je. Aglio Olio shrimp fettuccine. Meh la, sayang dukung Nadim, abang makan. Sayang dah makan dah tadi." Tudung saji diangkat.

Alam Nadim beralih tangan. Bayi kecil itu terus dimasukkan dalam baby sling di bahagian hadapan badan wanita itu.

"Thank you sayang." Alam memeluk wanita itu daripada belakang.

"Thank you Embun Anggerik for being with me." Bisiknya ke telinga wanita itu

Wanita itu; aku.

Embun Anggerik belum mati lagi. Suami aku belum jadi duda muda hot kaya raya lagi. Kalau nak caraspun bertenang dulu. Bini dia hidup lagi.

Al-kisah hendak dikisahkan, pembedahan aku berjalan dengan lancar, Alhamdulillah. Dah semua orang buat teruk macam sah-sah table death, dengan aku sekalilah cuak.

Tapi, kesanya sekarang ni berat badan aku naik mendadak disebabkan ubat hormon yang perlu aku ambil sebagai rawatan susulan.

Bak kata Alam, tu la, suruh lagi dia cari isteri gempal. Memang dapat montel kesayangan seorang!

Sejak dua menjak berat aku naik ni, aku tak sempat insecure dengan perempuan kurus sebab Alam ekstra sayang aku. Dah dah, kisah dalam kelambu budak-budak tak payah tahu.

Embun AnggerikWhere stories live. Discover now