Keputusan saringan pertama akan keluar sebentar sahaja lagi. Aku tunduk menekur buku nota di atas meja. Jujur, aku takut. Bukan setakat Alam seorang, Ayah dan Bonda juga berisiko dijangkiti.
"Everything will be fine, Embun. We're all in this together." Joshua menarik kerusi di hadapan aku.
"You buat apa dekat sini Josh?" Aku mengangkat kepala.
"Well, I heard about Alam and you. Kita dekat Glasgow dulu susah senang sama-sama jadi bila mereka buka volunteer, I join je la sekali." Joshua tersenyum.
"Even if it means kena tangguh housemanship?" Aku menyoalnya lagi.
"Doctor is still a doctor tak kisahlah duduk dekat mana. Dalam keadaan macam ni, baiklah yang expert tinggal dekat wad biasa. Kalau dekat wad virus ni treatment dia lebih kurang je mesti lagi cepat kita belajar. Bukan ada apa-apa nak dikejarpun." Balasnya.
Satu fail PDF diterima melalui kumpulan Telegram Hospital Nadir. Keputusan saringan kumpulan pertama NekoV-6. Aku terus mencari sample bernombor 8. Nombor Alam Uzayr.
8. Alam Uzayr Bin Alam Adinata
NEGATIF
Alhamdulillah... Segala puji bagi Allah. Terima kasih ya Allah, Kau lindungi suamiku.
Aku tidak tahu nombor sample Ayah dan Bonda jadi perlahan-lahan aku semak 67 sample pertama itu.
Mereka berdua tiada dalam senarai. Mestilah tiada. Data perubatan mereka sulit.
Lima belas minit lagi akan ada taklimat kaedah rawatan dan pembahagian zon. Kiranya masih sempat untuk aku menelefon Bonda.
Aku keluar daripada bilik itu. Terus aku menelefon Bonda.
Tiga kali panggilan aku tidak dijawab. Masuk kali keempat aku betul-betul sudah cuak. Kali kelima, baru Bonda mengangkat telefon.
"Assalamualaikum Bonda, how... How was the... The.... Test?" Aku terus bertanya.
"Waalaikumussalam, Embun... Jangan risaukan kami. Kami ada orang jaga." Bonda seperti berdalih daripada menjawab soalan aku.
"Bonda jangan macam ni... Jujur dengan Embun, please?" Aku mendesak.
"Bonda dengan Ayah positif." Perlahan sahaja suara Bonda.
Allah... Luluh jantung aku mendengarnya.
"Nanti... Nanti Bonda datang hospital kan?" Aku sudah tidak kuat untuk berdiri.
Aku jatuh terduduk.
"Mestilah. Kamipun perlu patuh SOP. Embun jangan risaukan kami. Embun tu jaga diri. Alam punya keputusan negatif kan? Alhamdulillah." Bonda seperti mahu mengalihkan tumpuan aku.
"Boleh tak nanti Bonda update bilik Ayah dan Bonda dekat Embun? Can you grant me the access untuk masuk? Kalau Embun tak dapat masuk sebagai anak, bagilah Embun masuk sebagai doktor. Embun seorang je. Alam tak payahpun tak apa." Aku merayu pada Bonda.
"Embun..." Bonda menjadi sayu.
"Boleh ya Bonda? Embun tak pernah minta apa-apa daripada Bonda. Embun cuma nak akses ke tingkat 16. Tu je." Aku sudah ada idea kebarangkalian tempat mereka akan di isolasi. Pastinya di tingkat 16, tempat VIP.
"Tapi Embun..."
"Bonda please... Embun seorang je." Aku merayu lagi.
Aku faham bukan senang untuk seseorang mendapat akses ke tingkat 16. Apatah lagi hingusan sepertiku. Sekadar doktor pelatih tahun 1.
"Nanti Bonda cakap dengan pengarah. Embun jaga diri ya? Kirim salam dekat Alam sekali." Akhirnya Bonda berlembut.
"Terima kasih, Bonda. Bonda take care ya? I'll see you later. Assalamualaikum, Bonda." Aku akhiri perbualan kami dengan nada positif supaya Bonda tidak risaukan aku.
YOU ARE READING
Embun Anggerik
RomanceApa erti hidup kalau hanya sekadar bernafas? Kehidupan sempurna yang diimpikan oleh ramai manusia. Bijak, cantik dan kaya. Pakej lengkap itu dimiliki oleh seorang Embun Anggerik namun satu sahaja yang dia tidak punya. Keinginan untuk hidup pada hari...