Mati kutu aku duduk di atas kayangan ni. Berapa lama dah kaki tak menjejak tanah. Bukan aku lumpuh tak boleh berjalanpun. Aku boleh je jalan cuma tak boleh berlari atau jalan terlalu jauh. Jahitan pembedahan juga sudah mula kering.
"Ayah, takkan la hari-hari Ayah nak datang sini tengok Embun. Kan Ayah banyak lagi kerja lain. Bondapun sama." Kawalan mereka berdua ni lebih ketat daripada pengawal peribadi.
"No, young lady. Embun boleh go around this floor je sampai pembedahan kedua. Tak lama dah tiga hari je lagi." Sudah aku agak, itu jawapan Bonda.
"Bahaya la dekat bawah tu. Hari ni kluster kapal akan masuk." Ayah memujuk.
Lagilah aku nak turun kalau macam tu. Aku nak jumpa Dr. Hana.
Huwaaa nak keluar!
Neng Wati yang digaji untuk menjaga aku masuk ke bilik sambil menolak kerusi roda.
"Masa untuk terapi berjalan Cik Puan Embun." Cik Embun dah upgrade jadi Cik Puan Embun sekarang. Kesian. Makin panjang pula mereka nak membahasakan aku.
Aku mengerutkan dahi. Bukan ke biasanya sebelah petang? Tapi aku ikutkan sahaja. Dia yang dapat jadual.
Aku dibantu untuk turun daripada katil kemudian duduk di atas kerusi roda.
"Buat slow-slow je Embun. Jangan paksa diri sangat." Pesan Bonda.
"Apa-apa hal beritahu kami ya Wati." Arah Ayah pula.
Aku terus ditolak keluar. Peliknya, tempat terapi berjalan itu di sayap kiri tetapi Neng Wati ke sayap kanan.
Aku hampir terjerit bila ada figura yang tiba-tiba muncul di sebalik dinding.
"Good job Neng. Nah." Sampul ang pow bercorak Hello Kitty bertukar tangan.
Apa ni? Apa ni? Apa ni? Aku tengah diculik ke ni? Tak ganas betul bayar upah dengan sampul Hello Kitty.
"Cik Embun, awak diculik sekarang ni jadi kalau sayang nyawa balik dengar je cakap saya." Encik penculik itu meletakkan jarinya di bibir aku.
"Dah upgrade la. It's Cik Puan Embun Anggerik. Saya tak sayang nyawa saya sayang encik penculik saya." Aku ketawa.
Alam Uzayr terus menolak aku ke lif.
"Kita tak ada banyak masa ni. Embun kena naik balik dalam masa sejam. Kalau ikut perkiraan, memang akan tepat-tepat sebelum Ayah dan Bonda syak apa-apa." Aku ditolak masuk ke lif. Terasa berdebar pula. Ni baru betul-betul rebel ni.
"Pandai dah buat kerja kotor rasuah Neng Wati. Berapa juta tu kos culik Embun?" Aku teringin juga hendak tahu.
"Satu juta... Rupiah." Tergelak aku mendengar jawapan Alam.
Kami berhenti di tingkat 4 tempat dorm doktor pelatih. Daripada lif, Cempaka mengambil alih kerusi roda aku.
"Hai, lama tak jumpa." Aku menyapanya.
"Sihatlah cepat-cepat Embun. Tak larat nak dengar Alam cerita pengembaraan kau orang berdua. Macam tak ada topik lain." Cempaka juga menjadi mangsa rupanya.
Baju hospital aku ditukar dengan scrub doktor. Topeng muka juga tidak ditinggal.
"I owe you a lunch." Aku berbisik pada Cempaka.
"So live, Embun. Aku tuntut nanti." Balasnya sambil menyolek muka aku.
Aku diserahkan kembali pada Alam yang sedang menunggu. Kami terus turun ke lobi tempat Dr. Hana dan pasukannya akan menunggu selepas mereka disaring dan dinyah-kuman.
Kelihatan Josh melambai kami daripada jauh.
"I wanna walk." Aku beritahu Alam.
"Sure?" Dia ragu-ragu.
YOU ARE READING
Embun Anggerik
RomanceApa erti hidup kalau hanya sekadar bernafas? Kehidupan sempurna yang diimpikan oleh ramai manusia. Bijak, cantik dan kaya. Pakej lengkap itu dimiliki oleh seorang Embun Anggerik namun satu sahaja yang dia tidak punya. Keinginan untuk hidup pada hari...