"Embun, Embun!" Panggilan tidak disahut atau ada sebarang reaksi daripada Embun.
Menggigil tangan Alam Uzayr bila mengelap cairan merah likat di betis naik ke peha Embun.
Tenang, Alam Uzayr. Kalau kaupun kalut juga. Apapun tak jadi.
Lampu disuluh ke mata Embun. Masih ada tindak balas cahaya. Denyutan nadi Embun agak perlahan tapi tetap ada.
Alam menelefon ambulan. Keadaan Embun terlalu berisiko untuk dibawa sendiri ke hospital.
Abaya hitam Embun disarungkan ke tubuhnya dalam keadaan payah. Tudung sarung dipakaikan. Kain selimut diletakkan menutupi tubuh Embun yang sudah dibaringkan ke sofa.
"Kan Alam dah kata, kalau sakit cakap. Embun dengar tak Alam cakap?" Air matanya gugur.
"Jangan buat takut Alam. Alam sayang Embun."
Menghitung detik bantuan tiba terlalu menyiksa jiwa raga. Kalau ikutkan hati memang sudah lama dia angkut Embun pergi.
"You promise me..." Tangan Embun yang longlai digenggam.
Telefon Alam berbunyi. Terus pintu dibuka. Hikmah PKP, ambulan tak perlu menempuh kesesakan lalu lintas. Beg rekod perubatan Embun dibawa sekali oleh Alam. Beg itu Embun simpan sejak dia berusia 15 tahun lagi.
Embun terus ditolak ke zon merah bahagian kecemsan dan trauma Hospital Nadir sebaik sahaja tiba. Alam menerangkan situasi Embun dan menyerahkan rekod perubatannya. Kemudian barulah dia mendaftarkan Embun.
Nombor telefon Ayah ditekan.
Tidak lama kemudian, ia bersambung.
"Assalamualaikum... Ayah..." Alam menelan pahit. Hendak diluah mati emak hendak ditelan mati bapak.
"Ayah... Embun masuk red zone." Bergetar suara Alam memberitahu perkara itu.
Alam tak tahu apa yang terjadi tetapi dia mendengar seperti sesuatu jatuh. Mungkin telefon yang dipegang Ayah.
"Dr. Alam, saya perlukan consent waris untuk bedah Dr. Embun sekarang. Ovarian cyst ruptured. Tu yang sebabkan pendarahan. One more, kami jumpa tumor dalam ultrasound. Cuma masih tak tahu antara benign ataupun malignant. We need to run serveral tests." Doktor yang mengambik kes Embun terus memberitahu Alam tentang keadaan Embun.
Jadi dia bukan keguguran tetapi cyst pada ovarinya pecah. Tumor... Boleh jadi sekadar ketumbuhan biasa jika keputusannya benign ataupun kanser jika malignant. Ketakutan Embun mungkin benar tapi Alam buang jauh-jauh fikiran yang buruk.
InshaAllah... Allah tak akan menguji hambanya di luar kemampuan. Kita kuat kan Embun?
Alam terus memberi izin. Apa sahaja demi Embun.
Seorang jururawat menghampiri doktor itu kemudian berbisik sesuatu.
"Kami bawa dia ke OR dulu." Doktor itu bersama jururawat yang ada menolak Embun ke dewan pembedahan. Alam turut menolak katil Embun bersama.
Tak berapa lama kemudian, Dr. Chen daripada Jabatan O&G masuk ke dewan pembedahan.
Sudah habis daya Alam. Kini dia hanya mampu berdoa.
Kedengaran derapan kaki berlari ke arah pintu dewan pembedahan. Bonda, Ayah dan Abang Arjuna datang bersama-sama.
Alam bangun untuk bersalam dengan mereka. Lama dia memeluk setiap satu daripada mereka untuk mencari cebis-cebis kekuatan.
"Alam takut Ayah... Alam takut..." Seperti anak kecil Alam menangis dalam dakapan tubuh seorang tua bergelar bapa.
Tak ada kata yang mampu dilafaz sebagai penawar hati yang galau. Biarlah air mata sahaja yang memujuk lara.
YOU ARE READING
Embun Anggerik
RomanceApa erti hidup kalau hanya sekadar bernafas? Kehidupan sempurna yang diimpikan oleh ramai manusia. Bijak, cantik dan kaya. Pakej lengkap itu dimiliki oleh seorang Embun Anggerik namun satu sahaja yang dia tidak punya. Keinginan untuk hidup pada hari...