Baru seminggu berlalu aku sudah mula barai. Entah berapa kali aku menangis sewaktu merekod sejarah pesakit. Penat sebenarnya menangis ni. Lebih penat lagi bila laporan masih perlu disiapkan dan aku masih perlu memusing wad. Tak lupa juga aku perlu mengulangkaji nota-nota lama dan membuat nota-nota baru.
Ada malam yang aku langsung tak pulang ke rumah kerana perlu menjadi doktor stand in untuk kes kecemasan. Ada dua bilik rehat berkatil di setiap jabatan. Doktor lelaki dan wanita dipisahkan. Begitu juga dengan Alam. Disebabkan jadual kami berbeza, Alam dan aku pergi ke hospital secara berasingan. Dia menaiki motorsikal dan aku berkereta. Sekarang aku sudah faham kenapa Pavitra sarankan supaya kami pindah sahaja ke kuartes staff. Ia lebih kecil daripada rumah kami tetapi jauh lebih memudahkan dan selamat. Sewanya juga murah. Ikutlah apa kata Alam, aku taknak fikir. Buat serabut kepala.
Semalam aku tak balik. Memang kami sudah dipesan awal-awal untuk membawa satu bagasi pakaian dan barangan peribadi untuk disimpan dalam loker.
Kali terakhir aku berjumpa dengan Alam dua hari lepas. Kami tak berselisih langsung. Lima tahun dekat Glasgow memang dengan dia sahaja aku melekat. Mana cukup sekadar berbalas nota suara. Alam tak bagi aku tulis mesej pada dia. Katanya nanti kalau rindu boleh ulang dengar. Eleh, gedik!
Huwaaa aku rindu Alam Uzayr!
Aku sedang bersiap untuk meronda wad selepas solat subuh bila telefonku berdering. Melihat namanya sahaja cukup membuatkan aku berbunga bahagia.
"Assalamualaikum, cinta." Bisik Alam di hujung talian.
"Waalaikumussalam, rindu." Balasku sambil tersengih.
"Ada lima minit tak? Nak pinjam boleh?" Alam bertanya.
Aku melihat jam. Ya Allah Alhamdulillah aku terus solat subuh selepas azan jadi memang aku ada masa.
"Ada. Alam nak pinjam buat apa?" Soalannya kukembalikan juga dengan soalan.
"Okay cun. Pergi dekat depan jabatan O&G. Don't need tu rush." Katanya sebelum mematikan panggilan.
Tak ada maknanya don't need tu rush. Tudung sarung hitam aku sauk pantas. Nasib baik tinggal sarung tudung sahaja. Kasut kusarung sahaja pada kaki tanpa betul-betul masuk.
Terus aku berlari daripada bilik rehat menuju ke bahagian hadapan jabatan.
Apabila kelibat Alam Uzayr kelihatan sahaja di ruangan mata, aku terus berlari ke arahnya lalu mencampakkan diri ke dalam pelukannya.
"Alam, rindu. Wing sebelah-sebelah je tapi kenapa tak terserempak langsung?" Aku tidak mahu melepaskannya.
"Kesian sayangku Embun ni... Tapi Embun kuat kan?" Dia mengusap kepalaku lembut.
Aku hanya mengangguk. Kuat dah bukan satu pilihan untuk aku tapi satu kemestian. Aku sudah reda dengan keadaan aku. Bukan aku seorang je yang hadapi masalah kesuburan ni. Aku dikira bertuah sebab Alam sayangkan aku.
"Sebab Embun dah buat good job minggu ni, nah. Tapi simple je la. Alam balik dekat pukul 1 juga semalam." Alam mengangkat beg kecil dan menghulurnya kepadaku.
Air teh blackcurrant bersama dengan dua sosej yang dibalut dengan roti telur. Ringkas tapi sangat simbolik. Ini sarapan pertama kami sebagai suami isteri.
Pantas kami sarapan bersama. Ini tak akan cukup untuk mengenyangkan perut tetapi ia akan mengenyangkan jiwa.
"Alam okay ke dekat sana?" Aku bertanya sambil makan.
"It hurts to see budak sakit. My patient semalam umur 7 tahun tapi dah ada cancer paru-paru malignant. 2nd hand smoker." Jelas terpancar kemarahan di wajah Alam.
YOU ARE READING
Embun Anggerik
RomanceApa erti hidup kalau hanya sekadar bernafas? Kehidupan sempurna yang diimpikan oleh ramai manusia. Bijak, cantik dan kaya. Pakej lengkap itu dimiliki oleh seorang Embun Anggerik namun satu sahaja yang dia tidak punya. Keinginan untuk hidup pada hari...