Bab 45

6K 657 47
                                    

Segala mak nenek ujian dijalankan ke atas aku. Darah jangan cerita lah berapa banyak kali ambil.

"Ayah, Embun ada satu soalan." Aku mendapatkan perhatian Ayah yang sedang membaca. Memang sah, aku mengikuti Ayah yang juga ulat buku.

"Apa dia?" Ayah menanda bukunya sebelum memandang aku.

"Kalau Alam tu orang biasa je, Ayah terima tak dia jadi menantu Ayah?" Dah lama sebenarnya aku nak tanya soalan ni tapi tak pernah ada kesempatan.

"Ayah akan terima sebab dia pilihan Nenda. Bonda juga pilihan Nenda. I just can't say no to her but I'll make him work super hard untuk panjat ke tempat Ayah berada." Jawapan tentang Nenda itu aku dah agak.

"Ayah tak boleh terima menantu miskin la kiranya?" Aku bertanya lagi.

"Dalam minda Ayah, seumur hidup Embun, Embun duduk dalam rumah besar yang ada pembantu. Embun tak pernah hidup susah macam Ayah waktu kecil-kecil dulu. Ayah taknak Embun rasapun susah macam yang Ayah rasa waktu perniagaan atuk Embun mula nak naik dulu." Ayah berjeda sebentar.

Secangkir kopi dituang lalu diteguk sendiri. Pahitnya kopi Ayah, tak ada siapa mampu telan. Aku tahu, aku pernah cuba dahulu.

"Walaupun rumah Ayah dulu orang boleh kata mewah dan besar, tapi ada hari kami bercatu beras. Makan nasi berlauk garam sebab atuk kena scam. Hospital ni literally his blood, sweat and tears. Daripada satu, pada hujung hayat dia sebelum Ayah ganti, jadi dua. Bila Ayah naik, jadi tiga. Arjuna tu, disebabkan dia anak lelaki sulung, Bonda lebih tegas dengan dia berbanding dengan Embun. Embun adalah anak perempuan yang kami tak sangka akan dapat. Dua hari, Embun masih tidak bernama. Embun tak berhenti nangis. Ayah bawa Embun keluar rumah pergi dekat taman. Dekat situlah Ayah dapat nama Embun Anggerik. Air embun yang berada di kelopak anggerik nenda sangat suci, tenang dan mendamaikan. Embun lahir dalam keadaan rumah tangga Ayah dan Bonda hampir berantakan. There's no way Ayah akan bagi Embun hidup susah. Kalau suami Embun tak mampu, Ayah akan buat sampai dia mampu." Panjang lebar jawapan Ayah.

"Ayah..." Aku tak pernah tahu tentang semua itu. Dengan sedap mulut aku sahaja aku boleh kata tak kisah hidup susah.

Telefon aku berbunyi tanda ada panggilan video masuk. Joshua yang menelefon aku. Tudung sarung terus kupakai sebelum menerima panggilan video itu.

"EMBUN!!! HOW DARE YOU TINGGALKAN I." Belum apa-apa lagi sudah mula drama si Joshua ni.

"Josh, tak payah nak drama sangat. Bila masa pula I tinggalkan you?" Aku ketawa. Pasti Ayah pelik. Macam aku ada scandal pula.

"You tinggalkan I sendiri dengan Alam. Now I terpaksa dengar every single memory about you guys. Sekarang I rasa macam nak campak dia naik tingkat 16." Aduhai Joshua. Sabarlah sikit.

Aku hanya mampu gelak sahaja.

"Hai everything." Alam ada di situ juga rupanya. Eh eh dia ni meniru Noh Salleh pula main hai everything.

"Dah la I nak naik bilik you tak boleh. Ye la rakyat marhaen macam I ni mana mampu nak naik kayangan. Tinggi tu tingkat 16 you tak gayat ke? Mana pengarah hospital ni biar I cakap sikit dengan dia. Tak tahu ke I ni dah banyak berjasa menjaga nama baik kumpulan Nadir by keeping you guys PG-13 all the time in public? Siap pakej jadi photographer freelancer lagi." Memang gambar-gambar aku dan Alam banyak ditangkap oleh Joshua dan Mia.

Rindu pula dengan Mia. Dia juga sedang sibuk di hospital. Berlawan dengan virus yang sama.

"Josh, pengarah hospital ni tak ada. Kalau pengarah Kumpulan Nadir boleh ke?" Aku palingkan telefon pada Ayah.

"Tuan. Sorry I don't know you are there." Baru cuak kau Josh!

"Hai Ayah." Alam melambai.

"How dare you panggil tuan pengarah ayah?" Tak fasal Alam dipukul.

Embun AnggerikWhere stories live. Discover now