Bab 11

7.3K 780 58
                                    

Maka dengan ini, secara rasminya aku berpindah ke rumah Alam Uzayr. Tidaklah beriya aku bawa segala-galanya cuma barang yang hendak dibawa ke Glasgow dua minggu lagi sudah aku kumpulkan sekali.

Tak sangka kami berdua akan hidup bersama di Glasgow selama lima tahun atau mungkin lebih.

"Apa kita nak makan for breakfast?" Alam bertanya setelah kami selesai subuh berjemaah.

"English or local breakfast?" Aku menanggalkan telekung.

Ikatan rambut yang sudah longgar sedikit kubuka untuk dibetulkan.

Alam mendudukkan aku di birai katil.  Rambut aku yang sepanjang paras pinggang disikat dengan jarinya.

"Embun pilihlah. Alam tak kisah." Alam sibuk mengikat rambut aku menjadi ekor kuda.

"Ada apa je dekat dapur Alam?" Aku bertanya sambil membiarkan rambut aku diurus oleh Alam.

Aku tak menjelajah lagi dapurnya. Bukannya aku pandai masakpun.

"Roti, telur, susu, buah, butterspread, sosej, nugget, maggi dengan susu." Satu persatu dia sebut.

Betapa bujangnya dia sampai semua barang dalam peti sejuk dia boleh sebut. Bak kata Alam, kenapa dia perlu susah-susah masak untuk seorang kalau dia boleh bantu perniagaan gerai makan dan tak payah basuh pinggan?

"Apa kata kita try buat sarapan kita sendiri guna semua bahan tu?" Aku menoleh ke belakang untuk memandangnya.

"Nak buat apa?" Dia kembali bertanya.

Terus aku capai telefon dan membuka enjin carian Google.

"Breakfast menu using bread egg butter milk." Aku menaip dan terus menekan simbol kanta pembesar.

"Tu keluar dah tu. French toast. Nampak macam senang." Kami bersama-sama ke dapur.

Alam mengeluarkan semua bahan untuk membuat French toast. Nama je gempak French toast. Orang Melayu kita panggil roti telur.

"Kita buat telur sunny side up dengan rebus sosej lepastu makan buah. Lengkap makanan seimbang." Cadangan Alam aku terima.

"Alam, scissor, paper, rock dulu. Siapa kalah buat French toast." Aku nak mengelak sebenarnya. Takut tak jadi. Kalau setakat masak telur dengan rebus sosej tu mudah je.

"Scissor, paper, rock!"

Dia buat kertas manakala aku pula buat batu. Aku kalah! Aish tak boleh jadi ni.

"Rules dia tiga kali kan? One more kenapa pula kertas kalahkan batu? Where is the logic?" Aku tak mahu kalah.

"Eleh, orang dah kalah memang macamtu."

Kami ulang lagi dan kali ini kemenangan mutlak berpihak pada aku. Yes!

"Good luck, chef." Aku tepuk bahunya kemudian mengambil telur dua biji untuk kucuci.

Aku pandai buat telur sunny side up. Tapi rahsianya aku tak gunakan minyak. Aku gunakan air supaya tiada kerak telur. Cara ini juga lebih sihat.

"Embun, kalau dia sebut salt je maksudnya yang fine cystal ke rough crystal?" Dah pula dia tanya soalan garam kasar dengan garam halus dekat aku.

"Sama je kut. Characteristic of taste dua-dua tu sama je intensity masin dia cuma physical state lain-lain. Lagipun kalau letak berat sama, molarity dia sama jugalah kan?" Jawabku lurus. Aku mana reti bahasa dapur.

"Embun, salt to taste tu banyak mana?" Dia bertanya lagi.

"Manalah Embun tahu. Cuba cari resepi lain yang guna gram." Jawabku.

Embun AnggerikWhere stories live. Discover now