Tirai yang menutupi katil aku kubuka kembali setelah hampir tiga jam aku mengasingkan diri. Panas sebenarnya dalam PPE ni walaupun aku sudah tanggalkan topeng dan pelindung muka. Betul kata orang, bila marah sebaiknya berdiam. Berkali-kali aku mengulang istighfar. Jangan biarkan syaitan menang dan menguasai akal fikiran.
Lancang betul mulut aku sampai boleh kata tak kisah jadi nusyuz. Aku dah terlalu banyak dosa, lagi nak ditambah-tambah. Padahal janji nak sama-sama ke syurga. Aku baru tersedar bahawa aku terlalu berkasar dengan Alam yang selama ini sangat lembut melayan aku. Masalah betul bila selalu dahulukan emosi.
Tapi tu lah tu, rasa terkilan dalam hati ni mungkin juga sebenarnya datang daripada rasa cemburu. Alam boleh berhubung dengan Ayah tanpa masalah. Aku cuma mampu sampai kepada Bonda tapi dengan Ayah, aku tak sanggup. Aku takut.
"Hi Josh." Aku menegur Joshua yang sedang membuat laporan.
Biasanya sebelah malam memang tidak banyak benda perlu dibuat cuma kami tak boleh nak tinggalkan budak-budak ni tanpa pengawasan. Mereka tak pandai tekan butang kecemasan dan tiada penjaga bersama mereka.
"Tu, Alam bagi. I don't know apa yang kau orang gaduhkan but I just want you to know that Alam loves you like an idiot since A-level. Tak kiralah apapun orang cakap, dia tetap jaga you dengan baik. Really, back in A-level even I thought it was a one sided love sebab we never actually see you respond to Alam." Joshua menunjukkan botol flask di hujung meja.
"We were not a couple back then. I ingat dia tu bodyguard yang my mom upah." Aku membetulkan fakta Joshua. Rasa geram pada Alam masih bersisa.
"Jadi memang betullah one sided love. Kesian Alam... I know Alam personally sebab kami antara yang fight gila-gila untuk scholarship ni. Selalu juga study sama-sama. Every weekend kalau nak cari dia mesti dekat library from 8 am to 4 pm. Dia akan duduk dan study dekat meja yang ada dekat your blind spot. Dia nampak you but you tak nampak dia. When I asked why tak duduk sekali je, his answer will be the same. Anggerik paling cantik bila berada dalam tamannya tak diganggu sesiapa. That was not something yang pengawal peribadi akan kata. He really loves you. That guy either talk about medical stuff or brag about how amazing his wife is. Sorry kalau you terasa tapi I tak tahu langsung tentang your health problem sebab the way Alam talks about you screams perfection." Joshua membuka kisah yang tak pernah aku tahu sebelum ini.
Dulu, memang aku habiskan hujung minggu aku di perpustakaan. Alam yang akan hantar dan ambil aku. Aku tak tahu pula yang dia ada juga dekat situ.
Botol flask itu aku ambil. Ada nota lekat di di botol itu.
Whenever you ready, call me. Alam tunggu.
Air di dalam botol itu aku minum. Teh blackcurrent kegemaran aku yang sudah lama tidak membasahi tekak. Aku bukan boleh berkeras sangat dengan Alam Uzayr ni. Dia terlalu baik untuk dibenci.
"Call je la. He even bribed me with two reports on top of his four reports sebab tak bagi kacau you. Take off your PPE, gi keluar sana. Jangan buat drama samarinda TV3 suku dekat dalam wad ni. Tapi syaratnya esok biar I yang pergi ambil result swab test." Kata Joshua sambil terus menaip.
"Thanks Josh, nanti I belanja Subway." Aku terus keluar pada pukul satu pagi daripada wad pelangi.
Sebaik sahaja aku menanggalkan PPE, aku terus menelefon Alam.
Dua kali deringan, terus diangkat.
"Assalamualaikum, kat mana?" Aku terlebih dahulu menyapanya dalam suara mendatar. Tak tahulah kenapa aku nak palsukan jadi suara lebih mesra tapi tak terkeluar.
Rasa tersakiti itu masih tersisa.
"Waalaikumussalam, Alam dekat dorm HO. Sekejap. I'll come to you. Stay there. Embun dekat wad pelangi kan?" Jawabnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Embun Anggerik
RomanceApa erti hidup kalau hanya sekadar bernafas? Kehidupan sempurna yang diimpikan oleh ramai manusia. Bijak, cantik dan kaya. Pakej lengkap itu dimiliki oleh seorang Embun Anggerik namun satu sahaja yang dia tidak punya. Keinginan untuk hidup pada hari...