BAB 1

1.8K 123 14
                                    

Kapal angkasa telah mendarat. Seketika kemudian, pintu kapal angkasa terbuka dan tertancaplah muka Ochobot, Boboiboy, Fang dan Gopal. Yaya dan Ying yang sedari tadi menunggu ketibaan 3 orang rakan mereka berdua itu di Kokotiam Tok Aba, bangun dan menuju ke arah sahabat mereka.

"Macam mana Boboiboy? Kau jumpa tak penguasa² asal 5 elemental kau tu?" Yaya mula membuka bicara.

Wajah Boboiboy kelihatan sedikit kecewa. Dia hanya mendiamkan diri. Tok Kasa yang sedari tadi memerhati mula melangkah mendapatkan Boboiboy.

"Tak apa.. Nanti cuba lagi. Tok yakin kamu boleh."

"Betul tu Boboiboy,.. Takpe, kiteorang akan selalu sokong kau dari belakang!" Fang cuba meyakinkan Boboiboy pula. Gopal juga menepuk-nepuk bahu Boboiboy tanda memberi semangat.

"Dahla. Tak payah sedih² sangat. Ni minum Ice Chocolate Tok Aba buat ni." Tok Aba seakan mahu memujuk Boboiboy dengan membuatkan minuman kegemaran cucunya itu.

Ya, misi semalam adalah misi Boboiboy mencari penguasa asal 5 kuasa elementalnya. Misi itu adalah untuk mencari cara mendapatkan kuasa elemental tahap ketiga.

Sejak 100 tahun lebih yang lalu, penguasa² asal 5 kuasa elemental itu hilang tidak dapat dijejaki. Mungkin mereka telah melarikan diri dan bersembunyi di mana² planet setelah kuasa mereka dirampas oleh Retak'ka, penguasa asal elemental Gamma. Tok Kasa juga tidak berjaya menjejaki mereka berlima.

🗻⚡🌪️🔥💧🍀☀

Di TAPOPS Underground..

“Jadi Boboiboy, kamu dah jumpa ke belum penguasa² asal 5 kuasa elemental kamu tu?” Komander Kokoci mula membuka bicara mereka.

“Hm.. Belum komander. Kami dah cari di merata galaksi tapi tak jumpa.”  Keluh Boboiboy. Komander Kokoci dan Laksamana Tarung hanya mengangguk tanda faham. Kelihatan mereka berfikir sejenak.

“Kami ada berita baik untuk kamu.” Laksamana Tarung mula menyatakan cadangan mereka.

“Yeke Laksamana? Apa dia berita baiknya?” Boboiboy teruja bertanya untuk mendapatkan kepastian.

“Kami mendapat sedikit sebanyak maklumat dari Roktarokka, dan kami cadangkan kamu ke Planet Volcania. Mungkin disana, kamu boleh menemui Panglima Pyrapi.” Terang Komander Kokoci.

“Panglima Pyrapi?” Fang seakan cuba menghadamkan siapakah Panglima Pyrapi.

“Siapa pulak Panglima Pyrapi ni Komander?” Gopal mula menggaru-garu kepala tanda tidak faham.

“Haaa aku tau! Panglima Pyrapi ni mungkin penguasa asal elemental api kau, Boboiboy.” Yaya menjelaskan sedikit pengetahuannya.

“Betul kata kamu tu Yaya. Panglima Pyrapi adalah penguasa asal kuasa elemental api.” Komander Kokoci menyatakan bahawa kata² Yaya itu benar.

“Woahh hebatlah kau Yaya!” Boboiboy memuji kebijaksanaan Yaya itu.

“Kalau macamtu, pagi esok kita ke Planet Volcania?” Cadang Ying.

“Bagus jugak idea kau tu Ying. Baik! Esok kita akan bertolak ke sana.”  Fang bersetuju dengan cadangan Ying. Boboiboy tersenyum gembira dengan sokongan rakan-rakannya .

“Terima kasih korang, Laksamana dan Komander!” Boboiboy mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberi rakan-rakannya itu dan bantuan dari Laksamana Tarung dan Komander Kokoci.

🗻⚡🌪️🔥💧🍀☀

Keesokkan harinya...

OUR LOVES NEVER END!Where stories live. Discover now