Gempa POV
Aku kini berdiri di satu tempat yang tidak aku ketahui dimanakah ia. Aku bersendirian. Kakiku terus melangkah seakan ingin mencari seseorang. Namun langkahku terhenti apabila keadaan di sekelilingku berubah. Aku agak terkejut melihat Fang, Gopal, Yaya dan Ying telah pengsan.
"Ke tepi! Jangan apa² kan Gempa."
Hali tiba² berdiri di hadapanku. Begitu juga yang lain. Namun style baju mereka tidak seperti yang asal. Hanya baju aku yang masih sama. Mungkin mereka sudah upgrade ke tahap 3. Mereka juga kelihatan sedikit kepenatan.
"Masih taknak buat pilihan lagi? Kau tak nampak macam mana aku sakitkan kawan² kau?"
Ya. Alien itu sedang bercakap dengan kami bertujuh. Tapi entah mengapa aku tidak mampu mengeluarkan walau sepatah kata. Aku juga baru sedar yang sedari tadi air mataku mengalir deras tanpa henti.
"Kami akan tetap pertahankan Gempa walau apa pun yang terjadi. Walaupun terpaksa korbankan nyawa kami.."
"Beliung.."
Secara tiba² perkataan itu keluar dari mulutku. Apa yang aku pasti, Beliung itu ialah Taufan. Air mataku masih mengalir tanpa henti.
"Serahkan Ochobot dan kuasa kau kalau kau nak orang² yang kau sayang terselamat!" Tengking alien itu.
"Jangan mimpi! Elemental Fusion, Blaze!"
"Ice!"
Blaze dan Ice bertukar kepada kuasa tahap kedua dan membuat fusion.
"Boboiboy Frostfire!"
Aku melihat Frostfire sedaya upaya menyerang alien itu. Begitu juga yang lain. Namun sekelip mata Frostfire dikalahkan. Begitu juga yang lain. Sampai sekarang aku tak mengerti kenapa aku masih belum berganjak dari tempat aku.
Alien itu menghampiri aku. Aku hanya mampu terus menangis.
'Kenapa kau lemah sangat ni Gempa? Bangunlahhh!' Aku menjerit sekuat hati di dalam hati.
"Be—Berhenti.."
Pandangan aku beralih kepada suara itu. Hali masih cuba untuk bangkit.
"Voltra.. Jangan.."
Aku menahan Hali (Voltra). Namun dia tidak mempedulikan aku. Dia terus bangkit.
"Aku kata berhenti! Jangan kau berani apa²kan Gempa! Nahh,.. Sambaran Volt Berganda!!! Hiyarghhh!!!"
Voltra menyerang alien itu. Tetap terus menyerang walau sudah kepenatan. Namun, alien itu membalas serangan Voltra dengan mudah.
"Cukup.."
Itu sahaja yang mampu aku katakan. Alien itu akhirnya berjaya menangkap Voltra. Dia mencekik leher Voltra.
"Arghhh!!!" Voltra menjerit kesakitan. Mataku membulat.
"JANGANNNNN—!!!"
.
.
.Aku tersedar dari lenaku. Badanku berpeluh-peluh. Aku memegang pipiku. Ada cecair jernih yang mengalir di situ. Ya, aku menangis. Kenapa aku menangis? Kenapa mimpi tu macam realiti?
Aku melihat jam. Sudah pukul 6:00 pagi. Aku kemudiannya bangun dan menuju ke tandas untuk membersihkan diri. Setelah mandi aku bercantum semula kerana ingin pergi ke sekolah.
Ada 2 sebab; Pertama sebab aku malas nak kejut Ice dan yg kedua sebab mata aku sembap dan aku taknak yang lain risau tentang keadaan aku.
YOU ARE READING
OUR LOVES NEVER END!
FanficIni merupakan Fan Fiction berdasarkan watak Animonsta Studio™ iaitu Boboiboy. Kisah ini merupakan rekaan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun sudah mati. /// TUJUH DALAM SATU /// Itulah Boboiboy. Boboiboy mempunyai 4 saha...