Mereka bertujuh berjalan pulang. Suasana sepi. Tiada siapa yang bercakap. Trio Troublemaker yang selalunya huru-hara pun turut mendiamkan diri. Ice pula sudah tentulah tidur berjalan. Tetapi hal itu tidak pelik bagi mereka berenam kerana Ice boleh tidur dengan mata terbuka. Itu lebih hebat. Gempa pula berjalan paling hadapan diikuti Hali dan Solar dibelakangnya.
“Hmm.. Sunyi pulak rasa.. Biasanya bising sangat. Ni apasal diam sangat pulak ni..” Kata² itu terpacul keluar dari mulut Hali secara tiba². Semua mata tertumpu pada Hali diikuti riak wajah terkejut dan unexpected.
“Apa? Kenapa pandang aku? Salah ke aku cakap?”
“Tak salah.. Cuma pelik si tsundere tanya soalan camtu tiba².” Solar menyatakan sebab mereka berenam terkejut.
“Ish. Aku bukan tsundere lah Si Rabun!”
“Haa jangan nak gaduh eh. Aku penat nak dengar.” Gempa yang seakan mengetahui Hali dan Solar bakal bergaduh terus menghentikan niat mereka berdua serta-merta. Hali dan Solar, masing² menarik muka selepas itu. Suasana sepi kembali.
“Emm.. Gempa..” Tiba² sahaja kelibat Taufan muncul di sebelah Gempa.
“Hm.. Kenapa?” Balas Gempa.
“Bolehlahh.. Kiteorang nak sangat teman Fang.. Bolehlah..” Taufan membuat muka comel untuk melembutkan hati Gempa.
“Boleh tu boleh—”
“Yeke? Yeayyyyy!!!” Trio Troublemaker terus bersorak keriangan.
“TAPI—” Sorakan mereka terhenti apabila mendengar perkataan itu keluar dari mulut Gempa.
“Tapi apa?” Soal Blaze.
“Tapi,.. Kita kena minta izin dengan Tok Aba dan bagitau Ochobot dulu. Lagi satu.. Aku, Hali, Solar dan Ice pun kena ikut.”
“What the—?” Hali terkejut.
“Em.. Aku tak kisah pun.” Solar menyokong Trio Troublemaker. Sekali lagi mereka bertiga bersorak keriangan.
“Alaaa.. Bolehlah Hali... Kau tak sayang aku ke?” Taufan membuat muka sedih.
“Ee-ehh.. Apa kau ni? Tepilah.” Hali menolak Taufan ke tepi kerana tidak mahu terpedaya dengan muka comel Taufan. Tiba² Taufan berhenti. Kelima-lima mereka terkejut kecuali Ice yang sedang tidur. Empat pasang mata kini tertumpu pada Hali. Hali meneguk liur. Tiba², Taufan mengangkat kedua tangannya dan menutup mukanya seperti mahu menangis. Serta-merta Hali berlari mendapatkan Taufan.
“Ee-ehh.. Upann.. Janganlah menangis! Yee, aku sayang kau. Haa aku janji aku join ye.”
“Haa?! Betul ke ni?! Wahhh.. Terima kasih Hali. Kau memang terbaikkk!!!” Taufan memeluk Hali.
Hali tersenyum dan membalas pelukan Taufan. Gempa, Blaze dan Duri terharu melihat adegan itu. Manakala Solar pula telah ketawa terbahak-bahak dibelakang. Hali yang melihat perangai Solar itu memberi death glare pada Solar. Solar menghentikan tawanya.
🗻⚡🌀🔥💧🍀☀
Kira-kira 10 minit berjalan, akhirnya mereka tiba di kedai Tok Aba. Gempa meletakkan beg sekolah di atas meja kaunter kedai dan duduk di hadapan kaunter itu. Begitu juga Hali dan Solar. Trio Troublemaker pula melepak di meja lain. Manakala Ice menyambung aktiviti tidurnya di bawah pokok di tepi kedai Tok Aba.
“Ha Boboiboy.. Lambat korang balik?” Soalan yang diajukan oleh Tok Aba itu seperti tidak pelik lagi melihat Boboiboy pecah tujuh.
YOU ARE READING
OUR LOVES NEVER END!
ФанфикIni merupakan Fan Fiction berdasarkan watak Animonsta Studio™ iaitu Boboiboy. Kisah ini merupakan rekaan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun sudah mati. /// TUJUH DALAM SATU /// Itulah Boboiboy. Boboiboy mempunyai 4 saha...