BAB 21

677 71 1
                                    

[[ Latihan Taufan ]]

Taufan turun dari hoverboardnya dan berehat. Latihan tadi begitu memenatkan. Namun, dia berjaya. Itulah yang sangat menggembirakannya. Dia kemudian duduk sebentar di bangku taman istana. Melepaskan lelah di dada.

Gempa yang melihat Taufan kepenatan, masuk ke dapur istana dan meminta dari dayang istana segelas air. Dia kemudian kembali ke taman dan menghampiri Taufan. Segelas air dihulurkan.

Taufan tersenyum. “Terima kasih GemGem.” Gelas air itu diambil dan diteguknya sehingga habis. Penat sangat.

Kuputeri datang kepada Taufan. Dia tersenyum.

“Tahniah sebab awak berjaya lepasi latihan tadi. Kalau awak rasa penat atau nak rehat, rehatlah dahulu. Nanti kalau dah hilang penat, kita sambung. Sebab latihan yang seterusnya ni agak susah.”

Taufan berfikir sejenak sebelum memutuskan.

“Taufan nak rehat dulu lah. Nak pergi tengok Hali dengan Blaze.”

“Takpelah kalau macam tu. Nanti kalau dah tak penat. Panggil saya balik ya?” Kuputeri beredar dari situ.

Taufan mengajak Gempa, Rimba dan Yaya ikut bersama. Tapi Rimba dan Yaya tidak mahu ikut. Katanya mahu melihat bunga² di taman tersebut. Taufan sedia maklum yang Rimba (Duri), memang sangat menyukai tumbuhan. Jadi, yang mengikut Taufan hanya Gempa.

Emm, kita nak pergi tengok sape dulu eh?” Taufan meminta cadangan Gempa.

“GemGem ikut je.”

“Kita pergi tengok Blaze dulu lah.”

Gempa hanya menuruti sahaja. Dia mengikut Taufan.

⛰️⚡🌪️🔥❄️🌲☀️

[[ Latihan Blaze ]]

Blaze tersandar di satu tiang. Kelihatan penat sekali.

Huhh.. Panglima, boleh rehat sekejap tak? Penat lah.”

Panglima Pyrapi membenarkan. Blaze mengucapkan terima kasih. Dia pergi mengambil air untuk diminum. Kemudian dia mendengar namanya dipanggil seseorang. Blaze menoleh.

“Heyyo Taufan! GemGem!”

Taufan melambai-lambai Blaze dalam perjalanan menuju ke arah Blaze. Blaze turut melambai.

“Eh? Rimba dengan Yaya mana?” Soal Blaze kerana tidak nampak kelibat dua orang itu.

“Diorang tengah tengok bunga kat taman istana.” Balas Gempa. Blaze hanya mengangguk.

Taufan menepuk tapak tangan Blaze. Blaze juga melakukan benda yang sama. (Author pun taktau nak describe camner. Pandai² korang lah.😂)

“Macam mana latihan kau?” Taufan menyoal Blaze ingin tahu.

“Latihan pertama tak pass lagi.” Hanya itu jawapan Blaze.

“Apa latihan kau?” Gempa turut bertanya.

“Aku kena hasilkan kuasa api yang paling panas. Tapi tak pass ah. Penat woi.”

Lahh.. kau lupa ke?” Taufan menepuk dahinya. “Takpelah. Jap.”

Taufan menuju ke Panglima Pyrapi dan berbisik sesuatu.

OUR LOVES NEVER END!Where stories live. Discover now