BAB 27

894 76 15
                                    

Gempa jatuh terduduk setelah melihat peristiwa itu. Sungguh dia tidak menyangka semua ini benar² terjadi. Gempa mendekati Amato.

“Ayah... Kenapa..?”

Air matanya sudah membasahi pipi mulusnya. Rimba, Nova dan Beliung juga turut ikut menangis. Malahan air mata mereka lagi mencurah-curah jika dibandingkan dengan Gempa. Manakala elemental yang lain hanya melihat dengan wajah yang sayu. Dalam masa yang sama cuba menghalang Retak'ka daripada mendekati Amato dan Gempa.

Gempa memangku kepala Amato. Amato tidak pengsan lagi kerana bunyi batuknya masih kedengaran. Gempa sudah menangis dan menekup mukanya di dada Amato.

“Kk-kenapa ayah bb-buat macam nn-ni.. isk.. isk..”

Amato menyentuh pipi anaknya itu. Air mata Gempa dikesat.

“Ayah cc-cuma nak selamatkan kamu.. ayah tau, ayah ni ayah yang teruk sebab dah banyak kali tak kisahkan kamu walaupun kamu hampir mati.. uhukk..”

Dia berhenti seketika untuk mengatur nafasnya yang terasa tersekat.

Aa-ayah tau, ayah bukan ayah yang terbaik untuk kamu..”

Gempa menggeleng. Tt-tak.. Saya faham kenapa ayah buat macam tu.. isk.. isk.. ayah buat macam tu sebab ayah nak saya berdikari..” Gempa mengesat air matanya dan mengukirkan sebaris senyuman.

“Kalau saya tak berdikari.. pasti saya tak jadi sekuat ni..”

Amato tersenyum. “Ayah cuma nak lindungi kamu kali ni..” Senyumannya tiba² pudar. Kelihatan air mata mengalir keluar dari pelupuk matanya.

Mm-maafkan ayah, Boboiboy.. Jaga diri dan kuasa kamu baik²...” Dan Amato tiba² tidak sedarkan diri.

Gempa cuak. Badan Amato digoncang berkali-kali.

“Ayah?” Dia terus cuba menggerakkan badan ayahnya lagi supaya ayahnya sedar. Namun usaha itu sia². Elemental yang lain terkejut. Gempa juga sudah menggeleng-gelengkan kepalanya seperti tidak percaya dengan apa yang dilaluinya.

“Ayah!!!”

“Kesian aku tengok kau..” Retak'ka tersenyum.

“Kan mudah jika kau serah diri awal² tadi. Pasti tiada sesiapa yang akan tercedera..”

Gempa sudah tertunduk. Dia menangis. Dia menghamburkan segala kesedihannya pada waktu itu. Dia sudah tidak mampu menanggung apa² lagi. Voltra pula sudah hilang sabar. Dia benar² geram dengan perbuatan Retak'ka. Namun, dia cuba untuk berfikir dahulu sebelum bertindak. Dia mendapat satu idea.

“Gamma!” Dia berbisik memanggil Gamma.

Gamma menoleh.

“Kau ada cerita kat aku kan, kalau kita kumpulkan semua power sphera elemental dan Ochobot. Kita dapat upgrade sepenuhnya.”

Gamma baru teringat rancangannya yang tertunggak sedari tadi. Dia mengangguk laju. Memandangkan power sphera Sinarbot sudah ada dihadapannya. Dia segera menuju ke Ochobot dan power sphera elemental yang lain. Pemindahan kuasa dimulakan.

Voltra, Blizzard dan Trio Troublemaker cuba mengalihkan perhatian Retak'ka dan melengahkan masa supaya Retak'ka tidak mengganggu rancangan mereka dan Gamma. Biarpun dibelasah berkali-kali, Voltra, Blizzard dan Trio Troublemaker tetap menguatkan diri supaya rancangan mereka berjalan lancar. Lebih kurang 10 minit berlalu, rancangan mereka berhasil.

“Kuasa upgrade sudah sedia!” Jerit Gamma.

Retak'ka yang mendengar hal itu menoleh ke arah Gamma dan melihat semua power sphera elemental yang terkumpul bersama Ochobot.

OUR LOVES NEVER END!Where stories live. Discover now