BAB 22

693 72 7
                                    

Taufan dan Gempa sudah kembali ke taman istana. Taufan berehat di bangku seketika untuk minum air. Rimba yang perasan Taufan sudah kembali menegurnya.

“Macam mana dengan latihan diorang?”

“Kau taktau apa jadi tadi wooo..” Balas Taufan.

“Apa yang jadi?” Yaya yang ingin tahu turut bertanya.

“Tadi Blaze mengamuk..” Gempa memberitahu Yaya dan Rimba tentang itu.

Rimba terkejut. Hah? Mengamuk? Pastu macam mana?”

“Takde apa, diorang okay je dan... cuba teka apa.” Taufan tersengih memandang Rimba.

Rimba mengangkat sebelah keningnya. Dahinya berkerut sedikit. “Apa dia?”

“Blaze dah dapat kuasa Nova!” Suara Taufan sedikit terjerit kerana terlalu teruja.

Rimba dan Yaya tercengang. “Serius lah?”

Kiteorang tak main² lah. Kalau tak percaya, korang pergilah tengok dia kejap lagi.” Kata Gempa.

Woahhh cepatnya...” Rimba begitu teruja.

Hm dahlah tu. Aku nak sambung latihan ni.” Taufan masuk ke dalam istana untuk memanggil Kuputeri. Manakala Rimba dan Yaya pergi melihat Nova. Hanya tinggal Gempa yang menemani Taufan.

⛰️⚡🌪️🔥❄️🌲☀️

Kuputeri membawa Taufan ke satu tempat di luar kawasan istana. Ianya seperti pusat tenaga angin di planet tersebut kerana terdapat banyak kincir angin dikawasan tersebut. Dan kawasan tersebut agak jauh dari bandar. Taufan dan Gempa melihat kawasan tersebut. Kincir² angin tersebut baru dibina semula selepas hancur diserang Retak'ka. Ambil masa beberapa bulan juga untuk mengumpul semula tenaga angin di planet tersebut supaya cukup untuk penduduk planet itu.

Kuputeri membawa Taufan ke sebuah kincir angin yang paling besar dan reka bentuk bilah kipasnya lain dari yang lain. Unik. Tetapi, hanya kincir angin yang ini sahaja yang tidak bergerak. Kuasa Kuputeri tidak cukup untuk menghidupkan kembali kincir angin istimewa itu.

Jadi, Kuputeri nak saya hidupkan semula kincir angin ni?”

“Saya rasa inilah latihan terakhir awak kalau awak berjaya. Tumpukan seluruh kuasa awak dengan tenang. Saya tak paksa. Jadi, awak tidak perlu terburu-buru.”

“Takpe. Saya cuba.” Taufan duduk betul² di bawah kincir angin tersebut. Dia cuba untuk tenang dan memejam matanya. Dia sedang menumpukan seluruh kuasanya.

Kuputeri mengajak Gempa beredar dari situ.

“Jangan ganggu dia. Kita lihat sahaja dari jauh.” Gempa tidak mahu tinggalkan Taufan begitu sahaja kerana dia risau kalau apa-apa jadi pada Taufan.

“Jangan risau, dia takkan apa-apa..” Kuputeri cuba memujuk Gempa. Gempa akur dan mengikuti saja Kuputeri.

⛰️⚡🌪️🔥❄️🌲☀️

Kuputeri dan Gempa menuju ke tempat Hali berlatih. Mereka mengambil tempat duduk untuk melihat latihan Hali bersama Satriantar. Latihan kedua Hali ialah latihan kekuatan. Mereka berdua perlu berlawan pedang untuk meningkatkan kemahiran Hali menggunakan pedang halilintarnya.

OUR LOVES NEVER END!Where stories live. Discover now