Keesokkan harinya...
“Duri.. mari sini kejap.” Duri yang sedang bermain bersama Ochobot dan Leafbot itu dipanggil King Balakung. Duri yang dalam keadaan terpinga-pinga tetap menuju kepada King Balakung. Dia kini sedang berdiri tercegat dihadapan King Balakung. Tergaru-garu kepala.
“Ye.. Uyii datang ni. Kenapa?”
“Saya ada hadiah untuk kamu.” King Balakung mengukirkan senyumannya pada Duri.
Duri sudah tergaru-garu pipi. “Hadiah?”
King Balakung menarik tangan Leafbot. Dia kemudiannya memegang tangan kanan Duri. “Nah,.. disebabkan kamu berjaya mengatasi keberanian kamu, saya hadiahkan Leafbot ni pada kamu.”
Duri sudah tercengang tidak percaya. “Bb-betul ke ni? King bagi saya Leafbot semudah tu je? Tapi Leafbot kan rapat dengan King?”
“Betul..”
“Tt-tapi—”
“Durii.. kamu nak tau tak kenapa saya bagi Leafbot? Padahal saya rapat dengan dia.”
Duri mendiamkan diri, terus mendengar.
King Balakung tersenyum. “Ya, memang saya sayangkan Leafbot..” Dia menghela nafasnya seketika sebelum menyambung katanya. Sebak mungkin. “Tapi Boboiboy,.. kamu adalah pemegang kuasa elemental. Leafbot adalah power sphera elemental dan kamu perlukannya. Jika bukan sekarang, kamu perlukannya suatu hari nanti. Saya percaya kamu boleh lindungi kuasa kamu.”
Air mata Duri tiba² mengalir. Ya, Duri memang begitu, dia mudah tersentuh dan sensitif. Dia kemudian mengesat air matanya dan mengukirkan senyuman yang paling manis. “Terima kasih King!” Duri memeluk King Balakung.
Walaupun baru kenal, dia terasa King Balakung amat prihatin tentangnya dan merasakan King Balakung sangat penyayang. Dia sanggup mengorbankan rasa sayangnya pada sesuatu demi keselamatan seseorang.
Rakan-rakan Boboiboy yang mengetahui hal itu turut rasa gembira. Pada mulanya agak aneh kerana untuk mendapatkan power sphera elemental, agak susah dan banyak halangan. Tapi power sphera elemental,.. tidak. Namun, mereka tidak mahu memikirkan hal itu. Mereka sudah rasa cukup bersyukur kerana urusan mereka dipermudahkan.
⛰️⚡🌪️🔥❄️🌲☀️
Sekarang, tibalah latihan terakhir iaitu latihan keyakinan. Dalam latihan ini, Duri perlu mengangkat seberapa banyak keratan balak yang dia mampu. Tapi, boleh dibantu rakan-rakannya. Kenapa ia dipanggil latihan keyakinan? Kerana kekuatan saja tidak cukup jika tidak yakin. Tambahan pula, Duri selalu tidak yakin dan inilah tujuan latihan ini. Keyakinan Duri perlu bertambah.
Duri memandang kayu-kayu balak yang agak besar itu. Dia meneguk liur yang terasa berpasir. ‘Besarnya...’ Hanya itu yang mampu diungkapkannya di dalam hati. Dia mula rasa tidak yakin. “Macam mana saya nak angkat balak² ni? Besar kottt..” Duri menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Kau hanya perlu yakin dengan diri kau Duri.” Fang cuba mengingatkan Duri.
“Aku tak boleh..” Duri sudah tergeleng-geleng kepala. Awal² lagi sudah putus asa.
“Haihh.. boleh tak kau set dalam kepala kau yang kau boleh angkat benda tu?” Gopal menepuk dahinya melihat Duri begitu.
“Alaa.. tak yahlah marah².. kalau Gopal kuat sangat, Gopal lah angkat! Haa boleh kee?? Tak kan?” Duri memuncungkan mulutnya tidak puas hati. Gopal sudah tersengih-sengih serba-salah.
YOU ARE READING
OUR LOVES NEVER END!
FanfictionIni merupakan Fan Fiction berdasarkan watak Animonsta Studio™ iaitu Boboiboy. Kisah ini merupakan rekaan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun sudah mati. /// TUJUH DALAM SATU /// Itulah Boboiboy. Boboiboy mempunyai 4 saha...