BoBoiBoy POV
Aku membuka mata yang terasa berat. Misi semalam amat memenatkan.
Aku kemudiannya mencari jam meja di bilik aku dan Gopal. Sudah pukul 7:00. Seperti biasa aku membuang pandanganku ke arah luar tingkap bilik kapal angkasa ini umpama ada matahari yang boleh aku lihat.
'Sah aku ni penat sangat. Mana ada matahari kat Galaksi 160B Nusagima! Ni memang kes betul² penat ni sampai jadi bengap.'
Aku kemudian bangun dan menuju ke bilik mandi untuk bersihkan diri. Setelah mandi, aku bersiap dan entah mengapa tiba² rasa macam nak pecah tujuh. Jadi, aku pun pecahlah tujuh. Memandangkan aku lapar sangat, jadi kalau aku pecah tujuh aku dapat makan banyak! HAHAHAHAH.
Kami bertujuh kemudiannya keluar dari bilik dan menuju ke tempat makan, tanpa mengejut Gopal kerana aku malas sangat.
END POV
Dalam perjalanan ke tempat makan..
"Aku taktau kenapa tapi aku rasa bosan sangat jalan slow macam ni.." Blaze mengeluh. Elemental yang lain hanya mendiamkan diri.
"Weh apasal diam sangat ni?" Blaze kini melepaskan keluhan yg lebih berat kerana tiada seorang pun yang melayannya. Blaze menghentak-hentak kakinya seperti budak tak matang. Halilintar yang melihat perangai Blaze itu tiba² rasa panas hati.
"Kau boleh tak sehari tu tak memekak? Kau tak penat ke misi semalam?" Rungut Halilintar.
Blaze ingin melawan Hali namun dia terpaksa mendiamkan diri apabila melihat Gempa membuat isyarat menyuruhnya diam. Gempa yang melihat perangai Halilintar dan Blaze itu hanya menggelengkan kepala. Pandangannya beralih kepada Solar yang sedang main handphone sambil membetulkan surai rambutnya.
'Bukak instaspace lah tu..' Desis Gempa di dalam hati.
Kemudian pandangan Gempa beralih kepada Taufan dan Duri yang borak sesama mereka. Tidak lama kemudian, kelihatan Blaze menyertai mereka berdua untuk melengkapkan Trio Trouble Maker dan meninggalkan Halilintar dan Solar di sebelah kanan Gempa.
Tiba² sesuatu terlintas di fikiran Gempa.
'Wait, kenapa macam tak cukup? Aku, Hali, Solar, Uyi, Upan, Blaze... Eh! Mana Ice?' Gempa baru tersedar bahawa Ice tiada bersama mereka.
"Weh Blaze! Ice mana?" Blaze sedikit terkejut dengan pertanyaan Gempa.
"Ice? Oh Ice.. Dia sambung tidur lah tu kut. Biarlah dia.. Kalau kejut pun bukannya bangun. Dia akan bangun kalau empangan Pulau Rintis tu pecah lagi lepastu dia mesti ajak ko Fusion dan keluarkan Glacier. Itulah first time aku tengok dia bangun dan semangat. Selalunya pemalas HAHAHAH!"
Elemental yang lain hanya memandang Blaze dengan sweatdrop.
"Kau kalau tak kutuk dia tak sah kan? Ni lah contoh member yang tak kenang budi member sendiri. Kau dah lupa ke kau fusion dengan sape untuk lawan Retak'ka haritu?" Taufan membalas dengan sedikit sindiran. Duri dan Taufan ber'high five' kerana dapat mengenakan Blaze.
"Heheheh.. Yelah²." Blaze mengalah dan mendiamkan diri.
"Guys.." Hali secara tiba² membuat suspend. Semua elemental yang lain hanya memandang Hali dengan penuh tanda tanya.
YOU ARE READING
OUR LOVES NEVER END!
Fiksi PenggemarIni merupakan Fan Fiction berdasarkan watak Animonsta Studio™ iaitu Boboiboy. Kisah ini merupakan rekaan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun sudah mati. /// TUJUH DALAM SATU /// Itulah Boboiboy. Boboiboy mempunyai 4 saha...