BAB 2

1.3K 105 10
                                    

“Kita dah sampai.” kata Ochobot. Kelihatan Gopal yang berada di tempat makan cuba untuk menghabiskan makanannya dengan kadar segera. Yaya dan Ying pula sudah mengemas buku matematik mereka. Manakala Fang dan Boboiboy sudah bersedia kerana kapal angkasa mereka akan mendarat sebentar lagi.

Beberapa minit berlalu, kapal angkasa milik Kapten Kaizo yang dipinjam oleh Fang mendarat di planet Volcania. Mereka berenam turun dari kapal angkasa tersebut dan mula berjalan. Dari jauh, kelihatan satu susuk tubuh yang amat dikenal mereka sedang melambai-lambai mereka.

“Ehh, itu.. Itu macam Roktaroka!” Yaya menyuarakan firasatnya.

“Ha'ah lah. Betul la Roktaroka.” Boboiboy juga turut bersetuju dengan kata² Yaya.

“Kalau macam tu, jomlah kita pergi ke dia.” Cadang Ying.

Kemudian, mereka menuju ke arah Roktaroka. Roktaroka yang melihat kedatangan Boboiboy dan rakan-rakan itu amat teruja. Dengan tidak semena-mena, Roktaroka terus berlari mendapatkan Boboiboy lalu memeluknya. Boboiboy mula cuak.

Adehhh!! Panas! Panas! Adeh! adeh! Panass woii!!”

“Boboiboy! Sahabat bertopi aneh— Lamanya tak jumpa kau! Makin besar dah kau ni rupanya! Roktaroka really miss you! Huhuhuhuhu.” Roktaroka meluahkan perasaan terujanya.

“Yee aku tau laa. TAPI LEPASKANLAH AKUUU. PANAS NI WOIII. HUWAAAAA!!” Boboiboy mengaduh kesakitan kerana panas dipeluk Roktaroka. Roktaroka yang baru perasan mula melepaskan Boboiboy dari pelukannya. Yaya, Ying, Gopal, Fang dan Ochobot hanya mampu mentertawakan Boboiboy.

“Hahahaha. Sorry Boboiboy. Aku lupa. Dah², jemput masuk rumah aku.” Roktaroka mempelawa mereka. Mereka kemudiannya akur dan mengikuti langkah Roktaroka memasuki rumah.

Woahhh! Cantik betul rumah kau ni. Pandai aku baiki.” Boboiboy mula memuji diri sendiri.

Cehh, keluar dah perangai Solar dia ni.” Fang mencebik melihat perangai Boboiboy tiba² menjadi seperti Boboiboy Solar.

Boboiboy dan yang lain kemudiannya duduk di sofa. Meskipun rumah Roktaroka berdekatan lahar gunung berapi, suhunya tidaklah begitu panas sekali. Roktaroka turut sediakan kipas angin untuk menghilangkan rasa panas mereka berenam.

Roktaroka menuju ke dapurnya. Seketika kemudian, dia muncul kembali dengan membawa 6 cawan teh O panas. Gopal terus menyambar satu cawan teh O tersebut dan minum tanpa segan silu mahupun ragu².

“WARGHH !!! PANASNYA!!” Gopal merengek kerana bibirnya sedikit melecur dek kerana minum air teh O panas buatan Roktaroka.

“Tulah, siapa suruh main minum je. Tunggu la sejuk dulu.” Yaya mengomel.

“Roktaroka, kau takde ais batu ke? Panas sangat ni.” Fang bertanya ingin tahu.

“Oh sorry sahabat berambut ungu. Aku tak buat ais batu sebab aku dah biasa minum air panas.” Terang Roktaroka.

Boboiboy yang ingin menyua bibir cawan itu ke bibirnya menghentikan tindakannya serta merta setelah melihat keadaan Gopal. Dia kemudiannya terfikir sesuatu.

“Ha! Senang je! Boboiboy Ice!” Boboiboy tiba² bertukar kepada Boboiboy Ice.

Plop..

Plop..

Plop..

Bunyi itu kedengaran seperti bunyi sesuatu jatuh ke dalam air. Apabila dilihat, Boboiboy Ice sedang menghasilkan beberapa ketulan ais batu dan memasukkan ke dalam air teh O nya.

OUR LOVES NEVER END!Where stories live. Discover now