Keesokkan harinya,..
Seperti biasa, Boboiboy bangun awal untuk membersihkan diri. Dia juga melakukan sedikit warm up untuk latihan terakhirnya ini. Untuk latihan kali ini, hanya Boboiboy sahaja yang perlu melaluinya. Rakan-rakannya hanya perlu melihat sahaja.
“Jadi Boboiboy,.. adakah kamu bersedia untuk latihan terakhir kamu ini iaitu latihan ketahanan?”
Boboiboy Ice mengangguk. “Jadi, untuk latihan ini.. apa yang saya perlu buat?”
“Perkara pertama yang kamu perlu lakukan adalah.. tanggal jaket kamu.”
Boboiboy Ice ternganga. Begitu juga yang lain. “Aa-apa? Tt-tanggal jaket ni?!”
“Ya.” Balas Mas Mawais dengan muka yang selamba.
“Okay, okay... Aku tanggal.” Boboiboy Ice menanggalkan jaketnya. Yang hanya tersarung pada badannya hanyalah seluarnya dan baju tidak berlengan berwarna biru cair. Seperti baju Boboiboy Blaze. Turut terserlah tangan kanannya yang merupakan ais sepenuhnya.
Rakan-rakannya terpegun.
“Eh taktau pulak yang Ice pakai baju tak berlengan kat bahagian dalam. Aku ingatkan semua lengan panjang.” Gopal menggaru-garu kepalanya.
“Sebab tu lah aku perlukan jaket aku. Sejuk lah jugak kalau tak ada jaket.” Boboiboy Ice kemudiannya menyambung kembali konsentrasi antaranya dengan Mas Mawais. “Jadi,.. sekarang nak buat apa?”
“Sekarang kamu mesti duduk di kawasan beribut salji yang sangat kuat. Aku nak uji sejauh mana ketahanan badan kamu dalam cuaca yang terlampau sejuk tanpa jaket kamu.”
“Aa-apakah—” Boboiboy Ice ternganga besar.
“Macam mana nak dapat kuasa elemental tahap ketiga kalau cuaca sejuk melampau pun kamu tak boleh nak tahan?”
Boboiboy Ice berfikir sejenak dan akhirnya dia sedar sesuatu. “Takpelah! Aku akan cuba walau apa pun.”
“Semangat ni lah yang aku nak. Bagus.. Aku akan hantar kamu ke tempat itu. Tapi sebelum tu,.. aku nak pesan. Kamu juga akan turut diserang oleh sekumpulan polar bear. Jadi kamu perlu bersedia sepenuhnya. Boleh?”
Boboiboy Ice mengangguk. Mas Mawais pun menghantarnya ke tempat tersebut. Setibanya di sana, Boboiboy Ice duduk. Dia mencari ketenangan. Dalam situasi begini, dia tidak boleh terlampau terburu-buru. Semuanya perlu ada strategi.
Setengah jam berlalu. Ice terasa makin sejuk. Namun dia tetap cuba bertahan. Tidak lama selepas itu dia mendengar suara-suara polar bear yang datang menghampiri. Ice mengeluarkan panahnya. Dia bersedia. Seekor demi seekor dipanahnya dengan mata terpejam diselangi ketenangan yang masih diperkuatkan dalam diri.
1 jam berlalu. Tangan Ice sudah lenguh memanah polar bear. Namun dia tetap cuba menggagahkan diri. “Arghh banyaknya.. bila nak habis ni.” Dia tetap terus memanah. Tiba² dia terfikirkan sesuatu. “Aku dah tau!” Ice menyediakan panahnya. Dia seperti sedang mengumpul sesuatu tenaga yang agak kuat.
Dia menarik tali busur panahnya dengan kuat untuk melepaskan anak panah dengan momentum yang tinggi. Dia kemudiannya melepaskan tali dan benar jangkaannya,.. Dia berjaya menjadikan satu anak panahnya berubah menjadi beribu anak panah apabila dilepaskan. Semua polar bear kini mati sekelip mata. Ribut salji juga sudah tidak sekuat tadi.
Rakan-rakannya melihat aksi Boboiboy Ice pada alat pantauan yang dipasang oleh Mas Mawais di kawasan dia berlawan. Meraka sangat terpegun.
“Woahhh jurus baru!” Fang tergamam. Sangat menarik baginya. Mas Mawais juga turut tersenyum.
YOU ARE READING
OUR LOVES NEVER END!
FanficIni merupakan Fan Fiction berdasarkan watak Animonsta Studio™ iaitu Boboiboy. Kisah ini merupakan rekaan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun sudah mati. /// TUJUH DALAM SATU /// Itulah Boboiboy. Boboiboy mempunyai 4 saha...