BAB 20

763 70 5
                                    

Pagi itu, Boboiboy bangun awal pagi. Entah mengapa dia terasa begitu bersemangat mahu berlatih memandangkan penguasa² elemental itu sanggup melatihnya dan ingin mempercepatkan latihannya selesai. Pagi² lagi dia sudah ke taman istana untuk menghirup udara segar pagi itu. Udara di planet Bayugan itu terasa lebih segar pada waktu pagi. Sungguh mendamaikan.

Boboiboy menikmati udara segar itu. Dia terfikir sesuatu. "Kalau pecah tujuh ni, mesti meriah. Takdelah bosan sangat!" Boboiboy pecah tujuh memandangkan kawan-kawannya masih belum bangun. Hanya Yaya yang sudah bangun dan sedang bersiap. Boboiboy pergi ke taman istana sejak Subuh, oleh sebab itulah rakannya yang lain masih belum bangun kecuali Yaya.

"Uishhh sejuknya!" Blaze mengusap-ngusap bulu romanya yang meremang akibat kesejukan. Dia pula hanya berseluar pendek dan berbaju tidak berlengan.

"Aku tak rasa apa pun." Blizzard menyatakan hal itu dengan bangganya.

"Ish kau memanglah!" Blaze mencebik setelah mendengar kata² Blizzard itu.

"Wahhh! Nyamannya,..! Kalau kat bumi macam ni, mesti best giler!!" Orang yang paling gembira sudah tentulah Taufan. Dia paling suka dengan kawasan yang sentiasa berangin dan udaranya segar.

Kuputeri yang melihat Boboiboy dari jauh, mula menghampiri 7 elemental itu. Dia menegur Boboiboy. "Awal betul kamu bangun?"

Mereka bertujuh yang baru perasan kehadiran Kuputeri setelah ditegur menoleh ke arah penguasa asal elemental angin tersebut. "Eh Tuanku. Maaf, tak perasan pulak.. sejak bila Tuanku Kuputeri kat sini?" Gempa memohon maaf kerana tidak menyedari kehadiran Kuputeri.

"Baru je saya datang sini." Kuputeri mengukirkan sebaris senyuman pada Gempa dan yang lain. "Kita berlatih selepas sarapan ya? Tapi kalau kamu nak nikmati udara segar kat sini, takpelah. Saya masuk dalam istana dulu ya?" Kuputeri meminta izin untuk pergi. Dia datang ke situ hanya untuk memaklumkan pada Boboiboy yang latihan mereka akan bermula selepas latihan. Memandangkan dia agak pelik kerana Boboiboy sudah bangun awal² pagi lagi.

Gempa sebagai wakil mereka bertujuh, mengangguk dan membiarkan sahaja Kuputeri berlalu pergi. Taufan pula sudah menaiki hoverboardnya dan terbang di sekeliling taman itu sambil menghirup udara segar pagi. Rimba pula melihat-lihat bunga² yang terdapat di taman istana tersebut. Blaze tidak habis² meminta jaket Blizzard oleh kerana tidak tahan rasa sejuk.

"Weh! Bagilah jaket kau. Aku tak tahan sejuk laa." Blaze menarik-narik jaket Blizzard.

"Ish. Apa kau ni.. tak kuat langsung." Blizzard menepis tangan Blaze yang tidak habis² menarik jaketnya.

"Alaa.. kau kan dah mampu tahan cuaca sejuk melampau tanpa jaket pun. Bagi lah aku pinjam sekejap!"

"Kau ni Blaze,.. kalau kau tak mampu tahan cuaca berangin macam ni,.. macam mana kau nak berlatih?" Gempa menasihati Blaze agar tidak terlalu manja.

"Eh? Aku kena berlatih sini ke?" Blaze membuat muka cuak.

Gempa sekadar mengangguk. "Solar sekali."

Blaze ternganga. Dia jangkakan yang dia dapat berlatih di planet Volcania. Tapi rupanya tidak. Solar pula tidak berasa hairan kerana dia sedia maklum bahawa dia tiada guru untuk diminta supaya melatihnya.

⛰️⚡🌪️🔥❄️🌲☀️

Selepas sarapan, mereka semua berkumpul di balairung seri untuk taklimat latihan dari Kuputeri, Satriantar dan Panglima Pyrapi. Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mempercepatkan proses latihan.

OUR LOVES NEVER END!Where stories live. Discover now