“Masih taknak buat pilihan lagi? Kau tak nampak macam mana aku sakitkan kawan² kau?” Retak'ka seperti memaksa Boboiboy untuk membuat pilihan.
Tapi entah mengapa Gempa terasa tidak mampu mengeluarkan walau sepatah kata. Gempa juga baru sedar yang sedari tadi air matanya mengalir deras tanpa henti.
“Kami akan tetap pertahankan Gempa walau apa pun yang terjadi. Walaupun terpaksa korbankan nyawa kami..”
“Beliung..” Gempa melihat Beliung. Tampak begitu lemah. Tapi dia tetap bangkit. Air mata Gempa masih mengalir.
“Serahkan Ochobot dan kuasa kau kalau kau nak orang² yang kau sayang terselamat!” Tengking Retak'ka.
“Jangan mimpi! Elemental Fusion, Nova!”
“Blizzard!”
Nova dan Blizzard membuat fusion. Meskipun kuasa mereka sudah berada di tahap ketiga, mereka masih mampu membuat fusion elemental tahap kedua.
“Boboiboy Frostfire!”
Gempa melihat Frostfire sedaya upaya menyerang Retak'ka. Begitu juga yang lain. Namun sekelip mata Frostfire dikalahkan. Begitu juga yang lain. Dan sampai sekarang Gempa masih tidak mengerti kenapa dia masih belum berganjak dari tempatnya.
Gempa ada terfikir juga. Kenapa Voltra dan Gamma tidak keluarkan Supra? Kemudian dia terfikir kembali, mungkin kerana Voltra dan Gamma terlalu penat. Semuanya kelihatan bingung. Susah untuk disimpulkan.
Retak'ka menghampiri Gempa. Gempa terkaku dan hanya terus menangis. Entah mengapa terasa berat sangat badannya untuk bangkit.
“Tak sangka, hanya kau seorang yang masih belum mencapai elemental tahap ketiga.” Retak'ka tersenyum senget.
“Aku dengar Hang Kasa melatih kau.. mungkin kau tak tahu macam mana cara untuk mendapatkan elemental Kristal.”
Gamma mula teringat sesuatu. Ya, dia teringat apa yang dibacanya.
“Kumpulkan ketujuh-tujuh power sphera elemental dan salurkan pada Ochobot.. kemudian...” Gamma cuba mengingat lagi.
“Ya, kemudian Ochobot perlu berikan kuasa penuh pada kami..”
Voltra yang perasan Gamma mengomel sendirian sedari tadi menegur Gamma.
“Woi.. kau dah kenapa cakap sorang?”
“Aku dah tau.. aku ada rancangan.” Gamma berbisik pada Voltra dan Voltra mengangguk-angguk akur dengan rancangan Gamma.
Gempa masih belum boleh bangkit.
‘Kenapa kau lemah sangat ni Gempa? Bangunlahhh!’ Gempa menjerit sekuat hati di dalam hati.
Dia terasa begitu lemah kali ini. Dia sudah menunduk tidak mahu melihat apa² kecederaan lagi dihadapan matanya.
“Be-Berhenti..”
Pandangan Gempa beralih kepada suara itu. Voltra masih cuba untuk bangkit.
“Voltra.. Jangan..” Gempa menahan Voltra. Namun dia tidak mempedulikan Gempa. Dia terus bangkit.
“Aku kata berhenti! Jangan kau berani apa²kan Gempa! Nahh,.. Renjatan Volt Berganda!!! Hiyarghhh!!!”
Voltra menyerang Retak'ka. Tetap terus menyerang walau sudah kepenatan. Retak'ka pula menangkis dan membalas serangan Voltra dengan mudah.
“Cukup..”
Itu sahaja yang mampu Gempa katakan. Mata Gempa terbeliak sekejap apabila Retak'ka akhirnya berjaya menangkap Voltra. Dia mencekik leher Voltra.
“Arghhh!!!” Voltra menjerit kesakitan. Mata Gempa membulat.
YOU ARE READING
OUR LOVES NEVER END!
FanfictionIni merupakan Fan Fiction berdasarkan watak Animonsta Studio™ iaitu Boboiboy. Kisah ini merupakan rekaan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun sudah mati. /// TUJUH DALAM SATU /// Itulah Boboiboy. Boboiboy mempunyai 4 saha...