BAB 11

964 83 5
                                    

Mereka bertujuh mengikuti jejak langkah Mas Mawais sehinggalah tiba di hadapan sebuah gua yang agak besar. Tempat tinggalnya mungkin. Boboiboy memandang sekeliling sambil memapah Fang dengan berhati-hati. Gua tersebut tidaklah terlalu suram. Masih ada cahaya yang dapat dilihat dari dalam gua. Agak pelik jika difikirkan kerana dalam gua, mana mungkin ada cahaya, bukan? Namun, untuk menyedapkan hati, Boboiboy cuba untuk berfikir positif.

“Masuklah,..” Mas Mawais mempelawa mereka, ringkas.

Mereka hanya menuruti sahaja dan masuk ke dalam gua tersebut. Hampir 5 minit berjalan, mereka akhirnya tiba di bahagian paling luas dalam gua tersebut. Gopal dan Boboiboy tercengang. Sungguh tidak masuk akal. Bahagian dalam gua tersebut begitu cantik dan bercahaya seperti istana ais. Hawa dingin sudah menusuk ke bulu roma masing².

Mas Mawais meletakkan Yaya dan Ying yang masih pengsan di atas sebuah tempat yang lembut, rupanya seperti katil. Manakala Boboiboy menyandarkan Fang di atas sofa di ruangan itu.

“Duduklah, aku buatkan air sekejap..”

“Terima kasih..” Balas Boboiboy ringkas.

Amato, Gopal dan Boboiboy mengambil tempat duduk. Sebuah sofa itu agak besar. Boleh kata, sebuah sofa itu mampu memuatkan ketujuh-tujuh elemental Boboiboy sekali. Sudah tentulah besar kerana sofa itu direka bentuk atas kesesuaian saiz badan Mas Mawais yang begitu besar. Gopal memandang sekeliling. Dia masih teruja dengan apa yang dilihatnya. Beberapa minit berlalu, Mas Mawais kembali dengan membawa sedulang air dan sepinggan biskut. Dia mempelawa mereka untuk menjamah apa yang ada.

“Jadi, apa nama kamu..?" Mas Mawais memulakan bicaranya dengan bertanya sedikit biodata Boboiboy.

“Aku Boboiboy. ini ayah aku, Amato. Dan mereka berempat ni kawan² aku. Yang ni Gopal..” Boboiboy menuding jarinya ke arah Gopal yang sedang makan biskut. “Yang ini Fang..” Dia menunjukkan Fang yang disandarkan pada sofa tersebut. “Yang bertudung tu pula Yaya dan sorang lagi tu Ying..”

Mas Mawais mengangguk faham. Dia berdiam diri seketika dan kemudian ditegur dengan soalan dari Amato. “Dah lama ke kau tinggal sini?”

Mas Mawais hanya mengangguk. “Lama dah..” Jawabnya ringkas.

“Dulu aku tinggal kat planet Blizaria.. Tapi, sejak si Retak'ka tu rampas kuasa aku, aku larikan diri ke planet Saharu ni.. Aku bertapa untuk kekalkan sisa kuasa yang masih ada pada aku..”

“Jadi,.. kau masih ada sisa kuasa elemental ais kau?” Soal Boboiboy ingin tahu. Mas Mawais sekadar mengangguk. Boboiboy memegang dagunya dan berfikir sesuatu. “Kau kenal Hang Kasa? Sahabat lama Retak'ka..”

“Hang Kasa?” Mas Mawais cuba untuk mengingati sesuatu. Oh ya! Hang Kasa! Dia tu baik,.. dia cuba untuk tolong aku dulu, tapi dia tak berjaya halang Retak'ka tu.. Dan sekarang, entah apa lah khabar beritanya..” Wajah Mas Mawais kelihatan sedikit sedih apabila mengingati kisah silamnya itu. “Aku kesian dekat dia,.. ada sahabat tamak kuasa macam tu.. Tapi, dia tetap anggap Retak'ka sahabatnya..”

Boboiboy mengangguk-angguk tanda faham. Dia juga terasa sedih bila mengenangkan kembali peristiwa Tok Kasa dibelasah oleh Retak'ka dihadapan matanya sendiri. Mujur sahaja orang tua itu masih hidup. Kalau tidak, sudah tentu menyesal seumur hidup rasanya!

Oh ya! Bercakap tentang khabar berita, Hang Kasa masih hidup.”

Dd-dia masih hh-hidup?!” Mas Mawais kelihatan begitu terkejut diselangi riak wajah penuh teruja. Dia berasa bersyukur yang Hang Kasa masih hidup. Biarpun tidak rapat, dia tetap merasakan Hang Kasa begitu banyak membantunya. Namun begitu, dia baru teringat tentang kisah Boboiboy yang belum diceritakan lagi.

OUR LOVES NEVER END!Where stories live. Discover now