Bab 6

2.6K 119 8
                                    

Ibu Reen mengambil aku dan Romeo pada petang Khamis itu. Memang hampir setiap minggu, memang Romeo akan ikut aku pulang ke rumah unless kalau aku tak ajak dia. Bukan apa, Joni selalu balik, Syed asyik dating and kalau dia tak dating pun dia akan balik jugak dan Manuk pula kerja weekend. Kesian pulak si Romeo ni seorang diri je kat kolej.

"Esok takde kelas ke apa korang dua ni?" Ibu Reen bertanya seraya memakai cermin mata hitamnya. Oh ya perkenalkan, bidadari kedua dalam hidup Papa selepas Mama (I hope), Sarina Mohd. Ali aka Reen aka Madam Reena, dia ada spa and saloon dia sendiri. "Kita pergi ambik Rose dengan Remy kejap."

"Rania kat mana?" Baru aku sedar adik tiri aku umur tiga tahun tu takde kat situ.

"Ada kat kedai. Korang balik rumah jaga adik-adik tau. Ibu nak pergi kedai balik ni."

"Okey."

Unlike any other mak tiri, she isn't the best but dia terima aku seadanya (I hope). Lagipun, Ibu Reen ni kawan baik dengan arwah Mama dulu masa kat INSEMAS. Jangan risau, dia tak caras laki orang. Even selepas Mama meninggal pun, dia ada je cari boyfriend lain tapi mungkin, jodoh dia kuat dengan Papa.

"Ni korang balik ni nanti keluarkan ayam dengan ikan kembung dalam peti ais. Lepas tu buatkan air asam, Ibu nak masak ikan bakar hari ni."

Maka petang tu, aku dengan Romeo pun memotonglah apa yang patut sementara menunggu kepulangan Ibu Reen untuk memasak. Papa tak berapa bagi aku nak memasak walaupun sebenarnya, aku boleh je memasak. Dia je yang tak yakin.

Malam itu, semasa makan malam, Papa mula bertanya tentang band aku join tu.

"Romeo tak join sekali ke band tu? Sedap jugak suara kamu tu."

"Maleh saya, acik. Ni bior jelah si Razif ni masuk sorang. Kerja yang ada tu pun tak terbuat lagi nak join benda ni sume."

"Oh ya, sekarang INSEMAS band memang dah under KD eh?" Papa mengajukan soalan kepada aku. "Zaman kitorang dulu, benda tu legacy. Masa Papa final year baru audition cari apprentice."

"Tu 22 tahun dulu, Papa. Dahlah kitorang punya KD tu pun poyo masalahnya." Tak guna punya Romeo, dia boleh tersembur nasi dalam pinggan masa aku kata begitu. Dasar takde adab!

"Who's the KD Muzik sekarang? Papa dapat that e-mail but tak bother nak tengok nama KD tu."

"Razif Sufian. Finn orang panggil. Bassist Bandwagon."

"Oh, Finn. I know him."

"Isn't that anak Rani Sharmila, that singer?" Ibu Reen pula mencelah sambil menyuap lauk ke mulut Rania.

"Ha'ah. Anak that singer." Entahlah, menyampah dengar nama Haydar and The Razifs tu

"Orang lain beriya nak mengaku dorang anak artis. Anak Papa yang seorang ni je tak nak mengaku dia anak Krul Sym4ny dengan Diana Fendi."

"Betui tu, acik. Awok dah lama kabo kat dia ni toksah nak berahsia sangat tapi dia degey jugok takmo dengo apa awok kabo..." Romeo ni ada aku TAMPOR kejap lagi.

"Takpelah, Romeo. Dia tak bangga agaknya."

Aku senyumkan saja. To be honest, aku sangat bangga dengan Papa. Cuma, salahkah aku nak rasa macam anak orang biasa. Anak seorang arkitek. Duduk pun di kondo yang ayah dia sendiri reka. Ada je rumah atas tanah tapi entah, Papa aku macam ada soft spot dengan rumah high-rise sampai duduk penthouse tingkat 23-25.

Selepas makan dan berbual depan TV semua, aku dan Romeo meminta izin masuk ke bilik. Lagi lama duduk depan TV tu, lagi banyak benda kena korek nanti. Bukan boleh percaya sangat Papa tu.

"Zif, nak tanya?"

"Apa?"

"Paseynye kau tu macam tak siyor benor dengor nama si Haydar dengan abang dia tu? Apa ke paneh benor kau dengan dia?"

Razif HaydarWhere stories live. Discover now