Bab 45

1.3K 121 32
                                    

Malam itu, semasa aku sedang menonton video tarian zapin di YouTube, aku terdengar pintu diketuk. Melihat Qiqi yang sudah bangun dari baringnya, aku biarkan saja dia yang membuka pintu tersebut. Dia bitter teruk ya aku balik rumah dia hari tu tanpa dia ada sekali. Jenuh jugalah aku dengan Haydar nak pujuk balik.

Melihat insan di muka pintu itu, aku terpempan. Aku tak sangka yang dia akan datang ke bilik aku akhirnya, at least not tonight.

"Hai, Zif..."

"Manuk..." Aku berdiri dan kemudiannya duduk di atas katil aku. Dia masuk dan menutup pintu. "Kenapa kau datang sini?"

"Kita kawan lagi kan? Kenak pulak aku sik boleh datang sini?"

"Betul kita kawan tapi tak ke nanti Danny datang..."

"Go to hell with him!" Kemudian dia memandang ke arah Qiqi. "I know it's your brother but..."

"Nah, don't mention. Dah biasa dengar dah orang 'go to hell'kan Danny tu." Qiqi being Qiqi.

"So, korang break?"

Dia duduk di atas katil aku. "I think so. Dia ada je call aku semua tapi aku decline. Kenapa dia nak aku when it's convenient for him? Aku ni apa? Talian Nur? Yang dia boleh call untuk share masalah dia je?"

Aku tak pernah tahu yang mulut Manuk ni boleh jadi sebabi ini tapi aku suka tengok dia dah ada pendirian.

"Aku tahu aku ni babi tapi maafkanlah aku eh. Nak kata aku takkan ulang lagi macam mengarut because I might but yeah, maafkan aku eh, Razif."

Aku terus memeluknya dan cuba menenangkan dia. Qiqi hanya mampu memandang dari mejanya dengan senyuman.

"Sorry tau wey..."

"Dahlah tu. Benda dah lepas dah pun. Kau pun dah learnt your lesson, I guess?"

"I am!" Dia masih memeluk aku. Aku tahu by nature, Manuk memang manja orangnya. Danny sepatutnya memanjakan dia. Bukannya mengasakkan lagi kepala dia ni.

Sekali lagi, pintu bilik diketuk dan sekali lagi, Qiqi membukanya. Haydar masuk dengan di tangannya terdapat satu beg plastik berisi snek dan jajan. This guy can't be serious.

"What? Qiqi bagitau aku yang Manuk tengah sedih and food is the cure to sadness." The fact that he tried is applausible. "Kau macam mana sekarang, Nuk?"

"Haydar, aku nak minta maaf tau pasal..."

"Tak payah dramalah. Aku nak tahu kau okey ke tak sekarang ni. Pasal tu, lantaklah. Biasalah manusia buat salah."

"Aku okey je. Cuma, aku risau gak kat Danny sekarang ni."

"What the fuck, Manuk? Cuba kau prioritize diri sendiri pulak kali ni?" Haydar menepuk pehanya seraya meneguk air 100Plus yang dia bawa tadi. Kalau dah handsome, minum air pun nampak sexy.

"Taulah tapi aku sayang dia lagi kut. Aku cuma nak dia berubah."

"Manuk..." Haydar memegang mukanya. Okey cemburu sikit. "Kenapa kau nak dia berubah sebabkan kau? Say that dia tak berubah, dia yang akan rugi. No one should change because of a particular person. If he wants to change, he will change."

Manuk menyandarkan kepalanya ke bahu Haydar. Macam dah melebih tapi aku diamkan saja.

"Thanks tau, Haydar. Aku tahu dia tu abang kau but..."

"Biarlah. If he's a jerk then he's a jerk. Even Finn nampak lagi baik sekarang. Imagine of saying Finn lagi baik."

Aku kemudian menarik Manuk untuk bersandar di bahu aku pula. Sorry sikit eh. Member tak member, bahu Haydar tu untuk aku seorang je.

Razif HaydarWhere stories live. Discover now