Bab 58

1.3K 140 20
                                    

"Seriuslah?" Qiqi dan Haydar memandang aku serentak sebaik aku menghabiskan cerita aku. Semuanya aku ceritakan daripada semasa pertemuan aku dengan Finn lagi di pejabatnya.

Aku menunggu selama dua minggu sebelum saat ini datang kerana aku mahu mereka adik-beradik bertenang dahulu. Dan hari ini barulah aku bersedia mental dan emosi untuk menceritakan segalanya.

"So Roy is already a bitch since day one?" Haydar memandang aku tak percaya. Aku mengangguk. "And we trusted that snake?!"

"Tak apalah. It's undeniable kan yang dia memang convincing and pandai berlakon. We just got trapped in his twisted game." Damn bila Qiqi buka mulut, aku lupa umur dia 18.

"Anyway kenapa kau tak nak bagitau Danny pasal benda ni?" Haydar bertanya.

Aku kembali duduk di atas kerusi meja belajar aku. "We all know Danny to hot-tempered and semua action dia emotional-based. Benda ni kalau kita nak balas dendam, it has to be a smooth game. Kita tak nak Roy terlepas or ada peluang nak balas balik kat kita. I know I don't want that."

"Habis apa plan kau sekarang?" Haydar bertanya lagi. Nampak azam membara di dalam matanya.

"Kita ada group Tele band without Roy dengan Finn kan?"

Dia mengangguk.

"Suruh dorang semua left the group official yang ada si Jawa Totok tu. Lepas tu semua PM Roy tu tapi jangan serentak tau. Seorang demi seorang cakap nak quit..."

"Tapi bukan ke anything yang kita join tak boleh quit unless we are allowed by the KD ke?" Qiqi cuba memberi pandangan.

"And in case kau lupa, KD kita sekarang is that jerk, Masrun Jawa Totok tu." Turn Haydar pula bersuara.

"It won't be long." Yakin tak aku?

Mereka berdua memandang aku yang masih confident dengan apa yang aku baru katakan. Haydar siap mencemirkan matanya lagi.

"Maksud kau?"

"Petang ni ikut aku eh, Haydar."

Fast forward dua jam kemudian di rumah Abang Mandar. Aku, Haydar dan dia duduk saling bertentangan dan di hadapan kami terdapat tiga gelas jus oren sebab menurut logik cerita Melayu, orang kaya minum jus oren.

Abang Mandar memandang aku dan Haydar berselang-seli. Nampaknya apa yang aku ceritakan kepada dia tadi susah untuk diproses. Aku tak salahkan dia. Kami pun rasa susah perkara ini.

"You guys know it's not gonna working like that kan?"

"It can. Abang just kena accept the offer jadi KD."

"Razif, Abang tak nak jadi KD tu masalahnya. Kan Razif sendiri dah dengar the jobscope of being a KD kan? Abang tak nak buat benda tu semua."

"Tapi Abang, ini je satu-satunya peluang untuk saya avenge abang saya tu. Kalau Abang jadi KD, abang boleh eliminate terus Roy tu dari Divisyen Muzik. Kan KD yang pilih Timbalan kan and sekarang ni dia pun pemangku je. Belum official lagi kan?"

"So kau nak aku buat benda based on dendam? Kalau betullah itu yang kau cakap, aku dah lama boleh buat benda yang sama kat Razif ni dengan bapak dia. Tapi tahu tak if kita buat benda based on dendam, benda tu takkan end well."

Aku dan Haydar terdiam. Abang Mandar mencerlangkan matanya memandang kami berdua dengan pandangan seekor helang. Seram jugalah.

"Tapi Abang..." Haydar masih cuba membela keadaan.

"Haydar, bukan Abang tak nak tolong tapi Abang tak nak buat benda ni sebab nak lunaskan dendam korang. Abang tak boleh..." Kemudian dia memandang sekilas potret Papanya di dinding. "Jangan paksa Abang, boleh tak?"

Razif HaydarWhere stories live. Discover now