Bab 22

2.1K 221 22
                                    

Hari Terbuka Institut Seni Malaysia (INSEMAS) ke-33

Sebenarnya, hari terbuka ni basically a day kau promote INSEMAS pada budak lepasan SPM atau IGCSE hari tu. Macam aku yang bekas sekolah swasta ni dulu pun tau pasal INSEMAS sebab Papa alumni sekolah ni dan juga mantan KD Muzik. Tak macam KD yang sekarang tu yih!

Jadi bagi setiap Divisyen, terutama Divisyen Tarian, Muzik dan Lakonan, kami kena showcase bakat yang kami ada di Blok Utama INSEMAS. Hari ini, aku akan membuat persembahan tarian untuk Divisyen aku iaitu Divisyen Tarian. Persembahan itu selama 10 minit dan empat minit daripadanya adalah team aku iaitu Team Nirmala.

Razif H.
Wey
Dtng tak?

Haydar 👶🏻
Gila tak?!
Dah kat seat bawah dah ni
Untunglah dpt perform

Razif H.
Wey aku nervous gila kut ni
Doakan aku

Haydar 👶🏻
Jangan takut
Aku kan ada

Razif H.
Sayang kau

Haydar 👶🏻
Sayang kau jgk
Dah perform leklok

Maka berlangsunglah persembahan aku mewakili Divisyen Tarian, top 3 Divisyen Terbaik di INSEMAS. Nombor satu, kata Papa biasanya berlawan antara Divisyen Lakonan dan Muzik. Divisyen Muzik paling ramai pelajar tapi Divisyen Lakonan merupakan Divisyen paling banyak anugerah dan alumni mereka paling berjaya. Dan batch aku merupakan batch last yang boleh ambik Divisyen Muzik sebagai Pilihan.

Dari atas pentas, aku nampak Papa yang duduk di barisan hadapan, almaklumlah, mantan KD dan Haydar di barisan tengah. Cukup melihat dia berada di situ bersebelahan dengan Danny dan Qiqi, aku gembira. Oh ya, aku cuba sedaya upaya untuk tidak memandang muka Finn yang dari tadi memandang aku kekwat. But since Finn is Finn, bila je dia tak?

Habis sahaja persembahan, aku pergi ke arah Papa dan Ibu Reen. Mereka memuji persembahan bertenagaku tadi dan kebetulannya, Finn datang untuk bersalaman dengan Papa. Fuck, benci sial dia ni! Tapi takut jugak nak benci dia ni. Aku benci adik dia and now tengok apa jadi?

"Good job, Razif! Petang karang training  jangan lupa." Dia sengaja kan? He can't be serious.

Habis berborak dengan Papa dan makan dulu di kafe, Papa meminta diri sebab mereka perlu mengambil adik-adik tiriku di sekolah. Aku mesej Haydar untuk bertanya dia di mana dan dia berkata dia di booth Divisyen Penulisan Skrip.

Di booth itu, aku bertemu dengan the infamous Ari. Dah dua story mention pasal dia ni jadi aku malas nak bercerita apa-apa.

"Bagi ke abang korang tu kalau adik kau nak masuk Divisyen ni?" Ari berbasa-basi dengan Danny.

"Mampos ah si bodoh tu! Ni kau dia tak tegur ke?"

"Ada nampak tadi. Sombong nak mampus padahal tahun lepas Divisyen Lakonan yang menang Divisyen Terbaik."

"Padu gaklah arwah member dia bawak naik Divisyen dia."

"Niko is a bad person but jangan deny bakat direct dia."

Aku dan Haydar memutuskan untuk berjalan-jalan berdua sambil mencuba food truck yang berniaga sekitar INSEMAS. Lagipun, bila lagi INSEMAS ni nak ada event besar meriah macam ni.

Razif HaydarWhere stories live. Discover now