Bab 39

1.5K 128 21
                                    

Pergi ke bilik Romeo, aku merasa tenang semacam. Aku tak pulang ke bilik aku sebab aku tahu Qiqi pasti akan report pada abangnya yang aku bersedih. Dan aku tak mahu Haydar datang melihat aku dalam keadaan begitu. Aku tak suka.

"Kau tak rasa ke yang kau patut tanya Haydar sendiri pasey benda tu? I mean, that's his life kan?"

"Kau fikir, kenapa dia tak bagitau je benda betul daripada awal lagi senang? Kenapa dia baru nak beritahu sekarang? Kenapa aku kena dengar daripada mulut orang lain dulu instead of mulut dia?" Dah keluar dah mode Erra Fazira dalam Sembilu aku. "Salah aku ke nak dia cuma jujur?"

"Razif, not everyone likes to live in their past. Mungkin the breakup is that bad to the point dia sendiri maleh ingat dah. Bagilah peluang untuk dia explain."

Aku diam saja. Mujurlah roommate si Peghok ni tak ada kalau tak percuma je dia tengok Sembilu versi aku di dalam bilik ni.

"Habis kau memang tak nak bagitau dia langsung pasal kau jumpa Razif Kamal tu tadi? I mean, tu benda besor, Zif. Kau tak rasa kau patut bincang benda tu dengan dia ke? Masa depan kau."

"Kalau dia boleh rahsiakan pasal hidup dia, kenapa aku tak boleh rahsiakan benda pasal hidup aku?"

"Pergi mampoih hanglah. Aku suruh tanya sendiri kat dia, kau takmo. Tau dak relationship macam rumah. Apa yang jadi dalam tu, orang dalam rumah tu yang kena seleseykan. Kau boleh bawak oghang masuk tapi jangan bagi deme tu buat keputusan. Pikiorler apa aku kabor ni."

Untuk petang membawa ke malam itu, banyak kali jugalah dia menelefon aku tapi satu pun aku tak angkat. Biarlah aku merawat luka dan perit ini sendiri. Haih dah mode lagu Ziana Zain circa hujung 90an pulak.

Tapi dalam selepas Isyak macam tu, aku mendapat panggilan daripada Roy. Dia sajalah kut yang aku boleh percaya dalam masa seperti ini.

"Hello, Razif. Ada mana?"

"Ada kat bilik kawan. Sal?"

"Jom minum. Aku faham kau sedih tu. Alang-alang, dapat kita cerita sikit pasal offer Mandar tadi tu."

"Boleh je. Kejap aku turun."

Macam biasa port kami berdua lepak iaitu di mamak. Aku turut membawa kontrak tadi sebab manalah tahu kan.

"Dah bagitau Haydar pasal benda ni?"

Aku menggeleng.

"Kenapa? Kau tak rasa yang dia patut tahu ke?"

"Then he should have known to let me know pasal dia punya past relationship. Mana adil aku je yang dia tahu."

Dia ketawa kecil. Maklumlah dia tua lima tahun daripada kami. Haruslah dia lebih matang kalau nak mengatasi isu seperti ni.

"Pasal Filzah ke?"

"Who else?" Kemudian aku memandang dia. "I want you to tell me everything I should know about the Razifs. Specifically Haydar."

Muka dia kehairanan. Nampak dia punya kening bertaut macam nak bercantum.

"Apa aku boleh cakap, if korang bergaduh, elakkan Qiqi tahu."

"Asal?"

"Qiqi tu mulut macam perempuan. Andai kata kau bagitau dia pasal kau gaduh dengan Haydar ni, habis semua benda dia cerita kat Haydar tu nanti. Kau pun faham jelah bila benda sampai pakai mulut ni. Mesti banyak yang jadi penambah perasa kan?"

"Habis aku cerita kat kau ni, takde kau nak tambah perasa ke?" Aku cuba berlelucon dan aku rasa dia pun dapat membacanya.

"Kalau aku nak tambah pun, aku dapat apa. Aku bukannya daripada family tu pun and to add more, aku bukannya suka lelaki macam korang. Apa aku buat is just a friendly gesture."

Razif HaydarWhere stories live. Discover now