Bab 19

2.2K 169 11
                                    

Pada yang belum membaca Racun Sekuntum Lily, ada major spoiler.
--------------

Di atas katilnya yang sempit itu, aku dan dia berhimpit dan memegang tangan satu sama lain. Sangat random ya semua ini. Dua minggu lepas, aku sangat membencikan dia tapi sekarang, siap sama katil lagi.

"Kau memang tak pernah sukakan perempuan ke, Haydar?"

"Hmm, not yet or simply never. Never after I met you."

"Kenapa kita kenal masa pertengahan semester kedua tahun kedua?"

"I don't know. God's power. Lagipun awal sem hari tu pun aku jarang ada kat sini sebab abang aku paranoid kawan dia meninggal."

"Siapa?"

"Niko Iskandar. KD Lakonan."

"Oh lupa." Lupa pula aku yang semester kami tertangguh tiga minggu selepas sebulan lebih sesi pembelajaran kerana berlakunya satu kes pembunuhan melibatkan Koordinator Divisyen Lakonan dengan seorang pelajar Divisyen Lakonan. Boleh tahan jugalah well publicized kes itu dan aku agak salute juga Abang Putera yang berani ambil job KD Lakonan tak lama selepas kematian Niko Iskandar tu. Dalam seminggu lebih je rasanya jawatan itu diganti.

"Razif, cuba cerita sikit pasal kau. Keluarga kau ke? Aku teringin nak tahu." Perlahan dan lembut saja suaranya itu.

"Well, rasanya boleh dah kut aku bagitau. Papa aku Krul daripada kumpulan Sym4ny dan arwah Mama aku pulak Diana Affendi, Most Beautiful Malay in the World tahun 1997. Aku anak tunggal. Papa aku orang Terengganu and arwah Mama aku orang Kedah tapi dibesarkan kat Thailand."

"Oh, memang atuk nenek kau orang sanalah."

"Taklah. Atuk aku je yang memang ada darah sana. Mak aku pun balik Malaysia masa dia nak sekolah menengah. Sebab atuk aku nak bagi dia jadi warganegara so dia duduk dengan nenek saudara aku."

"Oh, kau tak pernah jumpalah mak kau kiranya."

"Nope. Sekali pun tak. Mimpi tu adalah tapi setakat itu jelah. Papa aku pun kahwin baru masa aku dah sekolah rendah. Tak ada apa pun yang menarik pasal hidup aku. Apa yang kau nak tahu?"

Kemudian dia beralih memandang aku. "I don't know. Maybe aku kena gali lebih dalam lagi tentang tu."

Mata kami bertentang. Aku dapat rasakan tangannya mula memeluk aku dan hangat rangkulannya aku rasakan.

"Kita tak ada apa-apa lagi kan setakat ni?" Aku bertanya, sekadar memastikan.

"Nope. Not yet."

"Kita tak nak start ke?"

Dia tersenyum. "Apa kata kita get to know each other dulu, cuba kenal dengan lebih rapat lagi? I think it would be better."

"Means, we are not yet boyfriends?"

"Yes. Just, kita dua tahu yang kita berdua suka kat each other. And Razif, boleh tak janji dengan aku satu benda?"

"Apa dia?"

Dia menekupkan mukanya pada bahu aku membuatkan masa seolah-olah terhenti seketika. Aku menggosok kepalanya lembut.

"Janji dengan aku jangan ada orang lain. Aku cemburu tau."

Aku mengangkat jari kelingkingnya dan turut disambut olehnya ritual perjanjian itu. Dia tersenyum sekali lagi.

"Tidur sini malam ni?"

"Huh?" I can tell where this is going but I'm not telling him what's on my mind.

"Jangan risau. Kita still akan pakai baju dan seluar by tomorrow morning with no lovebites and none of us akan jalan terkengkang esok." Kemudian dia memegang bahuku. "Unless..."

Razif HaydarWhere stories live. Discover now