Bab 18

2.1K 180 9
                                    

Tiga hari ya aku hidup bagaikan zombi. Latihan untuk Hari Terbuka INSEMAS pun aku sukar nak fokuskan diri. Mujurlah ianya tak mengganggu prestasi aku ketika training itu. Cuma secara emosinya aku tidak ada di situ.

Training untuk band ditangguhkan sampailah Haydar keluar dari hospital. Jujurnya aku nak saja mesej dia tapi aku malu. Sudahlah aku punca dia di situ dan sekarang aku nak acah macam aku masih berguna untuk dia. Tapi, apa yang aku buat itu untuk aku juga.

In my defence, kenapa aku cakap macam tu kat dia masa tu is because aku tak nak fell deep into this feelings. Aku tak nak emotionally attached kat dia as much as I feel now. Tapi macam dah terlambat je kalau nak deny.

"Apa benda kau tak menyabor nak cerita kat aku ni?" Hari itu, selepas habis latihan tarian, aku mengajak Romeo melepak di bilik aku. Joni masih belum balik.

"Kalau aku bagitau kau satu benda, kau boleh tak jangan cerita kat orang lain and most importantly, jangan judge aku."

"Kau suka Haydar kan?"

Romeo ni kut ya pun nak tembak janganlah bagi headshot terus. Tergagap terus aku nak menjawab.

"Obvious sangat orang buta pun boleh nampak, Zif. Apa yang nak dihairankan? Dia pun suka kau jugak kan? What's holding you back?"

"Aku rasa semakin aku nafikan, semakin aku tak boleh tahan perasaan aku kat dia. Macam aku..."

"Macam kau apa? Dah tu pergilah kabor kat dia. Kabor kat aku mende yang aku boleh bagi pun."

"Dia dah keluar hospital eh?"

"Dah. Aku follow Insta dia. Pagi tadi kut keluornya. Pergilah bilik dia. Bawok bunga setangkey."

Aku pandang baju Guccinya yang sudah siap dibasuh dan digantung elok di luar almari. Rasa hendak berterima kasih kepada baju itu kerana kalau tak kerananya, tak adalah aku sebab untuk berjumpa dengan Haydar.

"Baik cepat sebelum dia dapat ke orang lain."

Aku terus dail nombornya dan setia menunggu ianya berjawab. Dan yeay, dia angkat!

"Hello..." Sekali lagi, aku fascinated mendengar suaranya.

"Hai. Dengarnya kau dah keluar."

"Hmm. Tadi." Mana Haydar yang banyak cakap dulu?

"How are you doing there?"

"Fine. Better when you called." Okey, aku senyum sikit. "Pasal baju ke ni?"

"Ha'ah..." Aku tipu. Aku call sebab dia. "Kau kat mana?"

"Blok Estetika, Tingkat 3, bilik 344, atas katil. Kau nak datang ke?"

"Kau free ke?"

"Malam sikit boleh sebab adik aku ada ni. Malam nanti bila aku dah ready, kau datang."

"Okey."

Selepas panggilan ditamatkan, aku nampak Romeo macam tahan gelak sahaja daripada dihamburkan ke muka aku. Babi!

"Apa kau nak gelak sangat ni?"

"Ceh! Dulu bukan main benci benor sekarang bukan main sampai siap telefon bagey. Tuler dah kabor dulu jangan benci benor kan dah jadi sayang la ni."

The fact that he's right is what matters for now. Apa yang aku rasakan pada Haydar sekarang sama malah lebih lagi dari apa yang aku rasakan pada Natalie dulu. Natalie was fine tapi aura yang Haydar ada, memang berlainan.

Sempat aku dinner dulu bersama Romeo sebelum menunggu mesej daripada Haydar di dalam bilik. Blok Estetika itu tidaklah jauh mana pun kalau nak diikutkan. Dekat saja dengan blok aku dalam lima minit berjalan. Lagipun, apalah salahnya untuk Haydar.

Razif HaydarWhere stories live. Discover now