Bab 50

1.2K 143 50
                                    

Tak tenang hidup aku seharian dibuatnya. Semua yang aku lakukan akan membawa aku pergi ke arah Haydar. Nak makan pun ada kalanya teringatkan dia. Berfikir sama ada sudah ke dia makan atau belum. Kau tahu, macam orang kata, makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. Lebih kurang macam tulah kehidupan aku.

Jadi, untuk meleraikan kekusutan itu, aku cuba untuk selesaikan satu demi satu permasalahan yang aku ada ketika itu. Dan semua ini akan aku lakukan seorang diri. Nampak tak betapa independentnya seorang Razif Haydar. Nampak tak macam mana aku nak move on kalau nama pun dah sama dengan dia.

Aku call Finn pagi itu untuk tanya sama ada dia di pejabat atau tidak pada hari itu. Dan thank God, dia ada jadi aku mengadakan satu appointment dengan dia. Melihat dia di pejabatnya pada hari itu, aku agak bersyukur dan aku rasa seperti ada satu besar hilang dari kepala aku.

"Kenapa kau nak jumpa aku ni?" Dia menghulurkan secawan teh O limau sebaik aku duduk di atas kerusi berhadapan dengannya di dalam pejabat itu. Pejabat yang kali terakhir aku masuk adalah semasa aku berusia lima tahun, semasa Papa masih lagi seorang KD.

"Aku nak quit duo tu. I've made the decision."

Dia memandang aku dengan mata membundar besar. Aku sendiri tak berank bertentang dengan matanya ketika itu. Pandangan yang mampu menumbangkan sekawan gajah, sejujurnya.

Baru dia hendak membuka mulut, pintu bilik tersebut diketuk dan kerani Divisyen Muzik, Kak Wawa masuk dengan sebuah fail.

"Eh, Razif! Lama tak jumpa. Papa sihat?"

"Sihat je, Kak Wawa." Kak Wawa ni merupakan kerani dari zaman Papa KD lagi kat situ. Komited betul dia kat sini.

Habis saja urusan mereka berdua, Finn kembali memandang aku. Pandangan yang agak redup bagi aku. Aku tak pernah nampak pandangan sebegitu darinya.

"Pasal aku ke?"

Aku menggeleng pantas.

"Dah tu?"

"Aku rasa aku tak boleh nak balance too many things in one timelah, Finn."

"Bitch please! Papa kau architecture student and KD in the same time kut."

"Itu Papa aku. Bukan aku, Finn. Tolonglah faham keadaan semasa aku, Finn."

Dia mengulum kegelisahannya. "Sayang, kau berbakat. With that, aku assume kau mesti kau nak quit band sekali kan?"

Aku angguk lagi.

Dia menghela nafas berat. "Kalau itu permintaan kau, siapalah aku untuk paksa kau stay. Kau pasti jugak ni bukan sebab ex kau ada dalam tu?"

Aku menggeleng.

"Actually aku baru tahu Natalya tu ex kau. Itu pun sebab Kemboja yang sebut last two days. Kalau tak, aku ingat dia just tergedik dengan kau je."

Aku terkesima dengan info itu. I mean, takkanlah Roy menipu pulak? Dan jujur manalah si Finn ni pun kan.

Habis sahaja urusan dengan dia, aku kembali ke bilik. Petang itu aku sudah ada another appointment dengan Abang Mandar yang Romeo sudah janji untuk menemani bersama. Jadi, aku balik ke bilik dan mandi sebelum Romeo masuk ke bilik aku.

Tapi, balik saja aku dari mandi, aku nampak Haydar ada di dalam bilik dan sedang duduk di atas katil Qiqi. Melihat saja aku kebasahan baru balik dari bilik air, dia terus berdiri dan menutup pintu. Kemudian, dia berdiri memandang aku.

"Awat?" Aku terlepas sedikit loghat utara.

"Kenapa kau quit?"

"Kenapa kau kisah?"

Razif HaydarWhere stories live. Discover now