Bab 16

2.2K 139 20
                                    

"Sorry, Zif. Aku tak boleh." Itu jawapan yang keluar dari mulut Kemboja. "I'm sorry."

"Oh, but why?"

"Banyak sebabnya. Tapi jangan risau, ini bukan sebab kau. And bukannya sebab Nat jugak."

"Then? Kau jugak yang kata why don't we give it a shot kan?"

Matanya meliar memikirkan apa jawapan yang ingin diberikan kepada aku. Aku tahu dia menyimpan sebab yang tersendiri.

"It's my life to decide kan? Tapi believe me kau is an ideal man to date. I used to envy Nat masa kau dengan dia dulu. I wish I have that..."

"Then jomlah try."

"Sorry, Zif. Aku tak boleh. But let's ignore this confession okay. Kita still boleh stay cool lepas ni. I promise. Aku bukannya some sort of a girl yang akan being cold to anyone who asked them dating. Jangan risau."

Sebenarnya, aku agak bersyukur juga yang aku direject olehnya. I mean, let's be serious. Aku buat semua ni clearly sebab aku nak lari dari Haydar. Aku tak fikir pun perasaan Haydar tu.

But then, kenapa aku nak kena kisah? Siapa dia untuk aku kisahkan sangat? Tapi kena jugak aku masih kisah tentang dia ni?

Semasa practice, aku masih menunggu ketibaannya. Jam di tangan dikerling berulangkali. Sudah hampir setengah jam, mana dia ni?

Dia affected lagi ke dengan apa yang berlaku malam tadi? Aku tak reject dia, that's for sure. Aku tak rasa pun nak reject dia. Cumanya, apa yang berlaku terlalu drastik untuk aku proses kesemuanya.

"Roy..." Aku memanggilnya. Roy yang sedang menulis sesuatu dalam iPadnya beralih. "Mana Haydar?"

"Oh, dia migrain."

Macam lame je guna alasan migrain. Tapi mungkin betul jugalah apa yang dikatakannya itu. Untuk mendapatkan kepastian, aku rasa baik aku tanya dia sendiri.

Kenapa aku mesti kisahkan lagi pasal dia eh? Siapa je dia untuk aku?

Razif H.
Kenapa tak datang?

Haydar Band
Migrain

Somewhat, aku rasa lega apabila menerima respons daripada dia. Dan Roy tidaklah menipu.

Razif H.
Oh
Means btul jgklh Roy ckp
Bkn psl smlm kan?

Haydar Band
Bukan

Razif H.
Btw Haydar
Boleh tak
Kau jangan suka aku
Please
Aku tak nak sakitkan hati kau...
Please...

Dia bluetick sahaja. Aku juga tak terus mendesak. Aku juga tak tahu kenapa aku menaip permintaan seperti itu. I mean, perasaan itu satu perkara yang genuine kan? Kau tak minta dan kau tak merelakannya.

Ada dekat sejak jugalah aku menunggu replynya tapi satu pun tidak aku terima. Yang setia menghantar hanyalah Maxis yang memberitahu bahawa mereka telah e-mail bil aku untuk bulan itu.

Aku nampak kemudiannya Finn menjawab panggilan telefon. Mukanya sedikit serius tapi bila saja dia ni tak serius?

"Acik masuk hospital? Asal?!"

Mendengarkan itu, aku terus check balik handphone aku. Aku tengok balik ayat last yang aku hantarkan kepadanya tadi. Haa sudah! Sebab aku ke dia masuk hospital tu?

Razif, kenapa kau buat benda tak fikir banyak kali ni?!?!

"Korang..." Finn memanggil kami semua selepas dia mematikan panggilan. "Haydar masuk hospital due to some issues. So, aku akan dismiss today punya training. Esok tak sure lagi ada ke tak."

Razif HaydarWhere stories live. Discover now