Bab 29

1.8K 158 1
                                    

"สวาสดีครับ, ลุงนอรมัน. อะไรวั? ใช. ผมจะขึ้นรถบัสจากหาดใหญ่ไปยังนครศรีธรรมราช... ที่สถานีรถบัสครับ... ลุง, อีกสองเดือนไม่ใช่พรุ่งนี้..."

Aku tak faham perangai pakcik aku yang seorang ni. Benda lagi sebulan lebih pun dah kalut nak gelabah. Aku lemahlah macam ni.

"ใช! ไม่ต้องกังวล. ผมจะแจ้งให้คุณทราบ. ลาก่อนลุง."

"Done speaking Pulut Mangga?"

"Wow, last time Somtam, hari ni Pulut Mangga. Next time apa, Kerabu Maggi?"

"Wedding cake maybe?"

"What?" Aku memandang dia yang sedang memandu kereta itu.

"Okay, that sounds too extravagant, right?" Kemudian dia membuat muka berfikir. "Haa, I know. I'll call you mine."

"We were talking foods, Haydar?"

"Nawh, foods don't interest me anymore..." Kemudian dia memandang aku. "You do."

He knows how to make me smile and he does it perfectly.

Kami berhenti di perkarangan sebuah tanah perkuburan Islam. Aku ambil jambangan bunga di seat belakang dan kami berjalan beriringan menuju ke kubur yang memang aku cuba lawati seminggu sekali.

Al-Fatihah
Siti Nurdiana Phawsatteep binti Md. Affendi Rhotsameran Phawsatteep
1977 - 2000

"Mama, Razif datang tengok Mama ni. Razif nak cerita, esok Razif ada major performance. Mama tengok dari jauh pun, would be a pleasure. Tapi Razif tahu, Mama sentiasa doakan Razif. Papa pernah cerita yang masa dia perform dulu untuk End Semester Show, Mama ada bawakkan bunga untuk dia sekali then Mama terus confess kan? How sweet two of you. Razif teringin nak tengok tapi I know, it would never come true, right..."

Semasa aku meluahkan perasaan kepada Mama, Haydar setia berdiri di sebelah aku. Aku yang memintanya pagi tadi untuk bawakan aku ke sini. Minggu lepas aku sudah missed melawat Mama, itu yang aku gantikan dengan hari ini. Mujur dia sanggup menghantarkan aku.

"Okeylah, Mama. Razif balik dulu ya. Sayang Mama. Assalamualaikum..."

Aku dan Haydar kembali ke kereta. Aku masih menahan tangis yang bersisa. Tak seperti orang lain, aku susah untuk mendapatkan restu ibu. Nikmat doanya memang takkan aku dapat dan tak pernah dapat. Tapi aku tahu, Mama sentiasa mendoakan aku dari sana.

"She's smiling from heaven now, Razif."

Aku tersenyum nipis. "Aku selalu teringat ayah aku kata, I am the lucky one. She gave up her life to give me a life. Hardly anyone can ever get that, right?"

Dia mengangguk perlahan. Disekanya air mataku yang mengalir di pipi dengan tisu.

"Cuma, it's never nice when your birthday is the anniversary of your mother's death. I mean, kau nak happy for what? Mak kau meninggal hari kau lahir kut."

"That's all fate and destiny, Razif. Tak ada siapa nak benda ni jadi. Dan aku pasti mak kau pun tak nak tengok anak yang dia habis nyawa berkorban ni sedih."

Aku mengangguk perlahan. Aku pun pelik kenapa aku open up tiba-tiba dengan dia ni. Sedangkan akulah manusia yang paling susah hendak bercerita apa-apa tentang hidup aku kepada sesiapa. Not even to Natalie dulu.

Razif HaydarWhere stories live. Discover now