Bab 11

2.2K 154 20
                                    

Guys, prepare some insulin shots because this chapter might give you diabetes.
----------------------
Habis practice pada malam itu, aku pun mula berfikir yang aku terpaksa jalan kaki balik ke blok aku dan sebenarnya, jarak dia agak jauh bila difikirkan balik. Jam juga ketika itu sudah menunjukkan hampir pukul satu pagi. Aku kena melintasi beberapa Divisyen sebelum sampai ke blok hostel aku. Seram weyyyy!

Aku pergi ke arah Haydar yang baru masuk ke dalam kereta. Aku panggil nama dia dan dia menoleh.

"Ya?"

"Boleh tak nak tumpang kau sampai blok aku?"

Dia memandang aku atas bawah. "Boleh tapi..." Alaaaa ni tak best. "Aku nak keluar pergi 7E kejap. Kau rushing ke?"

"Kau hantar aku balik dulu tak boleh ke?"

Dia tersenyum menyimpan makna.

"Kau tak lapar ke?"

Adalah jugak sebenarnya. Mana cukup makanan kat Manhattan tu tadi. "Sikit."

"Jomlah. Kau ada kelas ke pagi esok?"

"Ada tapi pukul sembilan. Lama ke ni?"

"Depends tapi aku pun takdelah nak lama sangat sebenarnya. Nak beli Maggi Cup dengan Slurpee je."

"Oh, boleh je kut."

Aku pun sekali lagi naik Maserati Ghibli yang dipunyai oleh Danny itu dan ikut sajaah kemana Haydar nak bawa aku.

Lagu yang dipasangnya kali ini adalah lagu Nona Zaman Sekarang.

"Mana kau tahu lagu ni semua?" Again, not that I am curious, aku cuma nak buat situasi tak awkward.

"I love poetry and lagu sekarang lack of that."

"Kau suka poetry?"

Dia mengangguk. Aku memandangnya penuh dengan rasa ketidakpercayaan.

"Seriuslah?"

"Apa je yang kau percaya kat aku ni?"

Aku diam. Obvious sangat ke yang aku ni annoyed dengan dia?

"Kau nak makan apa? Aku belikan." Dia bertanya sebaik kami tiba di 7Eleven.

"Aku tak lapar sangat sebenarnya."

"Kau fail BM sekolah dulu eh? Aku tanya kau nak makan apa bukannya kau lapar ke tak?"

Takyahlah marah kut ya pun dia nilah. "Kau nak makan apa?"

Dia pandang aku memang dengan gaya dah fed up gila dah dengan aku. "Aku dah cakap kan tadi Maggi. Kau nak Maggi jugak ke?"

"Boleh jugaklah. Aku tak payah turun ke?"

"Tak payahlah. Duduk jelah sini."

"Okey."

Aku duduk dan aku baru sedar yang makhluk ni tak bawak handphone dia sekali. Tapi takpelah pun, bukannya dia lama pun dalam tu.

Memang betul pun tak lama. Dia kembali lima minit selepas itu dengan di tangannya terdapat dua Maggi Cup Kari dan dua botol Coke dalam plastik.

"Nah untuk kau."

"Ni kau belanja jugak ke?"

"Hmm. Makan jelah. Bukannya mahal sangat pun."

"Danny bagi ke kita makan dalam kereta dia ni?"

"Selagi tak tumpah merata, dia okey je."

"I thought dia tak bagi orang lain bawak kereta dia."

Razif HaydarWhere stories live. Discover now