Bab 31

1.9K 149 27
                                    

Selepas cuti Raya dan segalanya yang patut, maka tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh aku dan Haydar. Kami akan pergi ke kampung Mama di Nakhon Si Tammarat, sebuah pekan di antara Hat Yai dan Surat Thani. Biasanya aku akan naik flight ke Surat Thani sebab lebih dekat tapi hari itu aku naik flight ke Hat Yai dan akan naik train dari sana ke Nakhon Si Tammarat.

Malam tadi, Haydar tidur di rumah aku sebab keesokkan paginya kami akan berangkat ke airport. Flight pagi dan kami sampai di Hat Yai sejam lebih lagi sebelum train bertolak.

"Pernah datang Thailand?" Aku bertanya kepadanya semasa kami sedang menunggu teksi di lapangan terbang untuk ke stesen keretapi.

"Pernah tapi Bangkoklah. Itu pun masa sekolah."

"Bangkok lain sikit dengan kat selatan ni. Also, just FYI, makanan Thailand yang banyak kat Malaysia tu sebenarnya makanan selatan Thai jugak."

"Oh ya ke?"

"Not all but mostlylah. Sebab tu macam influence sikit dengan makanan Melayu kita."

Dia mengangguk. Selepas dapat teksi, kami masuk ke dalam teksi tersebut sambil 'wai' kepada driver tersebut. Tiba di

"ได้โปรดสถานีรถไฟครับ."

"คุณพุดภาษาไทยได้ไหม? คุณเป็นคนไทย?"

"ไม่ใช่ ครับ. ผมเป็นคนมาเลเซีย. ปุ่ย่าตายายของฉันเป็นคนไทย."

Tiba di stesen keretapi, kami bersama-sama menunggu train untuk ke utara. Selepas ianya tiba, kami pun boarding dan tak lama selepas itu, ianya pun berlepas.

"Tak ada flight pergi Nakhon Si Tammarat tu ke?"

Aku angguk. "Ada tapi kena transit kat Bangkok. Lagi lambat sampai adalah. Dahlah turun kat Don Mueang pulak tu. Kalau Suvarnabhumi tu aku boleh go lagi."

Dia mengangguk-angguk. Mungkin kepenatan kerana terkejar sana sini, dia terlena di atas bahu aku setengah jam selepas berlepas. Dalam lagi empat jam kami akan sampai di pekan itu.

Melihat dia tidur, aku teringat kali pertama aku melihat dia tidur di Studio Jamal Abdillah. Kalau nak diingatkan, betapa bencinya aku kepada dia ketika itu. Nak tengok muka pun menyampah. Sekarang ni, tak jumpa masa cuti hari tu pun video call hari-hari.

Aku pegang tangannya dan mungkin kerana kesejukan di dalam train itu, dia memeluk aku lebih erat. Aku turut membalas pelukannya itu.

Empat jam kemudiannya kami tiba di stesen keretapi Nakhon Si Tammarat. Aku masukkan SIM card Thailand ke dalam handphone aku dan mula menelefon Lung Norman. Lung Norman ni adalah abang kembar Mama dan seorang bapa beranak dua. Cuma, isterinya berkerja sebagai pensyarah di Universiti Chulalongkorn di Bangkok dan dia sebagai pemilik restoran di sini.

10 minit selepas itu, Lung Norman pun sampai menyambut ketibaan kami berdua. Kami berdua wai kepadanya sebelum masuk ke dalam kereta.

"คุณกินอะไรแล้วหรือยัง."

"ยัง, ลุง. ทำไม?"

"โอ... ยายสุกแล้ว."

Haydar nampak sangat out of place ketika itu ya. Kesian pulak aku tengok.

Oh ya, by now mesti korang curious kan kenapa dorang semua Thai tapi Mama dulu Malaysian. Cerita dia adalah Yay aku memang orang Malaysia or to be exact, orang Kuala Pilah. Tahun 1974, dia dapat kerja kat Bangkok kat pejabat kedutaan macam tulah. Kira macam wakil Malaysialah. Kenal dengan Ta yang memang local Muslim Thai kat sini then kahwin. Dapat anak kembar, Norman dengan Nurdiana tapi disebabkan ekonomi dorang tak berapa nak mengizinkan, Yay hantar arwah Mama duduk Malaysia langsung terus jadi warganegara. Lung Norman memang warganegara sinilah. Yay pula, selepas kematian Mama dan juga dia pun bersara, di memutuskan untuk pulang ke Malaysia.

Razif HaydarWhere stories live. Discover now