Bab 17

2.2K 170 10
                                    

Sejujurnya, aku pelik ya apabila Finn sanggup datang berjumpa dengan aku. Lagi mengejutkan adalah dia datang siap bersama Ramona. Mungkin dengan itu saja caranya aku dan dua yang lain ini mampu membuka hati kami menerima Ramona itu sebagai girlfriendnya yang sah. Tapi itulah, buatlah apapun, aku tetap menyampah dengan Ramona itu.

Namun bukan itu highlight aku hari ini. Highlight aku paling utama haruslah Razif yang datang menjenguk aku sebaik aku baru lima minit masuk wad. Berbekalkan reputasi Papa dan Mama, aku tak lama menunggu di wad kecemasan. Nampak tak sekarang ni semuanya kena pakai orang dalam?

Memandangkan esok pagi Danny ada kerja endorsement dia kena buat kat KL, makanya insan yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga aku malam itu adalah adik durjana bernama Iqwani atau nama manjanya yang aku tak tahulah siapa yang bagi namanya Qiqi. Tapi kami sekeluarga panggil dia Adik je. Senang.

Tapi sebelum dia pulang, aku nampak Danny macam murah dengan senyuman sikit.

"Asal kau senyum je ni?" Aku terus bertanya direct.

"What? Nak muka aku kena sumpah keras kejung macam Finn sampai mati ke?"

"Takdelah. Jaranglah nampak kau senyum je."

"Nothing." Dia memandang aku dan Adik berulangkali. "Can yalls not?"

"Angah...!" Adik pula masuk line.

"What? All I know is his name is Jonathan Bruce Williford and he's from Sarawak. And, he followed my Instagram for two years already."

Aku tersenyum sinis sebagai balasan. "And kau pun follow dia balik?"

"I can't resist. He's cute."

Angah kemudiannya pergi meninggalkan aku berdua bersama Adik. Sama seperti Angah, Adik juga tahu tentang aku. Dan dia juga tahu tentang Angah yang kononnya masih nak explore sexuality dia. I wonder how homophobic Papa was when he was young sampai dua anak lelaki dia tak straight. Adik ni pun bukan boleh percaya.

"So, yang tadi tulah yang Acik suka eh?"

Aku hanya tersenyum kepadanya. I mean, dah terang lagi bersuluh malah dispotlight kut perkara itu. How can anyone not see it?

"Handsome. Ada taste jugak Acik eh?"

"Kau mulut dengan bontot tak jauh beza eh? Sama je sial dua-dua."

"Habis tu, nak jadi macam mulut Along? Acik tahan mulut Along tu ke?"

"Kau pandai eh kutuk dia belakang. Depan-depan bukan main lagi jilat dia tu."

"Hey, of courselah! Nak hidup kut."

"So dengan Acik takde pulak kau nak buat benda sama?"

"Sebab Adik takde kepentingan lagi. Tunggulah nanti Acik dah kaya sikit macam Angah ke, bolehlah Adik ampu Acik pulak."

Tak sangka dah besar adik aku yang seorang ni. Tapi walaupun usianya bertambah, mulut dia sama dengan budak umur lima tahun. Selagi tak tidur, tak diamlah mulut dia tu.

"Dia tahu ke Acik suka dia?"

Aduh budak ni! Kalau tak kerana dia, tak adalah aku kat sini sekarang ni, Iqwani oi.

Aku angguk.

"And?"

"Dia tak terima."

"Ya ke? Dah tu kenapa dia datang? Nak bagi fake hope?"

"Adik, tak eloklah tuduh macam tu."

"True what? It could work in two ways only. Acik dah confess and Acik kata yang dia tak terima Acik then that's fine. Tapi kenapa dia nak datang tengok Acik pulak bila tahu Acik dah terlantar kat sini?..."

Razif HaydarWhere stories live. Discover now